1 / 13

SAJAK-SAJAK HASYUDA ABADI

SAJAK-SAJAK HASYUDA ABADI. P ERJALANAN K E ARAH C AHAYA ketika akhirnya berpuncak kegelapan seperti benang menarik alpaku sepantas kilat! bangun ini tak kupandang apa bahasa yang harus bersuara terpegun merasa sentuhan bertandang Kota Kinabalu, 31 Oktober 2002.

paulos
Télécharger la présentation

SAJAK-SAJAK HASYUDA ABADI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SAJAK-SAJAK HASYUDA ABADI

  2. PERJALANAN KE ARAH CAHAYAketika akhirnya berpuncak kegelapan seperti benang menarik alpaku sepantas kilat! bangun ini tak kupandang apa bahasa yang harus bersuara terpegun merasa sentuhan bertandang Kota Kinabalu, 31 Oktober 2002.

  3. MEMILIH TENANGhanya bara mensalju santunzikir menghijab kalbu menyembunyikan segala haru dalam debar menangkap seru hampir diri kepadamu dekat diri mengenalmu pada diri memilihmu Ikatan Penulis Sabah, 22 syaaban 1423.

  4. SEBELUM DIISYTIHAR PERANGmengasah pedangkhusyukku tajamfananya menghiris-hiris kalbu kudahagakan riuhsepi itu kulaparkan lazatrindu begitu sebersit cahaya mula memukau menjalar akarnya ke seluruh ceruk sukma siaga sedia berjuang di luas alam mengepung hanya titikku kuserah jiwa meski perang belum bermula. Ikatan Penulis Sabah, 29.10.2002.

  5. MUNGKINKAH KERANA KESILAPAN • Menjelajahi liku akar rahsia rasa baru ditemui rindu bersembunyi di balik tabir fikir Dalam lamunan rindu itu menyusur galur bahasa yang terlalu rahsia memperibadi mimpi Bukan saja keliru ketika mengungkapkan perulangan malam dan siang ada pada diri rupanya diadun kesilapan yang rahsia Maka hanya pulang saja memberi tanda waspada dan muhasabah impian meski tak bernoktah mempelajari kebenaran lebih insan lebih insaf sebelum meneruskan hala ke akar rahsia negeri jauh itu Mungkinkah kerana kesilapan meriwayatkan pedoman hari hari menjelang kedewasaan? • Ikatan Penulis Sabah, • Kota Kinabalu.

  6. inilah hikmah santun yang kubela basah rindu di kalbu tak kubiar banjir hijrah diri mengarca malam tak kelam ditenggelam silam meski belum kubersiap ke belakang Kota Kinabalu. 26 Mei 2000 • HIJRAH DIRI • inilah hujung pertemuan • yang bermula • menunda maaf • nostalgia mengharukan • mengapa henti di puncak • jika malu kembali • mengambil cermin di laman • rumah kita nan biru

  7. MENILAI ADUH kerap jatuh dulu tiba kembali memburu datang pulang tapi tetap diserang nilai aduh dipegang menerima duri nikmatnya berbisa manis terbanglah sayap jelita menjelajahi padang-padang medan peperangan menilai aduh masih menerima apa jua yang keruh akhirnya jernih berkolam di dahi Ikatan Penulis Sabah, 29.10.2002.

  8. WAJAH DI CERMINtak mungkin siapa nama hanya ungkapan bersapa di dalam cermin itu hanya kias wajah yang memandang semula kepada dirinya segalanya kembali di masa lalu menyusuri gelombang waktu damai dan lara kalbu memahami kemelut bersimpul membenih di taman hidup datang kepada dirinya gelisah dan gundah membahasakan percakapan lumrah menzahir di batin bersatu di puncak zikir hanya persapaan, tak ada apa-apa pandangan yang bersalam membawa ke hari depan merakam wajah memperibadi segala masa lalu yang saling menyatu ini wajah yang fana berkumpul kehidupan kekal yang terhenti menjadi jendela menyeberangkan rindu tanpa batas waktu Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu. 2 November 2002.

  9. nikmat bahagia dalam luka ikhtibar luka dalam bahagia kias persinggahan fana mendiami baqa masih tak siapa mempertemunya awal dan akhir hanya kuasanya tafakur titian menyeberangi sebuah kesenyapan wadah telaah kias demi kias mewarnai alpa dan waras Tanjung Aru, Kota Kinabalu 1 November 2002 KIASAN berusaha juga menangkap silap insan yang dihijab pandang berlapis kias menterjemah zatiah wujud saling bertaut hanya kias dalam segala zahir sempurna semakin tiada kerana hanya dia memiliki segala memberi ciptaannya sementara

  10. NYANYI SEPI hanya masih padamu memahami pergerakan awan dan hujan yang gerimis, sambil gelora di puncak tetap disimpan diam digamit rawan masih padamu bernaung raung yang kurasa ungkapan rahsia tak didengar saat masih ada ulangan ucap memaknakan lumrah insan kembara uzlah dekatkan rumah anugerah tak siapa lagi merasai sering memberi irama dan diksi-diksi mengharu masih juga padamu yang tahu ini kunjungan dan persalaman merawi pengalaman semalam juga padamu menghayati nilai santun diam mengagungi lestari sepi di dalamnya wangi kasturi tamsil ada dan masih tak bermimpi adamu di manapun sepi menjadi nyanyi yang difahami Tanjung Aru Kota Kinabalu 1 November 2002

  11. mengajar aku sesuatu kalbu mencahayakan akarnya relalah namaku hanya satu mesra dilafazkan syahdu mengilhamkan mensaljukan api berakar antara cahaya aku redha apapun namaku disebut semesranya dihina sekejinya didakap sempurna jua kerana Tuhan lebih Tahu! namaku di lidah Tuhan Maha Sucimu aku lafazkan Maha Akbarmu aku agungkan Maha Kasihmu aku lestarikan Maha Karibmu aku akrabkan namaku HASYUDA ABADI, Ikatan Penulis Sabah. NAMAKU memanggil aku sesuatu berakarkan cahaya memancarkan warna sinar menyuluh kalbu namaku mengenali diri membuka akal melerai sesal melontar jauh haru dari jendelakalbu memberi aku sesuatu cahaya berakar di kalbu dengarku tulikan kata pilu rasa bersisa agung di mata ibu sasa di mata ayah karib di mata saudara akrab di mata kekasih namaku adalah diri lafaz dan tingkah berhemah dan berperibadi

  12. apa yang tuan akan katakankami tahu apa yang tuan akan katakandi dalam fikiranmu tak ada selain perasaanburammu memandang jalan-jalan yang dilaluipedomannya pada kenderaan akal yang lainbukan kenderaan akalmuitu kata hatimu yang kau sampaikankerana begitu kami tidak ingin mendengar apa-apacuriga menenggelamkan ungkapan yakinjika kau fikir kebenaranmu ada di antara fikiran inicuba jadilah kami dan berada di sisi kamiapa yang tuan akan katakan ada dalam fikiran kamijangan isi kekosongan ini dengan kecurigaanentah di mana punca titiknyatuan pulanglah antara riuh diam!Kota Kinabalu.16.5.2002.

  13. Memperbesar yang kecilmemperkecil yang besarbegitu selalu bangsakuwaktu memilih yang mana benarkerap terperangkap jerangkap kelirumelihat yang kecil tetapi membesar-besarkannyadipotong-potong menghancurlumat didebukanangin pun menebarkan basabasi makna dalam fikiransambil yang besar sengaja dilupakandihijab basabasi perdebatan yang hambaryang ada dalam fikiran hanyalah perasaantanyalah pada selera di dadamu, tuanwaktu mendengar jerita dari dalam fikiranmenepis bayang fobia mengiyakan segala kepalsuan aku cuba membunuh fikiran beginitetapi di lapangan kebenaran aku tak mungkin menjadiseseorang dalam fikiranmu yang hanya tahu membisumenempiaskan bahasa api untuk hijau bangsayang kian melayu menerjemah alpaperangkap ghairah bongkak

More Related