1 / 29

DPIA TASAWWUR ISLAM 2

DPIA TASAWWUR ISLAM 2. Tujuan Pembelajaran: Tajuk Falsafah Perundangan Islam adalah suatu tajuk yang telah banyak diperkatakan. Mengulangi perbincangan mengenai falsafah perundangan Islam adalah suatu keperluan. Ia bertujuan untuk mendekatkan kita kepada perundangan Islam itu sendiri.

tress
Télécharger la présentation

DPIA TASAWWUR ISLAM 2

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. DPIATASAWWUR ISLAM 2

  2. Tujuan Pembelajaran: Tajuk Falsafah Perundangan Islam adalah suatu tajuk yang telah banyak diperkatakan. Mengulangi perbincangan mengenai falsafah perundangan Islam adalah suatu keperluan. • Ia bertujuan untuk mendekatkan kita kepada perundangan Islam itu sendiri. • Memahami rahsia dan tujuan ketentuan hukum Islam dan seterusnya menghayati dalam kehidupan.

  3. Topik perbincangan: • Pengertian Perundangan Islam • Sumber & Asas Perundangan Islam • Keunggulan Perundangan Islam • Matlamat Perundangan Islam • Perbezaan Perundangan Islam & Perundangan Ciptaan Manusia • Manfaat Perundangan Islam kpd individu, masyarakat dan negara

  4. Pengertian Perundangan Islam • Perundangan Islam = Syariat Islam • Syariat Islam dari segi bahasa: Jalan yg lurus • Istilah: hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia dalam pelbagai aspek (Akidah-Syariah-Akhlak) kehidupan yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagian dunia & akhirat • Syariat Islam juga merupakan panduan menyeluruh bagi menyelesaikan semua permasalahan hidup manusia dan kehidupan alam ini.

  5. Cakupan Perundangan Islam • Akidah • Akhlak • Kisah-kisah/sirah • Janji baik & Janji buruk • Hukum-hukum amali

  6. Cakupan Perundangan Islam • Hukum-hukum amali (hubungan Allah dgn manusia dan antara manusia sesama manusia) • Ibadat • Muamalat • Jenayah

  7. Sumber Perundangan Islam Sumber yang disepakati: • Al-Quran • Sunnah • Ijmak • Qiyas

  8. Sumber Perundangan Islam • Sumber yang tidak disepakati: • Istihsan • Masalih mursalah • Istishab • Uruf • Syara’ sblm Islam • Sad az-Zarai’

  9. Sumber Perundangan Islam Al-Quran: • Kalam Allah • Dalam bahasa Arab • Diwahyukan/diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w (lafaz & makna) • Di sampaikan dengan cara tawatur • Membacanya adalah ibadah

  10. Sumber Perundangan Islam Hadis: Seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad saw yang dijadikan sumber hukum. • Fungsi hadis antara lain: • Mempertegaskan hukum dalam Al-Qur'an • Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an • Mengkhususkan hukum yg umum dalam Al-Quran • Menetapkan hukum yang tidak ada di dlm Al-Qur'an

  11. Sumber Perundangan Islam • Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan • Yakni kesepakatan para ulama selepas kewafatan Rasul s.a.w dalam menetapkan hukum sesuatu hukum merujuk kepada al-Quran dan Hadis.

  12. Sumber Perundangan Islam • Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nas (al-Quran & Hadis) yang diketahui untuk dikaitkan dengan perkara-perkara baru. • Qiyas menetapkan suatu hukum yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

  13. Asas-asas Perundangan Islam • Bertahap-tahap • Tidak membebankan • Sedikit kewajipan/tanggungjawab • Menegakkan Keadilan • Menjaga Maslahah ummah

  14. Keunggulan Perundangan Islam Terangkum dlm prinsip2 Islam itu sendiri: • Ciptaan Allah s.w.t (Rabbaniyyah) • Sempurna/Lengkap (Syumuliah) • Realiti & Praktikal (Waqi’iyyah) • Universal (‘Alamiyah) • Fleksibal & Tetap (Murunah & Thabat)

  15. Keunggulan Perundangan Islam • Keunggulan/keistimewaan lain: • Menekankan aspek Duniawi & Ukhrawi • Memberi ganjaran & balasan yang adil • Balasan bersifat ukhrawi ditekankan • Menekankan aspek rohani & jasmani • Kekal hingga hari kiamat

  16. Keunggulan Perundangan Islam 1) Rabbaniyyah - Ciptaan Allah s.w.t Perundangan Islam adalah suatu perundangan “Rabbani". Kemampuan manusia untuk memahami seluruh falsafah dan tujuan ditasyrikkan sesuatu hukum adalah terbatas kerana keadaan dan kemampuan yang ada pada diri manusia itu sendiri. - iaitu terbatas kemampuan akal, pancaindera, dll

  17. Keunggulan Perundangan Islam • Perundangan Islam bersih dari pengaruh nafsu dan akal fikiran manusia. • Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui hakikat kejadian manusia, maka hanya Allah yang berhak menurunkan peraturan kepada hambanya.

  18. Keunggulan Perundangan Islam 2. Sumuliyah - Sempurna/Lengkap • Merangkumi segenap aspek kehidupan manusia • Menjaga hubungan Allah & Manusia serta manusia dgn manusia serta alam sekitar • Merangkumi pelbagai aspek spt ekonomi-politik-sosial dll

  19. Keunggulan Perundangan Islam 3- Waqi’iyyah - Realiti & Praktikal • Mampu diamalkan oleh semua golongan • Dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas • Dapat menyelesaikan sebarang permasalahan

  20. Keunggulan Perundangan Islam 4. ‘Alamiyah- Universal • Sesuai untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman • Membawa rahmat ke seluruh alam termasuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

  21. Keunggulan Perundangan Islam 5. Fleksibal & Tetap (Murunah & Thabat) • Boleh berubah mengikut kesesuaian namun prinsip asasnya masih tetap • Mudah & tidak membebankan

  22. Matlamat Perundangan Islam 5 perkara asas yang dipelihara Islam: • Memelihara agama • Memelihara akal • Memelihara keturunan-kehormatan diri • Memelihara harta benda • Memelihara nyawa

  23. Qaidah-qaidah asas fiqh Islam yang digunapakai dalam perundangan Islam • الأمور بمقاصدها • اليقين لا يزول بالشك • المشقة تجلب التيسير • لا ضرر ولا ضِرار • العادة محكمة

  24. Soalan perbincangan: Apakah perbezaan perundangan Islam & perundangan Ciptaan Manusia (sivil/barat)?

  25. Perundangan Islam Ciptaan Allah swt Universal & sejagat Sesuai pd semua tempat & zaman Rujukan utaman: al-Quran & Hadis Lengkap, merangkumi dunia & akhirat Hukum mengingkarinya: berdosa, mematuhinya: dpt pahala Perundangan Sivil/Barat Ciptaan manusia Bersifat setempat (utk satu2 negara shj) Sesuai dilaksanakan pd satu2 zaman & keadaan shj Sumber rujukan utama: fikiran manusia Tidak lengkap, byk kelemahan, berubah2, merangkumi hal2 dunia shj Sesiapa yg tidak mematuhinya akan dikenakan tindakan dunia shj Perbezaannya….

  26. Manfaat mengamalkan perundangan Islam kpd individu • Melahirkan insan yg beriman & bertaqwa • Dikasihi & dirahmati Allah swt • Menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

  27. Manfaat mengamalkan perundangan Islam kpd masyarakat • Mengelakkan berlaku pergaduhan & permusuhan • Perbuatan jenayah dapat di kurangkan • Keselamatan terjamin & bebas melakukan aktiviti harian • Mengukuhkan perpaduan dlm masyarakat • Melahirkan masyarakat yang aman & harmoni

  28. Manfaat mengamalkan perundangan Islam kpd negara • Mengukuhkan keamanan negara • Dihormati dan menjadi contoh bagi negara luar • Negara bertambah maju & makmur dari pelbagai aspek: ekonomi, politik dll

  29. " ISLAM untuk SEMUA " Sekian, Terima Kasih.

More Related