530 likes | 1.6k Vues
Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA). Modul: AQIDAH ISLAMIAH (1) Dikemaskini oleh: Siti fairuz bte Ramlan. Muqaddimah . Pengenalan Tentang Modul. Matlamat Modul. Kepentingan Aqidah Tauhid. Sebab-Sebab Penyelewengan Definisi Aqidah. Definisi Tauhid. Definisi Iman. Pengenalan Modul.
E N D
Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) Modul: AQIDAH ISLAMIAH (1) Dikemaskini oleh: Siti fairuz bte Ramlan
Muqaddimah • Pengenalan Tentang Modul. • Matlamat Modul. • Kepentingan Aqidah Tauhid. • Sebab-Sebab Penyelewengan • Definisi Aqidah. • Definisi Tauhid. • Definisi Iman
Pengenalan Modul * Ilmu Aqidah ialah ilmu teras dan asas. • Ilmu Aqidah ialah ilmu yg pertama & utama wajib dipelajari, diajar dan diamalkan. • *Ilmu yang paling mulia kerana sebuah disiplin pengajian yang membahaskan tentang pencipta yang maha mulia. • *Penerimaan amalan di sisi Allah bergantung kpd kesesuaian aqidah yg dianuti. • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam tidak akan diterima olehnya dan dia pada hari akhirat nanti di kalangan orang yang rugi. • Realiti kehidupan masyarakat dunia masakini mendorong kpd pemantapan aqidah atas dasar yg kukuh & benar. Keperluan ini adalah berdasarkan masalah semasa yang timbul akibat pemahaman yang kurang mendalam mengenai akidah Islam yang sebenar e.g ajaran sesat.
Matlamat Modul • *Memahami kepentingan aqidah Islamiah. • *Memahami tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T. dan RasulNya s.a.w. • *Memahami perbezaan yg jelas dan halus antara aqidah Islamiah dgn agama yg lain. • *Memiliki pengetahuan yg cukup dan sesuai berkaitan permasalahan yg berkaitan dgn pembahagian tauhid, iman dan cabangnya, Islam & Kufur, as-Sunnah & al-Bid’ah, dll. • *Memiliki semangat keIslaman & keImanan yg jitu demi memelihara marwah diri, keluarga dan agama. • *Memahami bhw punca kesengsaraan dunia akhirat ialah syirik & kufur, punca kebahagiaannya ialah tauhid & iman. *Menghayati makna sebenar Aqidah dan komponen-komponennya *Mempunyai kefahaman akidah yang betul dan benar.
Kepentingan Aqidah Tauhid • Kepentingan Aqidah Tauhid ialah pegangan seseorang mempengaruhi gaya hidup serta arah tuju kehidupan. Terdapat 3 persoalan penting yang mencorak pemikiran seseorang mengenai kehidupan:- 1) Dari mana asal manusia? 2) Apakah tujuan hidup ini? 3)Ke manakah manusia akan pergi selepas ini? http://www.sistersinislam.org.my http://islamlib.com/page.php http://www.bahai.org/
Kepentingan Aqidah Tauhid • 1)kegoyahan akidah • 2)Kehilangan khalifah • 3)Rebutan kuasa. • 4)Agenda kerajaan. • 5)Masalah sosial global: zina, arak, judi, curi, bunuh, gangsterism, dadah, perkahwinan sejenis, dll. • 6)Masalah pendidikan. • 7)Masalah beragama – memahami maksud fahaman Ahlis Sunnah wal Jama’ah. • 8)Masalah wabak & penyakit zahir batin. • 9)Masalah ketenteraman global.
Sebab-Sebab Penyelewengan • Sebab-Sebab Penyelewengan Umum : 1) Kejahilan tentang aqidah yg benar. قال عمر رضي الله عنه : ( إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية ). 2). Ta’assub kpd ajaran generasi terdahulu tanpa menyelidik kebenarannya. قال الله تعالى: ( وإذا قيل لهم اتبعوا ما أنزل الله قالوا بل نتبع ما ألفينا عليه آباءنا، أولو كان آباؤهم لا يعقلون شيئا ولا يهتدون ) البقرة:170 3)Taqlid buta. 4) Keterlaluan dlm memuji atau mencintai orang-orang soleh. قال الله تعالى: ( لا تذرنّ آلهتكم ولا تذرنّ ودا ولا سواعا ولا يغوث ولا يعوق ولا نسرا ) نوح: 23. 5)Kelalaian yg menghalang drpd mentadabbur ayat-ayat Allah. قال الله تعالى : ( قال إنما أوتيته على علم عندي ) القصص: 78. 66)Rumah / Keluarga Islam yg kosong drpd pentarbiyahan Islam sebenar. 7) Peranan Media Massa
Sebab-Sebab Penyelewengan • Sebab-Sebab Penyelewengan Khusus : 1) Bergantung kpd hadith da’if. 2)Menolak hadith yg tidak menepati citarasa/nafsu. 3)Mengatakan sesuatu tanpa ilmu drpd al-Quran & as-Sunnah serta kejahilan dlm bhs. Arab. 4)Mengabaikan perkara-perkara dasar serta mengikut perkara mutasyabihat (samar-samar). 5) Merubah Dalil 6) Mentafsir ikut nafsu. 7) Mengagungkan akal. 8) Mengagungkan mimpi. 9) Kejahilan tentang Maqasid Syari’ah.
Sebab-Sebab Penyelewengan • Sebab-Sebab Penyelewengan Khusus 5. Merubah Dalil 6. Mentafsir ikut nafsu. 7. Mengagungkan akal. 8. Mengagungkan mimpi. 9. Kejahilan tentang Maqasid Syari’ah.
ILMU TAUHID PENDAHULUAN
Pengertian Ilmu Tauhid Dari segi bahasa: Berasal dari kalimah وحّدBererti mengesakan Mengesakan sesuatu atau mensabitkan sifat tunggal bagi sesuatu perkara Dari segi istilah; Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran aqidah Islam bersumberkan dalil naqli dan ‘aqli
Definisi Tauhid • Tauhid bermakna penyatuan / pengesaan. • Ini bermakna Tauhid ialah mengesakan Allah S.W.T. dlm penciptaan & pentadbiran, mengikhlaskan ibadah hanya keranaNya, meninggalkan segala bentuk ibadah kpd selainNya, menetapkan baginya semua nama dan sifat yg baik, mensucikanNya drpd semua nama dan sifat kekurangan dan keaiban.
Definisi Aqidah • Dipetik dari kalimat Aqada عقد Oleh itu kalimat Aqidah bermakna suatu ikatan. • Dgn itu dapat difahami bhw aqidah ialah ikatan hati dan kepercayaannya / keyakinannya terhadap sesuatu, berperanan sebagai pendorong utama dlm kehidupan seseorang. Demi kepentingannya, manusia sanggup berkorban apa sahaja. (Belief/Faith) • Kalimat aqidah, umum. Bila dikatakan aqidah Islamiah, maka ia dikhususkan kepercayaan Islam shj.
Definasi Iman Iman: Iqrar ( mengucapkan syahadah) dengan lisan, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan Seseorang yang telah melaksanakan semua perkara diatas digelar mu’,min • Manakala yang hanya berucap tetapi tidak beramal digelar muslim fasiq. • *Dan mereka yang hanya berucap tetapi tidak membenarkan dengan hati dan tidak beramal digelar munafik. • *Aqidah & syariat harus berjalan seiringan dalam kehidupan seorang mu’min
Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid • Keimanan kepada Allah • Keimanan kepada Rasul-rasulNya • Keimanan kepada semua kitab-kitabNya • Keimanan kepada para malaikatNya • Keimanan kepada hari Akhirat • Keimanan kepada qada’ dan qadar ***
Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid • آمن الرسول بما أنزل إليك من ربه و المؤمنون كل آمن بالله و ملائكته و كتبه و رسله لا نفرق بين أحد من رسله و قالوا سمعنا و أطعنا غفرانك ربنا و إليك المصير • “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya” (albaqarah:285)
Kedudukan Ilmu Tauhid • Kemuliaan sesuatu ilmu tergantung kepada topik yang diperbincangkan • Adakah perkara yang lebih penting dari mengenal pencipta manusia serta alam semesta? • Adakah perkara yang lebih penting dari mengetahui sebab kita diciptakan dan cara untuk diredhai oleh Pencipta?
Tahap Kewajipan • Mempelajari Ilmu Tauhid adalah fardhu ‘ain bagi setiap muslim dan muslimah • Mendalami serta perincian dalam Ilmu Tauhid adalah fardhu kifayah
Al-Quran Adalah Kitab Tauhid Teragung • Ayat-ayat al-quran terbahagi kepada Makkiyyah dan Madaniyyah • Makkiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan sebelum hijrah • Madaniyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrah • Hampir keseluruhan ayat-ayat Makkiyyah berkisar mengenai Tauhid
Akibat kecuaian terhadapnya • Cuai dalam mempelajari Ilmu Tauhid yang betul (tidak berlandaskan al-quran dan sunnah) • Mula kerosakan aqidah • Aqidah yang rosak berlandaskan hawa nafsu dan kepentingan sendiri • Amalan juga rosak kerana tidak mengikut apa yang dituntut oleh syara’ • Muncul ajaran sesat semasa
ILMU TAUHID KEPENTINGAN DALAM KEHIDUPAN
Tujuan Ciptaan Manusia • Untuk meng’abdikan diri kepada Allah • و ما خلقت الجن و الإنس إلا ليعبدون • “dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu” (ad-dzaariyaat:56) • Untuk menjadi khalifah yang mentadbir bumi seperti mana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 29
Iman Adalah Asas Amalan • Pahala hanya diberikan kepada orang-orang yang beriman.Mereka yang tidak beriman tidak dikira amalannya. • Amalan mereka hanya akan membuahkan keuntungan di dunia seperti perumpamaan yang diesebutkan di dalam al-Quran: • مثل الذين كفروا بربهم أعملهم كرماد اشتدت به الريح في يوم عاصف لا يقدرون مما كسبوا على شيء ذلك هو الضلال البعيد • “Perumpamaan mereka yang kufur terhadap Tuhan mereka ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang,mereka tidak peroleh sesuatu faedah dari apa yang telah diusahakan.Itulah kesan kesesatan yang jauh” (Ibrahim:18)
Dua Kalimah Syahadah • Syarat pertama masuk Islam • Sebahagian dari syarat sah iman • Menyelamatkan dari berkekalan dalam neraka Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah maka sesiapa yang mengucapkannya, dia terpelihara dariku dirinya dan hartanya. ) Hadis sahih Bukhari dan Muslim. Dan hadis dari Sayyidina Uthman Bin Affan di dalam sahih Muslim: Sesiapa yang mati dan dia mengetahui tiada Tuhan selain Allah akan masuk syurga.
Bahaya Jahil Ilmu Tauhid • Menjalani kehidupan dengan tiada arah yang dituju • Kufur dengan hari akhirat akan menjadikan seseorang bekerja hanya untuk mengejar kesenangan dan kemewahan dunia • Aqidah dan amalan akan rosak – maksiat akan berleluasa • Hilang motivasi diri-membunuh diri
Bahaya Jahil Ilmu Tauhid • ظهر الفساد في البر و البحر بما كسبت أيدي الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون • “Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan laut hasil perbuatan manusia, kerana Allah hendak manusia itu merasakan balasan dari perbuatan mereka supaya mereka kembali insaf” (ar-rom:41)
Implikasi Ilmu Tauhid Dalam Kehidupan Manusia • Orang-orang yang beriman akan menjalani kehidupan dunia di atas jalan yang lurus • أفمن يمشي مكبا على وجهه أهدى أمّن يمشي سويا على صراط مستقيم • “Adakah orang yang berjalan yang menyebabkan dia tertumus di atas mukanya boleh mendapat hidayah? Atau orang yang berjalan jalan yang lurus dan rata?” (al-mulk:22)
Implikasi Ilmu Tauhid Dalam Kehidupan Manusia • Tauhid menyatukan manusia di bawah naungan Tuhan yang satu, rasul yang satu dan qiblat yang satu • إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم • “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara” (al-hujuraat:10)
Implikasi Ilmu Tauhid Dalam Kehidupan Manusia • Apabila iman berkembang dalam masyarakat, ia akan membuahkan pelbagai amalan soleh yang diredhai Allah • Firman Allah: “Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah barakah dari langit dan bumi” (al-a’raaf:96)
Mengetahui Kewujudan Allah 1) Dengan akal fikiran yang waras - memerhatikan ciptaan Allah • Maenganalisa alam sekitar dengan menggunakan pancaindera dan deria yang ada. • Sebagai contoh, bulan tidak akan bergerak tanpa yang menggerakkannya. Sama seperti kereta tanpa pemandu
Mengetahui Sifat Allah 1) Tiada pengetahuan tentang yang ghaib kecuali dari yang ghaib • Kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir tentang ciptaanNya
Mengetahui Sifat Allah • و لا يحيطون بشيء من علمه إلا بما شاء • “dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki” (al-baqarah:255) 2)Melalui wahyu yang disampaikan kepada RasulNya
Mengetahui Sifat Allah Walaubagaimanapun, terdapat Ayat-ayat sifat tidak boleh ditakwil • Makna zahir sifat Allah tidak bererti penyerupaan dengan sifat makhluk. Contoh sifat pengasih , pemurah dan sebagainya. Makhluk hanya mempunyai 1 peratus dari sifat yang dimiliki Allah S.W.T
Pembahagian sifat-sifat Allah • Sifat-sifat positif (tsubutiah) • Sifat-sifat negatif (salbiah) • Sifat positif ialah sifat yang ditetapkan oleh Allah bagi diriNya dalam nas Al-Quran atau hadith • Sifat negatif ialah apa yang dinafikan oleh Allah dari diriNya dalam nas Al-Quran dan hadith
Sifat-sifat tsubutiah(positif) • Sifat-sifat ini terbahagi kepada dua: • Sifat-sifat zat dan sifat-sifat perbuatan • Sifat-sifat zat ialah sifat-sifat yang kekal dan sentiasa ada pada zat Allah. • E.g. hidup, mendengar, melihat, mengetahui, berkuasa
Sifat-sifat tsubutiah(positif) • Sifat-sifat perbuatan ialah yang berkaitan dengan kehendak Allah, jika dikehendaki, dilakukan olehNya dan jika tidak dikehendaki, Dia tidak melakukannya. • E.g. berada di atas Arasy, turun ke langit dunia, kasih, reda, marah
Sifat-sifat negatif • Apa yang Allah nafikan dari diriNya dan wajib diiktiqadkan penetapan sifat yang berlawanan dengan sifat tersebut. • E.g. sifat kezaliman: wajib dinafikan sifat ini dan diiktiqadkan sifat keadilan yang sempurna bagi Allah. • و ما ربك بظلام للعبيد • “dan tidaklah Tuhanmu itu kejam terhadap hamba-hambanya” (fussilat:46)
Cara Mengenal Allah: Kehebatan Ciptaan Allah
4 Metode Asas Mengenalpasti Kewujudan Allah • Fitrah. • Alasan / Aqli. • Al-Hiss (lima pancaindera) • Syari’ah.
Cara Mengenalpasti Kewujudan Allah - Lanjutan • Kewujudan • Kehidupan • Nama & Sifat • Kekuasaan & Kawalan (Power & Control) • Ilmu Pengetahuan • Kelajuan
Metode Al-Quran Dalam Istbat Kewujudan Allah & KeesaanNya • Ciptaan Alam Semesta • Ciptaan Bumi • Ciptaan Hidup & Mati • Ciptaan Diri Manusia • Sejarah Manusia
Tauhid Rububiyyah • Sifat-sifat ketuhanan yang melambangkan kekuasaan tuhan • Allah Mencipta • Allah Mentadbir Alam Semesta • Allah Memberi Rezeki • Allah Menghidupkan & Mematikan
Rububiyyah Allah S.W.T. • Tauhid Rububiyyah difahami semua manusia. • Tauhid Rububiyyah merangkumi tauhid Asma wa Sifat. • Beriman kepada tauhid Rububiyyah mengharuskan beriman kepada tauhid Uluhiyyah.
Tauhid Asma wa Sifat • Allah mempunyai banyak nama & sifat, kesemuanya indah belaka. • Allah Maha Suci dari segala sifat kekurangan & kehinaan. • “Allah tidak menyerupai sesuatu makhluq pun, tetapi Dia Maha Mendengar Maha Melihat”. • Ahlus Sunnah wal Jama’ah beriman bhw Allah memiliki segala sifat & nama yg indah tanpa menjelaskan bentuk, cara, atau takwil.
Tauhid Uluhiyyah • Tauhid Uluhiyyah menyeru manusia kpd mengkhususkan / mengikhlaskan ketaatan, penyembahan, permohonan, pengharapan, kekhuatiran, kecintaan hanya kpd Allah S.W.T. sahaja.
Tauhid Uluhiyyah • Tauhid Uluhiyyah ialah dakwah semua Nabi & Rasul s.a.w. • Tauhid Uluhiyyah tidak diterima oleh Musyrikun. • Tauhid Uluhiyyah membincangkan urusan ibadah kpd Allah.
Maksud Ibadah • Berasal dari katakerja “ ‘abada” yg bermakna: tunduk, patuh, sembah. • Dari sudut istilah, “ibadah” bermakna: Suatu nama yg menyeluruh dan merangkumi segala perkara yg disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada berbentuk ucapan atau perbuatan yg zahir dan batin.
Skop Ibadah • Berdasarkan definisi tersebut, skop ibadah mestilah difahami dgn lebih luas melebihi skop yg biasa difahami dan diamalkan seperti; solat, puasa, zakat, haji, zikir, tilawatul quran, sedekah dll. • Ianya merangkumi skop perbuatan harian yang bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Skop Ibadah • Skop Ibadah boleh difahami dgn lebih jelas lagi jika kita teliti perkara-perkara berikut: • *Tuntutan Melaksanakan Perintah: Wajib & Sunnah • *Tuntutan Meninggalkan Larangan: Haram & Makruh • *Keizinan Utk Memilih Mubah