1 / 34

Diploma Pengajian Islam Andalus

Diploma Pengajian Islam Andalus. M U S T A L A H H A D I T H Kepentingan, Pengenalan Umum & Sejarah Perkembangannya Oleh: Ustz. Husny B. Jasin Amin Sahib husny_alfawzaan@yahoo.com. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *. Manhaj Modul.

qamra
Télécharger la présentation

Diploma Pengajian Islam Andalus

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Diploma Pengajian Islam Andalus M U S T A L A H H A D I T H Kepentingan, Pengenalan Umum & Sejarah Perkembangannya Oleh: Ustz. Husny B. Jasin Amin Sahib husny_alfawzaan@yahoo.com * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  2. Manhaj Modul • Keutamaan mustalah hadith & sejarah perkembangannya. • Pengenalan istilah-istilah asas & pembahagian umum hadith. • Pembahagian hadith dari sudut derajat kekuatannya. • Pembahagian hadith dari sudut bilangan perawi. • Pengenalan kitab-kitab hadith. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  3. Soalan Dasar (1) • Apa erti / definisi al-Hadith? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  4. Pengertian Al-Hadith Al-Hadith Merupakan: • Sabda / Ucapan Rasulullah s.a.w. • Perbuatan Rasulullah s.a.w. • Taqrir (persetujuan) Rasulullah s.a.w. • Wasf (sifat) Khilqiy (bentuk rupa) Rasulullah s.a.w. • Wasf (sifat) Khuluqiy (akhlaq) Rasulullah s.a.w. Al-Hadith juga dinamakan As-Sunnah. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  5. Contoh Hadith Qauli (Ucapan) • Sabda Rasulullah s.a.w. kpd Umar b. Abi Salamah: “Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah (bacalah bismillah), makanlah dgn menggunakan tangan kananmu dan makanlah apa yg berdekatan dgnmu”. (Hadith riwayat al-Bukhari). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  6. Contoh Hadith Fi’li (Perbuatan) • Uthman r.a. meminta air wudhu (di dlm bejana) kemudian dia : -menuangnya ke tangannya lalu mencuci kedua-duanya 3x, -mencedoknya dgn tangan kanannya lalu -berkumur-kumur, -memasukkan air ke dlm hidung dan menghembuskannya, -membasuh wajahnya 3x dan kedua tangannya hingga ke sikunya 3x, -mengusap kepalanya (1x), -membasuh kedua-dua kakinya 3x. Selepas itu, Uthman r.a. berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w. berwudhu seperti (cara) wudhu (yg aku lakukan) ini”. (Hadith riwayat al-Bukhari) * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  7. Makna Taqrir (Persetujuan) Nabi s.a.w. • Taqrir Nabi s.a.w. bermakna: Nabi s.a.w. diam, tidak mengingkari atau menegur ucapan para sahabatnya atau perbuatan mereka yg berlaku di hadapannya atau yg berlaku di tempat lain (tanpa kehadirannya) tetapi dia mengetahuinya. Maka tindakan Nabi s.a.w. untuk berdiam diri merupakan suatu bukti (dalil) bhw ucapan & perbuatan mereka dibolehkan di sisi agama kerana Nabi s.a.w. tidak menyetujui sesiapa pun atas kemungkaran. Ini bermakna, jika ia suatu kemungkaran maka Nabi s.a.w. akan menegur atau melarang. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  8. Contoh Hadith Taqrir (Persetujuan) Atas Ucapan • Seorang sahabat Nabi s.a.w. ingin membebaskan seorang hamba perempuannya lalu membawanya ke hadapan Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. bertanya kpd hamba tersebut: “Di mana ALLAH”? Dia menjawab: “Di langit (tempat yg tinggi)”. Nabi s.a.w. menyetujui jawapannya sambil berkata: “Bebaskan dia kerana dia seorang mukminah”. (Hadith riwayat Muslim) * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  9. Contoh Hadith Taqrir (Persetujuan) Atas Perbuatan • Nabi s.a.w. membiarkan orang-orang Habasyah bermain dan berlatih dgn lembing mereka di dlm masjid. (Hadith riwayat al-Bukhari) Perbuatan itu dilakukan sempena hari raya utk berlatih dan bersedia menghadapi musuh. (Fathul Bari: 1/654) * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  10. Contoh Hadith Wasf Khilqiy (Bentuk Rupa) • Sahabat Nabi s.a.w. menjelaskan bentuk rupa Nabi sambil berkata: “Nabi s.a.w. luas bidangnya, rambutnya panjang hingga ke paras kedua telinganya dan kadangkala sampai ke paras kedua bahunya. Janggut baginda juga lebat. Wajah baginda s.a.w. ialah seelok-elok wajah. Nabi s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah”. (Hadith riwayat Muslim) * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  11. Contoh Hadith Wasf Khuluqy (Akhlaq) • Sahabat r.a. berkata: “Nabi s.a.w. adalah orang yg paling mulia / pemurah dan paling berani. (Hadith riwayat Muslim). “Nabi s.a.w. tidak berkata atau melakukan sesuatu yg keji, kesat, jahat atau lucah”. (Hadith riwayat al-Bukhari). “Ketawa Nabi s.a.w. hanya sekadar senyuman shj”. (Hadith riwayat at-Tirmidzi). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  12. Soalan Dasar (2) • Mengapakah saya mesti / wajib merujuk kepada Hadis? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  13. Allah & Rasul yg perintah. • Bukti cinta kpd Allah. (rujuk Ali Imran: 31-32) • Warisan Nabi s.a.w. & Islam. • Penafsir al-Quran. • Penyelesai masalah. • Meninggikan semangat rohani. • Telah diuji keunggulannya selama lebih 1400 thn. • Dll. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  14. Soalan Dasar (3) • Di manakah kedudukan hadis di dalam Islam? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  15. Kedudukan Al-Hadith Dalam Islam • Al-Hadith ialah wahyu Allah S.W.T. • Lebih daripada dua pertiga ajaran dan hukum-hakam Islam, sama ada dari sudut Fiqh, Aqidah, Tafsir, Sirah, Akhlaq, Perubatan Islam dll., terhimpun di dalam Al-Hadith. • Al-Hadith mengatasi peranan akal. • Kesemua empat imam mazhab mendahulukan & mengutamakan Al-Hadith melebihi pandangan peribadi atau fatwa mereka. • Rujuk jawapan soalan kedua. • Rujuk kitab bahagian C, bab 1 & 2. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  16. Soalan Dasar (4) • Bagaimanakah hadis Nabi s.a.w. sampai kepada kita? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  17. Melalui jalan periwayatan iaitu, dari mulut ke mulut. • Daripada generasi kpd generasi. • Hadith dikumpulkan dan dirakamkan dlm kitab-kitab yg terkenal seperti, Muwattho’ Imam Malik, Musnad Imam Syafi’e, Musnad Imam Ahmad, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dll. yg bermula sejak awal kurun kedua hijrah (2H). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  18. Soalan Dasar (5) • Apa erti ‘sanad’ & ‘matan’? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  19. Sanad & Matan • Setiap hadith mempunyai sanad & matan (السَّنَد والمَتْن) . • Sanad ialah rangkaian perawi-perawi hadith (sumber), bermula daripada Musnid hinggalah sampai kpd sahabat Nabi s.a.w. • Matan ialah kandungan hadithnya (teks). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  20. Contoh Sanad & Matan • Imam Muslimberkata: Abu Ghassan Al-Misma’iy berkata kpd kami, Ad-Dhahhak b. Makhlad berkata kpd kami, drpd Ibn Juraij katanya: Abuz Zubair mengkhabarkan kpdku bhw dia mendengar Jabir b. Abdillah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Antara seseorang dgn syirik & kufur ialah meninggalkan solat”. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  21. Soalan Dasar (6) • Mengapakah pada mulanya Nabi s.a.w. melarang daripada menulis hadis? Jwpn: Utk mengelakkan drpd percampuran antara al-Quran & al-Hadith * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  22. Soalan Dasar (7) • Mengapakah hadis-hadis Nabi s.a.w. berbeza-beza martabatnya; sahih-hasan-daif-maudhu’? Bagaimanakah para ulama menilainya? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  23. Mereka menilai hadith dari dua sudut yg besar iaitu: • Pertama: sanad hadith (ini cara paling utama & masyhur) Perlu dikenalpasti peribadi perawi, ilmunya, kekuatan hafalannya, akhlaqnya, aqidahnya, kejujurannya, zamannya dll. • Kedua: matan hadith. Perlu dilihat apakah matannya bercanggah dgn hukum syarak? atau bercanggah dgn hukum akal? atau ada unsur-unsur penipuan? atau bercanggah dgn matan dlm sanad yg lain? atau ada unsur-unsur dipengaruhi fahaman tertentu? Dll. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  24. Contoh Penilaian Hadith Dari Sudut Sanadnya • Hadith “Sesiapa yg dikurniakan seorang anak kemudian menamakannya “Muhammad” kerana mengambil berkat sempena nama itu, maka dia (ibubapa) dan anaknya masuk syurga”. • Hadith ini maudhu’ hukumnya, tidak boleh diamalkan, kerana seorang perawi dlm sanadnya iaitu Hamid b. Hammad al-Askari meriwayatkan hadith palsu drpd gurunya, Ishaq b. Yasar an-Nasibi. • Imam-Imam hadith seperti adz-Dzahabi, Ibn Qayyim, Ibn Hajar dan al-Albani juga menghukumkan kepalsuan hadith ini. (rujuk: Silsilah Ahadith Daifah wal Maudhu’ah, Albani, 1/319). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  25. Contoh Penilaian Hadith Dari Sudut Matannya • Hadith: “Berfikir sejenak lebih baik drpd beribadah 60 thn”. • Hadith ini maudhu’ juga hukumnya. Dlm sanadnya ada Uthman b. Abdillah al-Qurasyi & gurunya Ishaq b. Najih al-Malty, kedua-duanya penipu (kadzzab), seperti yg dijelaskan oleh Imam Ibnul Jauzi. (rujuk: Silsilah Ahadith Daifah wal Maudhu’ah, Albani, 1/322). • Kalau dinilai dari sudut matannya shj sudah tidak masuk akal! Lagipun ia bercanggah dgn banyak hadith sahih lain yg menggalak kita agar berusaha dan melakukan ibadah. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  26. Justru itu, sandaran utama utk menilai sesebuah hadith ialah perawinya. Jika ilmu dan hafalannya mantap, kejujurannya tidak dipertikaikan, maka hadithnya diberi martabat sahih (betul) atau hasan (baik). • Sebaliknya, jika ilmunya cetek, orangnya pelupa, suka bergurau sehingga susah utk dipercayai, atau berbohong dlm perbualan hariannya, atau lebih buruk lagi berdusta ke atas Rasulullah s.a.w., maka hadithnya diberi martabat da’if (lemah) atau maudhu’ (palsu). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  27. Soalan Dasar (8) • Ulama hadis sering menilai dan memperkatakan tentang keperibadian perawi (penyampai) hadis dari sudut aqidahnya, akhlaqnya, kejujurannya, hafalannya, ilmunya, guru-gurunya dll. , apakah ini bermaksud kita boleh mengumpat? * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  28. Tahaqquq (Minta Kepastian) • Firman Allah S.W.T. “Wahai orang yg beriman jika datang kpd kamu seorang ‘fasiq’ dgn berita (palsu) maka hendaklah kamu menyiasat / memastikan (terlebih dahulu), krn mungkin kamu akan menzalimi sesuatu kaum tanpa kamu sedari, dgn itu kamu akan menyesali tindakan kamu (yg tergesa-gesa)” (Al-Hujurat: 6) * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  29. ‘Mengumpat’ (Nasihat) Yg Dibolehkan (1) • Hadith Fatimah bt. Qais r.a. : “Adapun Mu’awiyah dia adalah seorang yg miskin tiada harta. Abu Jahm pula seorang yg suka memukul isteri. Kahwinlah Usamah b. Zaid”. (riwayat Muslim). * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  30. ‘Mengumpat’ (Nasihat) Yg Dibolehkan (2) • Hadith Aisyah r.a. : Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. Bila Rasulullah s.a.w. melihatnya, Rasulullah s.a.w. berkata kpd Aisyah: “Ini seburuk-buruk teman”. Tetapi setelah lelaki itu duduk di hadapan Rasulullah s.a.w., baginda bermanis muka dan melayaninya. Apabila dia berangkat, Aisyah r.a. bertanya: “Ya Rasulullah, engkau kata dia begini dan begitu, tetapi engkau bermanis muka di hadapannya? Rasulullah s.a.w. menjwb: “Ya Aisyah, pernahkah engkau mendapati aku berbohong? Seburuk-buruk derajat manusia di sisi Allah pd hari qiamat kelak ialah org yg ditinggalkan / dihindari manusia krn takut kejahatannya”. (riwayat alBukhari) * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  31. Definisi Mustalah Hadith • Sebilangan kaedah dan garispanduan yg melaluinya dapat dikenalpasti keadaan perawi hadith (sanad) dan teks hadith (matan) sama ada ia boleh diterimapakai atau ditolak. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  32. Soalan Dasar (9) • Di manakah boleh saya mendapat / membaca hadis? Apakah kitab-kitab hadis yang terkenal? Jwpn: Rujuk nota. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  33. Sejarah Mustalah Hadith Zaman Riwayah: • Zaman Nabi s.a.w. • Zaman Sahabat r.a. • Zaman Tabi’in rhm. Zaman Tadwin: • Kurun 2H • Kurun 3H • Kurun 4H Rujuk kitab bahagian A, bab 3 & bahagian D, bab 1,2 & 3. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

  34. * * * الإسناد من الدين ، فلولا الإسناد لقال من شاء ما شاء – ابن المبارك * * *

More Related