1 / 39

GURU PENDIDIKAN ISLAM PENGGERAK DAKWAH UMMAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

GURU PENDIDIKAN ISLAM PENGGERAK DAKWAH UMMAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. OLEH : BAHAGIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. a) Dakwah suatu tuntutan agama. b) Tugas yang mulia, penyambung tugas para nabi.

dwight
Télécharger la présentation

GURU PENDIDIKAN ISLAM PENGGERAK DAKWAH UMMAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. GURU PENDIDIKAN ISLAM PENGGERAK DAKWAH UMMAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG OLEH : BAHAGIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  2. a) Dakwah suatu tuntutan agama. b) Tugas yang mulia, penyambung tugas para nabi. c) GPI mempunyai visi & misi mendidik murid dan masyarakat. PENGENALAN

  3. Maksudnya : “Serulah manusia pada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An-Nahl : 125)

  4. Maksudnya : “Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar. Mereka inilah orang yang beruntung”. (Ali Imran : 104)

  5. Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thaguut. Maka di antara umat itu, ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya”. (An-Nahl : 36)

  6. Maksudnya : “Dialah yang mengutuskan dalam kalangan (orang-orang arab) yang ummiyin seorang Rasul (Muhammad S.A.W.) yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan keesaanNya) dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat) serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka (sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW) dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Jumah : 2)

  7. Dakwah adalah seruan, ajakan, panggilan dan nasihat. i) Menurut Muhamad Al-Ghazali: “Program yang lengkap, merangkumi semua peringkatnya, yang mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap petunjuk jalan kepada mereka” DEFINISI DAKWAH; TAZKIRAH BUAT DA`IE

  8. ii) Menurut Dr. Yusuf Al-Qardawi: “Usaha untuk membawa orang lain kepada Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah SWT sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah SWT”

  9. RUMUSAN DAKWAH Dakwah ; menyeru kepada Islam yang sebenardengan mengamal dan menghayatinya bagi memenuhi matlamat pengabdian hidup hanya kepada Allah GPI SEBAGAI DA`IE ADALAH GOLONGAN TERKEHADAPAN DAN MENJUARAI AMALAN DAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM SELURUH ASPEK PENGHIDUPAN

  10. Rukun Dakwah a) Dai’e (pendakwah) b) Mad’u (sasaran dakwah) c) Mad’u bihi (kandungan dakwah) d) Qawaid (kaedah dakwah) e) Uslub (pendekatan)

  11. Maksudnya : “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang beriman keluar semuanya(pergi berperang) oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga”. (At-Taubah : 122)

  12. Maksudnya : “Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ini.” (Ali Imran : 159)

  13. DA`IE SEBENAR a) Penyeru manusia ke jalan Allah dengan hikmah dan kebijaksanaan. b) Berdakwah sepanjang hayat. c) Selari dakwah dengan amalan da`ie GPI merupakan barisan hadapan sebagai pendakwah, TERAS kepada pembinaan insan berkualiti dan ummah cemerlang, gemilang dan terbilang.

  14. Maksudnya : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyeru berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah ( buruk dan keji ), serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali Imran : 110)

  15. i. Akidah sahih dan teguh ii. Ubudiyah yang istiqomah iii. Akhlak terpuji iv. Qudwah, teladan dan model terbaik v. Pengetahuan yang luas dan semasa vi. Berdaya kepemimpinan sejati vii. Kemahiran tinggi dalam uslub dakwah : Memahami keadaan mad’u Memahami apa yang disampaikan Memahami awlawiyat DA’IE UNGGUL ; MUHASABAH BUAT GPI

  16. MAD’UU :SUSAH SENANG BERSAMA MEREKA a) Individu yang memerlukan perhatian, bimbingan dan didikan untuk menjadi insan soleh, musleh, cemerlang, gemilang dan terbilang. b) Dakwah, bimbingan dan kasih sayang buat : i. Murid ii. Warga sekolah iii. Masyarakat

  17. KANDUNGAN DAN MESEJ DAKWAH Mengajak, memujuk dan membimbing manusia mengenal, mengamal, menghayati dan mencintai Islam yang syumul melalui : a) Pengenalan asas-asas Islam b) Keistimewaan Islam c) Sistem Islam d) Kesepaduan fardu ain dan fardu kifayah e) Isu-isu global dan semasa Sebelum melangkah lebih jauh, fikirkan dan muhasabahlah apakah tugas-tugas asas Da`ie telah diselesaikan…

  18. GPI DA`IE ; REALITI BUKAN FANTASI GPI adalah penggerak dakwah, menjadi ikutan dan rujukan, sentiasa berada di hadapan sebagai penggerak utama, menyeru ke jalan Allah dengan bijaksana, bagi melahirkan insan soleh, musleh dan bertakwa.

  19. GPI : AYUH BERHIJRAH ! HIJRAH

  20. DAKWAH MENUJU GENERASI CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG (KHAIRA UMMAH) • Berjiwa Agama • “Super Power” • Kaizen • Berwawasan Jauh • Selangkah ke Hadapan • Pemimpin Dunia • Pejuang Bangsa • Pembina Negara • Penyelamat Ummah

  21. “10 D” KEHEBATAN GPI

  22. 9 M ; HARAPAN TERHADAP GPI • Menjadi rujukan masyarakat. • Menyelesai masalah. • Menjadi ikutan • Menggerakkan aktiviti • Menasihat dan menegur • Memimpin • Membimbing • Menyatupadu • Menabur ilmu dan jasa

  23. PERANAN BESAR GPI Ilmu Kemahiran Amalan Akhlak Mudarris, Muallim, Muaddib, Mursyid dan Murabbi.

  24. TERAS 7 :WAJAH GPI

  25. TERAS 1 : ILMU • Menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah secara formal hingga ke peringkat tertinggi. • Berbudaya ilmu ; mengkaji, menyelidiki, mendokumentasi dll.

  26. TERAS 2 : IMAN • Memiliki akidah yang mantap • Memelihara Iman daripada diganggu gugat perkara negatif. • Menambah nilai Iman setiap masa • Menggerakkan iman membuat amal

  27. TERAS 3 : AMALAN • Mengerjakan amalan wajib sehingga perkara-perkara sunat. • Istiqomah dalam ibadat khusus dan ibadat umum • Meninggalkan yang haram, makruh, syubhat dan khurafat.

  28. TERAS 4 : KEMAHIRAN • Menguasai kemahiran asas Islam seperti al-Quran, tulisan jawi, bahasa Arab dan lain-lain. • Menguasai kemahiran kepimpinan masyarakat seperti psikologi, komunikasi dan organisasi. • Berkebolehan pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan sebagainya. • Berilmu dan berkemahiran semasa seperti ICT dan bioteknologi.

  29. TERAS 5 : SIKAP • Bertoleransi dan berfikiran terbuka • Bertanggapan positif dan optimis • Berkeyakinan tinggi • Berprinsip mulia

  30. TERAS 6 : PERIBADI • Menghayati sifat-sifat mahmudah • Menjauhi sifat-sifat mazmumah • Memiliki nilai-nilai murni sejagat (kasih sayang, persaudaraan, hormat-menghormati dan sebagainya) • Penampilan diri yang menarik, bersih, suci, kemas, cergas, ceria dan sihat.

  31. TERAS 7 : JATI DIRI • Akidah yang mantap • Ketahanan diri yang tinggi menghadapi cabaran • Sabar dan istiqomah • Mempertahankan negara dan ummah • Mencintai keamanan

  32. STRATEGI MEMPERKASA DAKWAH • Memantapkan Pengurusan Dakwah di semua peringkat – KPM (JAPIM), JPN (SPPIM ), PPD, Sekolah (Panitia / PAIS / MAKDIS). • Menganggotai dan menerajui organisasi dakwah seperti PEKDIS . • Menyokong dan mengiktiraf kepimpinan. • Menguasai Media sebagai wadah dakwah. • Penulis/Pencinta/Penggiat media • Menjadi Perunding / Penasihat Agama • Hubungan rapat dengan agensi dan institusi dakwah seperti JAKIM, Jabatan Agama, masjid, surau dll. • Perancangan Strategik dan “Blue Print” Dakwah GPI.

  33. a) Dakwah ammah dan dakwah fardi b) Teknik dakwah : i. Bil lisan ii. Bil kitabah iii. Bil hal c) Perkara yang membantu keberkesanan dakwah : i. Perancangan dan strategi ii. Sokongan pelbagai pihak iii. Dana kewangan iv. Bijak mengambil peluang Teknik Dakwah

  34. Kemahiran & Pendekatan a) Ilmu yang mendalam b) Imej diri yang menarik c) Nasihat dan gaya bahasa yang sesuai d) Sentuhan kasih sayang dan prihatin e) Sumbangan, penghargaan dan kepercayaan f) Berdailog dengan bijaksana g) Bijak memberi alternatif berdasarkan persekitaran sesebuah mesyarakat

  35. Cabaran Dan Rintangan Dakwah a) Cabaran dakwah : i. Kurang memahami fitrah dakwah ii. Masa yang sedikit berbanding tanggungjawab yang banyak iii. Kepemimpinan dakwah iv. Persekitaran yang kurang membantu dakwah v. Sokongan masyarakat terhadap dakwah vi. Pengaruh globalisasi b) Rintangan : i. Nafsu dan syaitan ii. Hubbud dunia

  36. Pengurusan Implikasi Dakwah Terbaik a) Memanfaat dan mengembangkan hasil dakwah b) Menerima dan menghormati mad`u sebagai aset agama, bangsa dan negara c) Menggerak dan membantu menyumbang bakti untuk pembangunan ummah d) Membina program yang terancang dan sesuai : I. Sistem maklumat mad`u ii. Latihan dan kursus yang terancang iii. Penglibatan secara aktif dalam memberi sumbangan khidmat bakti dalam mencapai kesejahteraan ummah

  37. Pengurusan Implikasi Dakwah Terbaik • Mengubah, menganti dan mempelbagaikan teknik dakwah agar Islam mudah diterima sebagai agama yang indah dan prograsif. • f) Memperbetul persepsi dan tanggapan salah masyarakat luar terhadap Islam

  38. Penutup • Adalah menjadi harapan bahawa kesedaran, kefahaman dan komitmen yang tinggi GPI terhadap tanggungjawab dan amanah membawa kepada keberhasilan dakwah yang boleh membawa kesejahteraan dunia dan akhirat. • Usaha murni dakwah secara hikmah perlu mendapat sokongan dan dokongan bersama bagi memancarkan keindahan Islam dan menyentuh hati nurani murid dan masyarakat untuk menerima Islam sebagai cara hidup.

  39. SEKIAN, TERIMA KASIH

More Related