1 / 39

RINGKASAN KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

RINGKASAN KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT. ABDU RAZAK BIN BAKAR UNIT PENGUJIAN MEMANDU IBU PEJABAT JPJ PUTRAJAYA. OLEH:. BAHAGIAN 1 DEFINASI KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT.

pabla
Télécharger la présentation

RINGKASAN KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. RINGKASAN KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT ABDU RAZAK BIN BAKAR UNIT PENGUJIAN MEMANDU IBU PEJABAT JPJ PUTRAJAYA OLEH:

  2. BAHAGIAN 1 DEFINASI KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT • Pemanduan yang yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan daripada berlaku kemalangan. Pemanduan oleh pemandu yang mempunyai perkara berikut:- • PENGETAHUAN mengenai undang-undang jalan raya, Konsep Pemanduan Berhemat dan peraturan-peraturanya. • KEMAHIRAN yang tinggi dalam aspek pemanduan, • SIKAP yang betul ketika memandu serta, • MENGAMALKAN formula mencegah kemalangan dalam menghadapi pelbagai halangan semasa di jalan raya bagi menyelamatkan nyawa, harta dan masa pengguna jalan raya.

  3. LANGKAH- LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN Mengenalpasti – Apa-apa benda/perkara yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam kemalangan. Menganalisa – Bagaimana benda-benda tersebut boleh memberi kesan kepada anda semasa memandu. Membuat keputusan.- Apakah keputusan terbaik dan paling selamat anda buat semasa memandu Bertindak- Semua perkara di atas tidak cukup untuk digunakan jika keupayaan anda sebagai pemandu tidak boleh mengendalikan kenderaan anda selamat dari bahaya. Anda haruslah bertindak dengan cepat bagi mengelakkan bahaya tersebut, jangan ambil sikap tunggu dan lihat sahaja.

  4. MERANCANG PERJALANAN Kemalangan boleh di elakkan jika setiap perjalanan dirancang dengan betul dari segi; • Masa perjalanan. • Keadaan mental dan fizikal. • Keadaan kenderaan. • Tempat berhenti rehat. • Barang keperluan untuk perjalanan.

  5. PEMANDUAN SEMPURNA • Matlamat Konsep Pemanduan Berhemat ialah supaya • pemandu menjadi pemandu sempurna. Pemandu sempurna • dapat di ukur dari kualiti pemanduan apabila tidak terlibat • dengan perkara-perkara berikut:- • Kemalangan • Melakukan kesalahan lalulintas. • Menyalahgunakan kenderaan. • Melewatkan jadual perjalanan. • Menghilangkan sifat kesopanan.

  6. Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan. Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:- • 1. Pelanggaran dengan kenderaan di hadapan. • Sebab: • Mengekori kenderaan terlampau rapat. • Tidak melihat isyarat kenderaan di hadapan. BAHAGIAN 2 KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU

  7. BAHAGIAN 2 KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan. Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:- • 2. Pelanggaran dengan kenderaan di belakang. • Sebab: • Tidak melihat cermin pandang belakang. • Tidak mengamalkan peraturan jarak, jika kenderaan di belakang mengekori terlampau rapat. • Gagal memberi isyarat dalam masa yang mencukupi

  8. BAHAGIAN 2 KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan. Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:- • 3. Pelanggaran ketika memotong. • Sebab: • Tidak bijak membuat keputusan/keyakinan untuk memotong. • Tidak mengamalkan peraturan memotong. • Gagal melihat ke hadapan pada jarak 100 meter/peraturan 12 saat. • Gagal memeriksa kawasan Blind Spot dengan menoleh ke kanan.

  9. Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan. Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:- • 4. Pelanggaran ketika di potong. • Sebab: • Gagal mematuhi peraturan penggunaan lorong. • Tidak melihat cermin pandang belakang. • Pemandu tidak beri kerjasama. BAHAGIAN 2 KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU

  10. BAHAGIAN 2 KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan. Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:- • 5. Pelanggaran dari sebelah tepi/dipersimpangan jalan. • Sebab: • Tidak merancang perjalanan • Gagal beri isyarat. • Tidak mengamalkan peraturan di persimpangan

  11. Pemandu perlu mengenalpasti kedudukan kenderaan yang boleh terlibat dalam perlanggaran antara dua buah kenderaan. Terdapat enam (6) kedudukan pelanggaran iaitu:- • 6. Pelanggaran dengan kenderaan dari arah hadapan. • Sebab: • Gagal melihat ke hadapan pada jarak 100 meter / peraturan 12. • Tidak mengamalkan peraturan mengelak kemalangan dari arah hadapan. • Sikap pemandu tidak bertimbang rasa dan sombong– enggan mahu mengalah. BAHAGIAN 2 KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU

  12. Sebagai pemandu yang berhemat, anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan, iaitu:- 1. Pemandu • Merupakan faktor utama dan terpenting sekali. • Keadaan fizikal – letih, mengantuk, marah, bimbang dan cemas. • Keadaan mental - fikiran dan emosi tertekan. • Kesihatan- mengguna ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor. • Sikap - minum minuman keras atau dibawah pengaruh dadah. • Tidak patuh tanda isyarat, tidak sabar dan bertimbangrasa, panas baran dan sebagainya. • Tidak pandai menyesuaikan dengan keadaan cuaca atau jalan. • Tidak patuh peraturan lalulintas. BAHAGIAN 3 KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

  13. BAHAGIAN 3 KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN Sebagai pemandu yang berhemat, anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan, iaitu:- • 2. Jalan • Perlu memahami fungsi jalan raya. • Pastikan kelajuan kenderaan mengikut keadaan jalan seperti jalan rosak, licin, dalam pembinaan. • Kurangkan kelajuan semasa hujan kerana air bertakong Hydro planning’ .

  14. BAHAGIAN 3 KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN Sebagai pemandu yang berhemat, anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan, iaitu:- • 3. Kenderaan • Sesuaikan diri dengan kenderaan sebelum memandu. • Uji keadaan brek, lampu brek, lampu, lampu isyarat dan hon sentiasa berfungsi. • Tayar . • Pengelap cermin. • Talipinggang keledar dsbnya.

  15. BAHAGIAN 3 KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN Sebagai pemandu yang berhemat, anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan, iaitu:- • 4. Cuaca • Hujan lebat • Kabus tebal. • Hujan lebat diikuti angin kencang. • Cermin motokar • Sistem penghawa dingin.

  16. BAHAGIAN 3 KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN Sebagai pemandu yang berhemat, anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan, iaitu:- • Cahaya • Memandu dengan menghadap cahaya matahari. • Silauan embun pagi. • Cahaya lampu kenderaan hadapan. • Cahaya lampu tepi jalan. • Spot light • Akibat silauan, mata pulih dalam masa 7 saat. • Jika memandu kelajuan 70 km/j, jarak motokar • bergerak sejauh 140 meter.

  17. BAHAGIAN 3 KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN Sebagai pemandu yang berhemat, anda perlu mengenalpasti keadaan-keadaan atau faktor yang boleh menyebabkan kemalangan. Terdapat enam (6) Keadaan, iaitu:- • 6. Lalulintas • Kenal pasti waktu kesesakan lalulintas; • Pagi - ( 7.00 pagi – 8.00 pagi) • Tengahari - (12.00 tengahari – 1.00 tengahari) • Petang - ( 4.00 petang – 5.00 petang) • Tempat yang biasa sibok -Kawasan kilang, pusat membeli • belah, sekolah dan lain-lain.

  18. BAHAGIAN 4 HALANGAN SEMASA PEMANDUAN • Definasi Halangan • Merupakan elemen-eleman yang dikenalpasti boleh • mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada pemandu. • Terdapat tiga (3) bentuk halangan iaitu :- • Bentuk fizikal: Persimpangan jalan, bulatan, selekoh, • bukit tinggi dan lain-lain. • (ii) Kedudukan dan pergerakan lain-lain pengguna jalan raya. • (iii) Permukaan jalan dan keadaan cuaca.

  19. Pelan Tindakan Halangan ’The Hazards Action Plan’ • Pemandu perlu mengamalkan empat (4) langkah untuk mencegah kemalangan, iaitu:- • Mengenalpasti ( Define) - Potensi halangan • Menganalisa (Analyse) - Kemungkinan boleh memberi kesan kepada keselamatan pemandu • Buat keputusan (Decide) – Beri pertimbangan dan buat keputusan apakah tindakan yang terbaik yang perlu diambil • Bertindak (Act) - Bertindak dengan selamat dengan menggunakan sistem kawalan kenderaan yang baik.

  20. Sistem Kawalan Kenderaan Peralatan yang mesti digunakan semasa memandu di kawasan merbahaya:- Cermin - Sentiasa melihat cermin pandang belakang dan tepi untuk melihat kedudukan kenderaan lain, mungkin ada kereta yang mengekori terlalu hampir. Isyarat - Tunjukkan perhatian lebih awal dan perhatikan reaksi lain-lain pengguna jalan raya. Brek - Membrek mengikut keperluan keadaan dan elakkan membrek dengan tiba-tiba/mengejut. Gear - Pilih serta gunakan gear yang sesuai dengan kelajuan kenderaan. Kelajuan - Melajukan /perlahankan kenderaan bergantung kepada jenis bahaya.

  21. BAHAGIAN 5 PERATURAN – PERATURAN PEMANDUAN Pemandu perlu mempelajari dan mematuhi beberapa peraturan semasa memandu iaitu:- • Peraturan Jarak. • Peraturan Memotong • Peraturan Mengelak Kemalangan Daripada Hadapan. • Peraturan di Persimpangan.

  22. 1. PERATURAN JARAK Pemandu memerlukan masa dan jarak yang mencukupi untuk berhentikan kenderaan dengan selamat, apabila kenderaan di hadapan berhenti dengan tiba-tiba. Kerana semakin laju kenderaan yang dipandu, semakin jauh jarak berhenti yang diperlukan. Terdapat tiga (3) peraturan jarak yang telah diakui boleh menjamin jarak mengekori kenderaan di hadapan dengan selamat iaitu:- Peraturan 2 saat, Peraturan 4 saat, Peraturan 12 saat.

  23. Bagaimana peraturan ini digunakan; • Mempunyai 3 ciri penting yang perlu di ketahui dan • di ambilkira :- • Kelajuan kenderaan yang dipandu adalah sama dengan • kenderaan yang diekori. • Pilih satu tanda yang tidak bergerak di tepi jalan untuk • dijadikan panduan. • Tidak melihat ‘ speedo meter ‘ untuk menentukan kelajuan.

  24. Kaedah nya:- • Peraturan 2 saat :- • Apabila sebaik sahaja kenderaan yang diekori melintas tanda yang telah dipilih sebelumnya seperti tiang telepon, maka perkiraan hendaklah dimulakan dengan mengira ” satu ribu satu, satu ribu dua”. • ’ Sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum tiang telepon yang dijadikan pedoman tadi, maka jarak mengekori adalah dianggap selamat. Tetapi, sekiranya kenderaan yang dipandu tiba sebelum perkiraan habis dibuat, maka jarak mengekori adalah dianggap tidak selamat. Tindakan memperlahankan kenderaan hendaklah dilakukan ’.

  25. Peraturan 4 saat • Prinsip yang sama dengan peraturan dua saat digunakan. • Peraturan ini boleh digunakan pada mana-mana kelajuan apabila • berada dalam keadaan berikut:- • Kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat. • Kenderaan di hadapan mengekori rapat dengan kenderaan di hadapannya. • Semasa menarik kenderaan/towing. • Keadaan cuaca yang buruk, jalan yang licin atau berpasir. Peraturan 4 saat akan memberikan jarak yang lebih jauh bagi pemandu kenderaan untuk berhenti dengan selamat.

  26. (c)Peraturan 12 saat. • Pandangan imbasan 12 saat atau 100 meter ke hadapan ialah untuk membolehkan pemandu memerhati lalulintas dari mana-mana arah didalam masa yang sesuai untuk menyesuaikan kelajuan. • Penggunaan teknik yang sama dengan peraturan 2 saat dan 4 saat.

  27. 2. PERATURAN MEMOTONG • Pemandu yang berhemat mestilah memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul. Memotong kenderaan adalah diperlukan dalam keadaan berikut:- • Kenderaan dihadapan bergerak terlalu perlahan. • Kenderaan hadapan menukar haluan. • Mengekori kenderaan hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

  28. Terdapat 10- Peraturan Semasa Memotong • Berada di belakang. • - amalkan peraturan jarak 2 saat. • 2. Periksa dihadapan • - amalkan peraturan 12 saat atau jarak 100 meter ke hadapan. • - masa hanya sekurang-kurangnya 10 saat untuk melepasi • kenderaan yang dipotong. • 3. Periksa dibelakang. • - tiada kenderaan lain yang hendak memotong. periksa kawasan ”Blind Spot”. • 4. Memberi isyarat ke kanan. • - beri isyarat lampu ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat. • - terus amalkan peraturan 12 saat atau jarak 100 meter ke hadapan. • 5. Bergerak ke kanan. • - pastikan ruang yang cukup dan jarak selamat.

  29. 6. Melajukan kenderaan. • - kawal kenderaan dan memotong dengan berhati-hati. • - dengan kelajuan yang dibenarkan. • 7. Komunikasi. • - beri sebarang isyarat sebagai tanda sedang memotong. • 8. Beri isyarat ke kiri. • - beri isyarat lampu ke kiri sekurang-kurangnya 3 saat. • - pastikan ruang yang cukup dan jarak selamat. • 9 Bergerak ke kiri. • - pastikan ruang yang cukup untuk berada di depan. • - dapat melihat kenderaan di belakang melalui cermin pandang • belakang. • 10. Menyambung kelajuan. • - berada di lorong yang betul. • - amalkan peraturan jarak 2 saat dan peraturan pandangan imbas 12 • saat ke hadapan.

  30. PERATURAN MENGELAK KEMALANGAN • DARI HADAPAN • Kemalangan terjadi apabila pemandu kenderaan tidak mematuhi peraturan lalulintas dan memandu secara tergesa-gesa dan tidak bertimbang rasa.Terdapat empat (4) peraturan untuk di amalkanya:- • 1. Melihat jalan di hadapan. • - amalkan peraturan 12 saat untuk mengawasi keadaan • jalan dan kedudukan pergerakan kenderaan dari • arah hadapan.

  31. Samb.......PERATURAN MENGELAK KEMALANGAN DARI HADAPAN • 2. Bertindak dengan bergerak ke kiri. • - untuk memberi ruang kepada kenderaan dari hadapan yang mungkin • memerlukannya. • - membuat pemerhatian dan bergerak ke sebelah kiri jalan, jika keadaan • mencemaskan. • 3. Mengurangkan kelajuan • - kawal kenderaan serta bunyikan hon atau nyalakan lampu sebagai • amaran. • 4. Memandu keluar daripada jalan raya. • - langkah yang bijak untuk mengelakkan kemalangan.

  32. 4. PERATURAN DI PERSIMPANGAN. • Terdapat empat (4) peraturan secara umum untuk di amalkan:- • 1. Tahu arah. • - menetapkan haluan perjalanan dari awal sebelum sampai di persimpangan. • - sentiasa memikirkan tentang bahaya di persimpangan. • 2. Perlahankan kenderaan di persimpangan. • - sentiasa berwaspada apabila melintasi persimpangan walau pun berada di • jalan/lorong yang utama. • 3. Memperlihatkan hasrat melalui kedudukan dan isyarat. • - beri isyarat lampu apabila hendak menukar haluan atau membelok. • - tentukan kedudukan motokar di lorong yang betul. • 4. Bergerak dengan berhati-hati. • - pastikan keadaan jalan adalah selamat. • - memandu dengan berhati-hati dan bersedia untuk berhenti jika wujud keadaan • bahaya.

  33. LAIN-LAIN PERSIMPANGAN:- • Simpang Empat • Simpang Tiga • Bulatan

  34. BAHAGIAN 6 OLAHGERAK Olahgerak ialah proses pergerakan kenderaan di atas jalan raya. Ia mempunyai tujuh (7) olahgerak iaitu :- • Pergerakan ke dalam • Maksudnya masuk mengikuti aliran lalulintas. • Dari bahu jalan masuk ke jalan raya. • Jalan susur masuk. • Dari tempat meletak kereta kenderaan. • Menukar lorong • Memasuki bulatan.

  35. BAHAGIAN 6 - OLAHGERAK • Pergerakan ketika berada di atas jalan raya • Maksudnya masuk memandu di laluan yang betul dan • kedudukan yang baik. • Bergerak di atas jalan raya.. • Jalan berselekoh. • Permukaan jalan yang rosak. • Menukar lorong • Memasuki bulatan. • Pergerakan bersama aliran lalulintas • Maksudnya mengawal kenderaan dengan selamat dan lancar didalam kedudukan yang betul dengan kenderaan lain. • Mengekori kenderaan. • Berada di hadapan kenderaan lain. • Mengelakkan olahgerak yan boleh menghalang lalulintas.

  36. BAHAGIAN 6 - OLAHGERAK • Pergerakan melintas • Maksudnya kenderaan bergerak melalui suatu jalan • di mana terdapat kenderaan lain yang mungkin bergerak • melepasi laluan seorang pemandu. • Persimpangan. • Lintasan pejalan kaki/kanak-kanak sekolah. • Lintasan keretapi. • 5. Pergerakan ketika memotong dan dipotong • Maksudnya perjalanan dalam arah yang sama tetapi pada • kelajuan yang berbeza atau mendahului kenderaan lain.

  37. BAHAGIAN 6 - OLAHGERAK • 6. Pergerakan berpusing balik • Maksudnya memandu kenderaan ke arah yang asal. • Mengunndur kenderaan. • Meletak kenderaan. • Melakukan pusingan U • Pusingan tiga penjuru • 7. Pergerakan keluar • Maksudnya melakukan olakgerak keluar daripada • aliran lalulintas. • Berhenti atau meletak kenderaan. • Susur keluar. • Membelok ke kiri. • Membelok ke kanan.

  38. BAHAGIAN 7 • KEPUTUSAN / TINDAKAN SESEORANG PEMANDU • Seseorang pemandu akan membuat keputusan dan tindakan • yang terbaik jika mengamalkan perkara-perkara berikut :- • Memahami Konsep Pemanduan Berhemat. • Mengenalpasti bahaya dan halangan yang di tempohi. • Kedudukan kenderaan yang boleh menyebabkan perlanggaran. • Keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan. • Mengamalkan peraturan-peraturan pemanduan. • Memahami olahgerak kenderaan semasa di jalan raya. • Mengamalkan formula mencegah kemalangan. Kesimpulannya - Dengan mengguna dan mengamalkan semua perkara di atas, barulah seseorang pemandu mampu dapat membuat keputusan yang bijak dan dapat bertindak dengan selamat semasa di jalan raya.

More Related