1 / 21

BUKU

PRESKRIPSI BAHAN MEDIA. BUKU. Amnya buku terdiri daripada kandungannya yang dipanggil judul buku, isi atau kandungan, bab, indeks selain dari nama penerbit, tempat terbitan, tarikh diterbitkan atau tarikh hakcipta. Ianya juga disertakan dengan nama

baby
Télécharger la présentation

BUKU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA BUKU Amnya buku terdiri daripada kandungannya yang dipanggil judul buku, isi atau kandungan, bab, indeks selain dari nama penerbit, tempat terbitan, tarikh diterbitkan atau tarikh hakcipta. Ianya juga disertakan dengan nama pengarang atau pengarang-pengarang, di samping kata pendahuluan atau pengenalan. Secara fizikalnya, ia mempunyai kulit nipis atau tebal di samping sampul atau jeket buku. Ia tidak bersiri atau berkala seperti majalah. Buku boleh digunakan dalam P & P apabila kaedah rujukan digunakan.

  2. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA MAJALAH Majalah adalah penulisan berkala atau bersiri dalam bidang atau fokus tertentu. Pengarang artikel dalam majalah terdiri daripada berbagai-bagai orang, mungkin yang menulis tajuk yang sama atau berbeza. Ciri-ciri utama majalah ialah nipis, berjilid atau dengan menggunakan staple sahaja, dikeluarkan oleh sesuatu organisasi. Majalah dikeluarkan secara berkala atau mungkin mengikut bulan atau tahun. Dari segi kemaskini isi, ia lebih mutakhir daripada buku. Ia juga lebih ditujukan untuk isu semasa.

  3. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA GAMBAR DAN GAMBARFOTO Gambar ialah bentuk lukisan atau lakaran. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai gambarajah. Gambarfoto pula ialah gambar rupa sebenar sesuatu benda. Dalam P & P ia boleh digunakan bagi mengenal rupa, bentuk dan ciri-ciri sesuatu benda. Gambar dan gambarfoto juga boleh digunakan untuk menjelaskan proses sesuatu kejadian, perubahan atau akibat kejadian. Gambarfoto boleh didapati dari majalah atau buku. Gambarfoto juga boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan kamera.

  4. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA RISALAH Risalah ialah penulisan ringkas tentang sesuatu isu. Ia tidak berjilid tebal seperti majalah dan boleh merupakan penulisan satu helai sahaja. Dari segi P & P, ia boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang sesuatu perkara.

  5. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA SURAT KHABAR Surat khabar merupakan satu penerbitan harian dan mempunyai maklumat- maklumat yang amat terkini. Ia boleh digunakan untuk semua jenis mata pelajaran mengikut kesesuaian yang dijelmakan oleh guru-guru.

  6. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA CARTA DAN GRAF Secara sendiri, graf tidak wujud. Ia tercetak di dalam majalah, akhbar dan buku. Sementara carta pula, merupakan sedutan paparan secara besar mengenai sesuatu perkara atau aspek yang terdapat di dalam buku atau majalah. Carta dan graf boleh menggambarkan keadaan keseluruhan tetapi ia tidak boleh difahami melainkan pelajar ada kemahiran mentafsir data dari carta, jadual atau graf.

  7. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA PETA Peta merupakan satu jenis bahan bercetak yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia mengandungi warna, simbol, skala, arah dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sesuatu tempat atau kawasan. Peta di atlas sangat sesuai untuk pengajaran geografi umum khasnya, sementara peta topografi pula sangat berkaitan dengan P & P geografi amali, kartografi, geografi fizikal dan juga kemanusiaan.

  8. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA MODEL Model ialah contoh yang dibuat untuk menyerupai sesuatu benda. Contohnya ialah model rumah, model kelong, model jentera atau sebagainya. Model ini boleh dibuat daripada bahan yang murah atau terbuang. Model dipandang daripada beberapa arah, iaitu dari tepi, atas dan juga bawah. Kalau model ini boleh dibuka, ia boleh menampakkan rupa dalam. Model ini dipanggil cut away model. Bahagian dalam boleh dikeluarkan atau bahagian- bahagian boleh dibaraikan dan dipasang semula untuk dikaji. Ada model yang dibuat sebesar saiz benda sebenar atau saiznya dikecilkan.

  9. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA DIORAMA Diorama merupakan pameran kaku yang berbentuk tiga dimensi di bahagian hadapan. Selalunya di belakang ada pemandangan latar belakang rupa bumi yang berbentuk dua dimensi. Keadaan dua dan tiga dimensi menyebabkan pameran itu berupa seperti benar dan hidup.

  10. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA PAPAN PENGAJARAN Papan Pengajaran adalah bahan media berbentuk papan putih ( white board ), papan magnet, papan flanel dan juga papan gabus ( soft board )

  11. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA FILEM 16 MM Filem ini mempunyai pergerakan dan suara. Ia bergerak dengan menggunakan projektor filem. Dari segi pengajaran ia sangat sesuai untuk kelas yang besar.

  12. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA FILEM JALUR Filem jalur terdiri daripada filem gambar 35 mm. Ia mempunyai bidang tunggal ( single frame ) atau bidang dua ( double frame ). Filem Jalur bidang tunggal bergerak di dalam projektor dan mempunyai dua gambar dalam sesuatu bidang. Filem Jalur bidang dua bergerak melalui projektor secara mendatar dan mempunyai satu gambar dalam satu bidang seperti filem kamera.

  13. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA SLAID Slaid ialah filem 35 mm yang dihasilkan oleh kamera dengan menggunakan filem positif. Slaid yang telah diproses dan dibingkai dan disimpan di dalam dulang yang boleh digerakkan secara manual dan automatik.

  14. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA LUTSINAR Lutsinar ialah sekeping plastik atau acetate yang dilukis gambar atau dilekatkan gambar di atasnya. Lutsinar ditayang di atas skrin atau dinding. Lutsinar hendaklah diletakkan di atas permukaan OHP.

  15. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA PIRING HITAM Ia merupakan kepingan atau piring rakaman suara yang mempunyai saiz yang berbeza. Piring Hitam diputar dengan menggunakan pemutar atau pemain piring hitam. Sistem pemutar ini ada unsur suara dan pergerakan.

  16. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA KASET AUDIO Kaset Audio adalah bahan audio yang telah direkodkan di rel terbuka atau pita kaset. Ia merupakan sumber audio yang berguna dijadikan bahan P & P. Ia dimainkan dengan menggunakan pemain kaset audio.

  17. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA CD AUDIO CD Audio berupaya mengeluarkan suara secara digital. CD Audio adalah yang paling popular dan mudah digunakan untuk menghasilkan audio.

  18. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA SISTEM PEMBESAR SUARA Sistem Pembesar Suara terdiri daripada beberapa komponen, iaitu pembesar suara, mikrofon dan amplifier.

  19. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA PITA VIDEO Pita Video adalah sejenis pita yang menghasilkan visual dan audio. Pita Video dimainkan dengan menggunakan alat perakam video ( VCR ).

  20. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA VCD DAN DVD VCD dan DVD adalah sejenis CD yang menghasilkan audio dan video secara digital. Ia boleh dipelbagaikan dengan mudah dan berkesan oleh guru untuk dijadikan bahan pengajaran.

  21. PRESKRIPSI BAHAN MEDIA BAHAN ANEKA MEDIA Bahan Aneka Media merupakan bahan media yang pelbagai dan dibina secara bersepadu. Dikenali juga sebagai Bahan Pukal Pengajaran. Ia mengandungi bahan cetakan, audio, video dan bahan yang bukan tayang.

More Related