1 / 20

Karangan 7: Pendapat

Karangan 7: Pendapat. Teknik Menjawab Soalan. Isi karangan mesti mempunyai fakta , iaitu diberikan isi atau kejadian yang benar. Penulis haruslah mempunyai maklumat yang sebenarnya mengenai soalan yang ditanya. Isu-isu semasa juga mengandungi fakta yang benar.

fathia
Télécharger la présentation

Karangan 7: Pendapat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Karangan 7: Pendapat

  2. Teknik Menjawab Soalan • Isi karangan mesti mempunyai fakta,iaitu diberikan isi atau kejadian yang benar. • Penulis haruslah mempunyai maklumat yang sebenarnya mengenai soalan yang ditanya. • Isu-isu semasa juga mengandungi fakta yang benar. • Sewaktu menyusun perenggan isi, pendapat yang paling penting didahulukan. • Tidak boleh memasukkan isi yang berdasarkan imaginasi anda. • Pastikan anda mempunyai fakta yang mencukupi semasa memilih tajuk karangan.

  3. Sesuatu karangan yang baik mestilah terdiri daripada: • Perenggan pendahuluan • Perenggan isi • Perenggan penutup

  4. Perenggan pendahuluan • Memberikan gambaran awal tentang isu yang dibincangkan. • Terdiri daripada 3-4 ayat, iaitu: - Ayat 1: Ayat rangsangan (ayat sokongan tajuk) - Ayat 2: Ayat rangsangan - Ayat 3: Ayat rangsangan - Ayat 4: Bayangan isi

  5. Cara Melindungi Alam Semula Jadi di Malaysia Ayatrangsangan 1 Keindahan alam semula jadi di Malaysia merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai. Alam semula jadi ialah tempat perlindungan untuk pelbagai spesies fauna dan flora. Namun, pembangunan yang tidak terkawal kian mengancam keharmonian alam semula jadi. Oleh itu, kita harus memelihara dan mempertahankan warisan semula jadi kita. Ayatrangsangan 2 Ayatrangsangan 3 Bayanganisi

  6. Perenggan isi • Mengemukakan maklumat tentang isu yang dibincangkan. • Terdiri daripada 3-4 ayat, iaitu: - Ayat 1: Ayat isi utama (isi yang dibincang dalam perenggan tersebut) - Ayat 2: Ayat huraian isi - Ayat 3: Ayat huraian isi - Ayat 4: Kesimpulan kecil / contoh

  7. Ayatisiutama Salah satu langkah untuk memelihara alam semula jadi ialah mewujudkan taman negara. Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu di Sabah adalah antara taman negara yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Di sini, hidupan liar boleh membiak dan hidup bebas kerana terselamat daripada ancaman. Oleh itu, cara pengurusan hutan ini amat berkesan untuk melindungi alam semula jadi. Ayathuraianisi 1 Ayathuraianisi 2 Kesimpulankecil

  8. Perenggan penutup • Membuat kesimpulan tentang isu yang dibincangkan. • Terdiri daripada 2-3 ayat, iaitu: - Ayat 1: Ayat penyimpul (kesimpulan isi yang disampaikan) - Ayat 2: Ayat cadangan - Ayat 3: Ayat harapan

  9. Ayatpenyimpul Ayatcadangan Sebagai kesimpulannya, alam semula jadi perlu dilindungi demi keseimbangan alam. Sikap bertanggungjawab manusia merupakan elemen penting untuk memanjangkan hayat alam kita. Hanya dengan cara ini, generasi masa depan kita dapat mewarisi khazanah alam yang seimbang dan harmoni. Ayatharapan

  10. Tajuk • Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat walaupun sistem jalan raya semakin baik. Huraikan faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita.

  11. Perenggan pendahuluan • Ayat rangsangan 1: Setiap tahun kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk membaiki kemudahan infrastruktur, terutamanya sistem jalan raya di negara kita. • Ayat rangsangan 2: Objektif utama kerajaan adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya serta memendekkan perjalanan yang jauh.

  12. Ayat rangsangan 3: Namun, keselesaan ini sering diselewengkan oleh pengguna jalan raya. • Ayat rangsangan 4: Implikasinya, kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun, terutama pada musim perayaan. • Bayangan isi: Mengapakah perkara seperti ini boleh berlaku?

  13. Perenggan isi 1 • Ayat isi utama: Kecuaian pengguna jalan raya telah dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya kes-kes kemalangan jalan raya. • Ayat huraian isi: Pengguna jalan raya dikatakan cuai apabila tidak melaksanakan dengan bijak peranan mereka sebagai pemandu.

  14. Ayat huraian isi: Sebagai contoh tidak servis kereta sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kemungkinan brek kenderaan rosak. • Ayat huraian isi: Sering juga mereka tidak mengutamakan keselamatan diri sendiri seperti tidak memakai topi keledar atau tidak memasang tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan. • Kesimpulan kecil: Jelaslah di sini pengguna jalan raya yang cuai boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

  15. Perenggan isi 2 • Ayat isi utama: Di samping itu, tidak mematuhi peraturan jalan raya juga merupakan faktor berlakunya kemalangan jalan raya. • Ayat huraian isi: Pengguna jalan raya yang terdiri daripada mereka yang telah mengikuti kursus undang-undang jalan raya semasa proses memperoleh lessen sering memandang enteng perkara ini.

  16. Ayat huraian isi: Sebagai contoh memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, melanggar lampu isyarat dan sebagainya. • Kesimpulan kecil: Perbuatan seperti ini akan mengundang kepada kemalangan jalan raya.

  17. Perenggan isi 3 • Ayat isi utama: Sikap mementingkan diri sendiri juga menyumbang kepada meningkatnya kemalangan jalan raya. • Ayat huraian isi: Semasa berada di jalan raya, merekalah “raja”, iaitu berlumba untuk cepat sampai ke destinasi masing-masing. • Kesimpulan kecil: Penunggang motosikal yang terdiri daripada golongan remaja menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan.

  18. Perenggan isi 4 • Ayat isi utama: Selain itu, pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk juga merupakan faktor berlakunya kemalangan jalan raya. • Ayat huraian isi: Mereka bukan sahaja mempertaruhkan nyawa mereka sahaja tetapi juga nyawa orang lain akan turut terbabit. • Kesimpulan kecil: Perkara seperti ini sering berlaku pada waktu malam atau awal pagi, iaitu semasa dalam perjalanan pulang dari pub atau disko.

  19. Penutup • Ayat penyimpul: Tuntasnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama membendung masalah ini. • Ayat cadangan: Selaras dengan kempen kerajaan “Hargailah Nyawa” pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia turut memainkan peranan mereka seperti mengadakan Ops Statik setiap kali musim perayaan.

  20. Ayat harapan: Harapan akan menjadi realiti sekiranya sikap bertimbang rasa di kalangan pengguna jalan raya dapat diwujudkan.

More Related