1 / 19

HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA

HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA. Kontrak perkhidmatan mewujudkan hak dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh kedua- dua pihak majikan dan pekerja. Hak dan tanggungjawab tersebut tidak dinyatakan secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan tetap ianya

sue
Télécharger la présentation

HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. HAK DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN PEKERJA Kontrak perkhidmatan mewujudkan hak dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh kedua- dua pihak majikan dan pekerja. Hak dan tanggungjawab tersebut tidak dinyatakan secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan tetap ianya tersirat dan dilindungi oleh undang-undang sepanjang tempoh kontrak tersebut. Walaupun kes-kes yang dibincangkan adalah kes-kes common law, memandangkan konsep hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja ini majoritinya tidak wujud dalam statut perundangan buruh di Malaysia, maka terdapat lakuna yang membolehkan prinsip common

  2. Common law diterima pakai di Malaysia. • Tanggungjawab tersirat majikan • 1. Menyediakan/memberi pekerjaan • Mengikut kaedah umum, majikan tidak dibebankan • untuk menyediakan pekerjaan kepada pekerjanya. Dalam • kes Turner lwn Sawdon & Co (1901), Yang ArifM.R Smith • berkata, “adalah dalam tanggungjawab seorang

  3. majikan untuk berkata bahawa beliau akan terus membayar upah pekerjanya tanpa dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pekerjaan.” Yang Arif Hakim Asquith dalam kes Collier lwn Sunday Referee Publishing Co (1940), pula menyatakan bahawa, “selagi saya membayar upah kepada tukang masak saya, dia tidak boleh mengadu jika saya selalu atau kadang-kadang makan di luar.” Hakim Asquith seterusnya berkata, “adalah benar bahawa setiap kontrak perkhidmatan tidak seharusnya atau barangkali membebankan majikan untuk menyediakan pekerjaan untuk pekerjanya. Tetapi dalam keadaan-keadaan

  4. tertentu, pihak majikan bertanggungjawab menyediakan pekerjaan, sebagai contoh, pekerja yang mendapat upah melalui komisyen, ataupun (dalam kes penyanyi dan pelakon), mereka membuat tawaran untuk mendapatkan publisiti dan jika majikan tidak memberi kerja, ini bermkana majikan telah menyekat peluang mereka untuk mendapatkan publisiti yang dijangkakan.” Justeru, dalam keadaan tertentu, kegagalan majikan untuk menyediakan pekerjaan akan menyebabkan pelanggaran tanggungjawab di sisi undang-undang, antara lain, sekiranya kegagalan menyediakan pekerjaan boleh

  5. membawa kepada kehilangan reputasi dan publisiti pekerja (Marbe lwn George Edwards (Daly’s Theatre) Ltd (1928) atau sekiranya kgagalan untuk menyediakan pekerjaan boleh membawa kepada pengurangan pendapatan sebenar dan pendapatan yang bakal diperolehi oleh seseorang pekerja EPF Board lwn M.S Ally (1975). Pemerhatian undang-undang yang terdapat dalam kes- kes di atas merumuskan, sekiranya pekerja memerlukan latihan untuk memantapkan lagi kemahirannya dalam pekerjaan, maka adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan latihan yang berpatutan bagi

  6. pekerjanya untuk tujuan tersebut. 2. Tidak menyediakan pekerjaan yang tidak sah atau salah di sisi undang-undang Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan bahawa beliau tidak menyediakan pekerjaan yang salah di sisi undang-undang kepada pekerjanya. Beliau tidak boleh meletakkan pekerjanya dalam keadaan atau suasana yang menyalahi undang-undang.

  7. 3. Larangan terhadap melakukan pekerjaan merbahaya atau bekerja di tempat yang mengancam keselamatan Perkara ini juga termasuk dalam terma tersirat kontrak perkhidmatan. Setiap majikan tidak harus meminta pekerjanya melakukan pekerjaan yang merbahaya ataupun mengarahkannya bekerja di tempat-tempat yang boleh mengancam keselamatan dirinya. Dalam kes Ottomon lwn Chakarion (1930), apellan ialah seorang pekerja tetap sebuah bank. Beliau memberitahu majikannya bahawa dirinya dalam bahaya kerana beliau telah dijatuhi hukuman

  8. mati di Turki. Beliau meminta pihak bank memindahkannya keluar dari Turki tetapi pihak bank menolak. Beliau meninggalkan Turki dan kerana itu pihak bank telah memecatnya tanpa memberi notis. Beliau telah membawa kes ini ke mahkamah atas alasan pemecatannya tidak sah. Mahkamah memutuskan mengikut bukti yang kukuh bahawa keadaan keselamatan peribadi apellan adalah benar-benar dalam bahaya. Dengan itu, sebarang arahan untuk mengekalkannya di Turki adalah tidak sah dan beliau tidak terikat untuk mematuhi arahan pihak bank.

  9. 4. Menyediakan sistem kerja yang selamat Majikan juga adalah berkewajipan untuk menyediakan sistem kerja yang selamat untuk pekerjanya. Segala alatan kerja mestilah selamat digunakan dan segala faktor-faktor yang berkaitan dengan perlindungan pekerja wajib diberikan keutamaan. Ini termasuk sistem kerja yang digunakan, latihan dan pengawasan yang sempurna, sistem amaran dan arahan pakaian penahan bahaya da sebagainya. Dalam kes Mathews lwn Kuwait Betchal Corporation (1959), mahkamah memutuskan bahawa di bawah common law, adalah menjadi

  10. tanggungjawab untuk menyediakan segala alatan keselamatan bagi pekerja. Sekiranya pekerja mengalami kecederaan akibat kelalaian majikannya, pekerja berhak menuntut ganti rugi sama ada melalui tindakan tort atau pecah kontrak. Dalam kes G. Teong Wee Meow lwn Goh Poh Chan (1981), mangsa telah meninggal dunia akibat terhidu gas beracun yang keluar dari perigi di tempat kerja yang dimiliki oleh apellan. Perkara ini dikatakan berlaku akibat kelalaian apellan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat. Sebelum itu, seorang pekerja telah pengsan di dalam perigi

  11. yang sama dan apellan telah gagal untuk memberi amaran kepada si mati mengenai bahaya perigi tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa terdapat bukti yang kukuh bahawa pihak apellan telahmengetahui tentang gas beracun tersebut dan memutuskan apellan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian si mati.

  12. b) Tanggungjawab tersirat pekerja 1. Melakukan pekerjaan dengan amanah Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersirat untuk bekerja dengan penuh amanah selaras dengan konsep hubungan majikan dan pekerja yang berteraskan kepecayaan antara satu sama lain. Pekerja tidak harus melakukan pekerjaan yang boleh memudaratkan majikannya. Dalam kes Secretary of State for Employment lwn ASLEF (Secretary of State for Employment lwn ASLEF (No.2) (1972), Yang Arif Hakim Roskill menerangkan terdapatnya tanggungjawab

  13. tersirat bahawa setiap pekerja tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja dalam keadaan yang boleh mengganggu perjalanan perniagaan majikannya. 2. Bekerja dengan penuh berhati-hati Adalah juga menjadi tanggungjawab tersirat dalam setiap kontrak perkhidmatan bahawa setiap pekerja harus menggunakan segala kepakaran kepakaran yang dimiliki dalam melaksanakan tugasnya. Jika tanggungjawab ini tidak disempurnakan oleh pekerja, maka majkannya mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi akibat kecuaian pekerjanya dalam melaksanakan tugas.

  14. Dalam kes Lister lwn Romford Ice and Cold Storage Co Ltd (1957), mahkamah telah memutuskan bahawa seorang pekerja yang diupah untuk memandu kereta tuannya mempunyai tanggungjawab untuk berhati-hati ketika memandu. Pelanggaran kewajipan berhati-hati ini akan membolehkan majikan membawa tuntutan ganti rugi terhadap pekerjanya kerana pecah terma tersirat dalam kontrak perkhidmatan. 3. Rasuah/ komisyen secara sulit Setiap pekerja hanya boleh bekerja untuk majikannya sahaja dan adalah tidak sejajar dengan tanggungjawabnya

  15. untuk bekerja dengan amanah jika beliau menerima sesuatu ganjaran daripada pihak lain dalam sesuatu urusan yang dilaksanakannya. Dalam kes Boston Fishing & Ice Co lwn Ansell (1888), pihak defendan adalah pengarah urusan di syarikat plaintif.Beliau telah membuat pesanan untuk mendapatkan bekalan dengan sebuah syarikat lain yang mana beliau mendapat komisyen.Mahkamah telah memutuskan bahawa pemecatannya adalah sah. 4. Bekerja sembilan Common law tidak menghalang pekerja daripada

  16. bekerja di tempat lain pada waktu lapang untuk • menambahkan pendapatan tetapi pekerjaannya mestilah • tidak menggangu masa pekerjaan sehariannya. Jika ada • sebarang bukti yang menunjukkan pekerja, dengan bekerja • di tempat lain boleh memudaratkan perniagaan • majikannya, maka pihak majikan mempunyai hak untuk • memohon perintah injuksi untuk menghalang pekerjanya • daripada bekerja pada waktu lapang. • Dalam kes Hivac lwn Park Royal Scientific Intruments Co • (1964), perintah injuksi telah diberi terhadap pihak pesaing • untuk menghalangnya daripada terus mengambil pekerja- • pekerja plaintif untuk bekerja pada waktu lapang mereka.

  17. Dalam kes ini pihak defendan adalah pekerja-pekerja plaintif. Pihak defendan telah menggunakan segala maklumat dan data syarikat plaintif untuk bekerja dengan sebuah syarikat lain pada waktu lapang mereka. Mahkamah memutuskan bahawa memandangkan pihak pekerja mengetahui, mempunyai niat dan telah mengatur untuk bekerja pada waktu lapang mereka sehingga mengakibatkan kemudaratan terhadap perniagaan majikan, maka dengan itu, perintah injuksi dikeluarkan.

  18. 5. Maklumat-maklumat rahsia Prinsip utama yang terdapat dalam kes Rob lwn Green (1895), ialah terdapat perjanjian tersirat dalam kontrak perkhidmatan bahawa pekerja akan bekerja dengan penuh amanah dan dengan perjanjian tersebut, maka pihak defendan telah terikat untuk tidak menggunakan segala maklumat yang beliau perolehi semasa menjalankan tugas dengan cara yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada majikannya. Dengan itu, pihak pekerja tidak seharusnya menyampaikan sebarang maklumat rahsia mengenai perniagaan majikannya kepada orang yang tidak layak.

  19. Maklumat ini boleh jadi ada kaitan dengan keuntungan perniagaan, bentuk operasi syarikat dan sebagainya.

More Related