1 / 15

MGM 3351 UNDANG-UNDANG KOMERSIL TAJUK : PELEPASAN KONTRAK

MGM 3351 UNDANG-UNDANG KOMERSIL TAJUK : PELEPASAN KONTRAK. AHLI KUMPULAN: LIM YEE HIAN 124827 CHONG MEI KUAN 123616 YEE CHEN HUI 122448 YEE LEE HWEE 126048 LIM HUI TOR 124724 TAI MEI YEE 125248 KEH YEE LIM 123665 CHOONG CHEAU YEE 125699 CHIN HOW KEN 124271

ankti
Télécharger la présentation

MGM 3351 UNDANG-UNDANG KOMERSIL TAJUK : PELEPASAN KONTRAK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MGM 3351UNDANG-UNDANG KOMERSILTAJUK : PELEPASAN KONTRAK AHLI KUMPULAN: LIM YEE HIAN 124827 CHONG MEI KUAN 123616 YEE CHEN HUI 122448 YEE LEE HWEE 126048 LIM HUI TOR 124724 TAI MEI YEE 125248 KEH YEE LIM 123665 CHOONG CHEAU YEE 125699 CHIN HOW KEN 124271 LAM FONG LITT , LEONARD 125241

  2. Pelepasan Kontrak • Kontrak boleh dilepaskan sekiranya pihak-pihak yang berkontrak tidak lagi dikehendaki melaksanakan kewajipan. • 4 keadaan: .a) Melalui persetujuan pihak-pihak yang berkontrak b) Melalui pelaksanaan dengan syarat-syarat kontrak c) Melalui kemungkiran kontrak d) Melalui sebab kekecewaan

  3. Pelepasan melalui persetujuan pihak-pihak yang berkontrak • sesuatu persetujuan yang dicapai juga boleh ditamatkan dengan persetujuan baru. Seksyen 63 Akta Kontrak ● pihak-pihak yang berkontrak bersetuju untuk membatalkan, meminda atau menggantikan kontrak asal kepada kontrak yang baru. • Inovasi - Misalan (b) dan Misalan (c) Seksyen 63 Akta Kontrak • Pindaan • Pembatalan

  4. Kes: Bata (M) Sdn.Bhd lwn Malacca Importers & Exporters Haulage Co. Bhd ● ejen plaintif telah mewujudkan kontrak sewa dengan ejen defendan untuk 3 tahun, defendan dengan syarat tamatkan kontrak selepas tempoh ini tanpa pengetahuan pihak kedua-dua ejen. Selepas 3 tahun, ejen mewujudkan kontrak untuk memperbaharui sewa tetapi perkara ini tidak diketahui oleh defendan dan plaintif. Plaintif dengan tidak sedarnya terus membayar sewa kepada defendan menyebabkan kontrak baru adalah sah dan terikat antara kedua-dua pihak walaupun mereka tidak bersetuju pada awalnya.

  5. Pengetepian penuh dan sebahagian : Seksyen 64 Akta Kontrak ●penerima janji boleh mengetepikan atau mengurangkan sebhg atau keseluruhan pelaksanaan atau menerima apa jua sbg ganti bagi pelaksanaan janji itu walaupun tanpa balasan ataupun perjanjian. Misalan (a) Seksyen 64 Akta Kontrak Contoh: kes Kerpa Singh lwn Bariam Singh (1966)

  6. B. Pelepasan melalui pelaksanaan dengan syarat-syarat kontrak Seksyen 38(1) Akta Kontrak ● pihak yang terlibat dalam kontrak mesti melaksanakan atau menawar untuk melaksanakan janji masing-masing kecuali jika pelaksanaan dikecualikan atau tidak diperlukan. Seksyen 40 Akta Kontrak ● penerima janji boleh menamatkan kontrak jika pembuat janji enggan atau tidak berdaya melaksanakan janjinya ● penerima janji boleh menamatkan kontrak tersebut kecuali menunjukkan dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuan untuk meneruskan kontrak.

  7. i) Pelaksanaan kontrak mesti lengkap dan menyeluruh Contoh: kes Cutter lwn Powell (1795) Pengecualian : • Kontrak boleh bahagi Contoh: kes Hoenig lwn Isaacs (1952) • Pelaksanaan sebahagian besar Contoh: kes Kunchi Raman lwn Goh Bros Sdn Bhd (1978) • Pelaksanaan dihalang Contoh: kes Haji Hasnan lwn Tan Ah Kian (1963)

  8. ii) Pelaksanaan janji berbalas Seksyen 52 Akta Kontrak • apabila suatu kontrak itu mengandungi janji berbalas yang perlu dilaksanakan serentak, pembuat janji tidak perlu melaksanakan janjinya melainkan penerima janji turut bersedia dan sanggup untuk berbuat demikian. Contoh: kes Central Malaysia Development Ltd lwn Chin Pak Chin (1967)

  9. iii) Pelaksanaan oleh pihak ketiga Seksyen 41 Akta Kontrak • jika kontrak menyatakan hanya pihak yang berkenaan sahaja yang mesti melaksanakan kontrak tersebut, maka hanya pihak itu sahaja yang mesti melaksanakannya dan bukan orang lain. Seksyen 42 Akta Kontrak • jika penerima janji bersetuju kontrak itu dilaksanakan oleh pihak lain (pihak ketiga), dia tidak boleh kemudiannya menguatkuasakan janji itu terhadap pembuat janji. Contoh: kes Chin Swee Onn lwn Puchong Realty Sdn Bhd (1989)

  10. C. Pelepasan melalui kemungkiran kontrak Seksyen 40 Akta Kontrak● apabila sesuatu pihak berkontrak enggan melaksanakan, atau menyebabkan dirinya tidak berdaya melaksanakan janjinya sepenuhnya, pihak penerima janji boleh menamatkan kontrak, kecuali dia menunjukkan, dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya meneruskan kontrak. Misalan (a) Seksyen 40 Akta Kontrak Contoh kes : Ban Hong Joo Mines Ltd lwn Chen &Yap Ltd(1969) ● tindakan apellan meminta responden memberhentikan kerjanya kerana apellan gagal membayar merupakan sesuatu penamatan kontrak dan responden berhak menuntut.

  11. Misalan (b) Seksyen 40 Akta Kontrak • Contoh: kes Sim Chio Huat lwn Wong Ted Fui(1983) • Contoh: kes Shigenori Dno lwn Thong Foo Ching & Ors ● defenden bersetuju memindah milik tanah kepada plaintif tetapi defenden telah mempunyai perjanjian sewa dengan pihak ketiga. Maka defenden telah menyebabkan dirinya tidak berupaya melaksanakan perjanjiaannya.

  12. D. Pelepasan disebabkan kekecewaan kontrak Seksyen 57(2) Akta Kontrak ● sesuatu kontrak yang pada mulanya sah dan boleh dikatakan kecewa apabila berlaku keadaan menjadikannya mustahil untuk dilaksanakan. Seksyen 57(1) Akta Kontrak ● perjanjian yang mustahil adalah batal, bermakna batal dari mula lagi dan bukannya boleh batal.

  13. Misalan (b) Seksyen 57 Akta Kontrak • Contoh: kes H A Berney lwn Tronoh Mines Ltd (1949) ● Jepun menawan Malaya merupakan kejadian yang tidak boleh dijangka secara munasabah telah menyebabkan kontrak perkhidmatan menjadi kecewa. • Contoh: kes Davis Contractors Ltd lwn Fareham UDC (1956) • ● Sesuatu kontrak binaan tidak menjadi kecewa hanya kerana • kekurangan tenaga pekerja dan kerja-kerja pembinaan • menjadi lebih sukar.

  14. Contoh: kes Khoo Tham Sui lwn Chan Chiau Hee (1976) ● defendan yang menyatakan ribut kencang adalah bencana alam yang menyebabkan kontrak itu kecewa. Tetapi, mahkamah memutuskan kekecewaan itu tidak boleh diterima kerana keadaan cuaca sepatutnya boleh dijangka dan mengambil langkah berjaga-jaga. • Contoh: kes Yee Seng Sdn Bhd lwn Kerajaan Negeri Terengganu ●Majlis mesyuarat kerajaan negeri enggan memindah milik tanah kepada perayu atas alasan tanah tersebut adalah dibawah budibicara tunggal Exco. Tetapi perbuatan majlis ini adalah tidak mematuhi perjanjian dengan sengaja.

  15. TERIMA KASIH !

More Related