1 / 49

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR). MATEMATIK. KITARAN PEMBANGUNAN KURIKULUM. ANALISIS KEPERLUAN. Pendapat Awam. Polisi. Trend Dunia. PERANCANGAN. PENILAIAN & PEMANTAUAN. Penyelidikan Penilaian. Teori Pembelajaran. PEMBANGUNAN & PENGEMBANGAN. PELAKSANAAN. PENYEBARAN.

una
Télécharger la présentation

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK

  2. KITARAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ANALISIS KEPERLUAN Pendapat Awam Polisi Trend Dunia PERANCANGAN PENILAIAN & PEMANTAUAN Penyelidikan Penilaian TeoriPembelajaran PEMBANGUNAN & PENGEMBANGAN PELAKSANAAN PENYEBARAN

  3. TRANSFORMASI KURIKULUM • Mengapa? • 1. Kurikulum sentiasa relevan untuk cabaran semasa dan masa depan. • Kepadatan jadual waktu. • Keperluan melihat semula kurikulum persekolahan sedia ada. • Punca kuasa • JKP Bil. 1/2008 pada 4 Ogos 2008: Kelulusan konsep • JKP Bil. 1/2009 pada 21 April 2009: Kelulusan skop kandungan

  4. HASRAT Kita perlu sediakan murid agar mampu berfungsi secara efektif di masa akan datang. Contoh: cara fikir, kecerdasan, Sikap dan nilai positif.

  5. MATLAMAT Membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

  6. FOKUS Proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yanng dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan cara pemikiran murid secara matematik dibena dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip pembelajaran (Penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan dan penggunaan teknologi dalam matematik).

  7. OBJEKTIF Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah membolehkan murid: • Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. • Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. • Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.

  8. OBJEKTIF Sambungan ... • Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. • Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. • Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian mereka. • Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. • Menghargai dan menghayati keindahan matematik. • Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

  9. KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK • Nombor dan Operasi • Sukatan dan Geometri • Perkaitan dan algebra • Statistik dan kebarangkalian BIDANG PEMBELAJARAN FIKRAH MATEMATIK PROSES SIKAP DAN NILAI • Menyelesaikan masalah • Berkomunikasi • Menaakul • Membuat kaitan • Membuat perwakilan • Tanggapan, minat, penghargaan, keyakinan, dan ketabahan • Peribadi, interaksi, prosedural, intrinsik KEMAHIRAN • Kemahiran matematik • Kemahiran menganalisis • Kemahiran menyelesaikan masalah • Kemahiran membuat penyelidikan • Kemahiran berkomunikasi • Kemahiran menggunakan teknologi

  10. DEFINISI ‘FIKRAH’ Fikrah: ‘daya berfikir’ dan ‘pemikiran’(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) FIKRAH MATEMATIK … berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, serta Mengaplikasikanpengetahuan dan kemahiran dalam matematik secara bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai dalam matematik.

  11. BIDANG PEMBELAJARAN • Kandungan matematik dirangkumkan melalui 4 bidang pembelajaran • Nombor dan Operasi • Sukatan dan Geometri • Perkaitan dan Algebra • Statistik dan Kebarangkalian

  12. Sambungan ... BIDANG PEMBELAJARAN • Nombor dan Operasi • Nombor Bulat • Penambahan • Penolakan • Pendaraban • Pembahagian • Operasi Bergabung • Pecahan • Perpuluhan • Wang

  13. Sambungan ... BIDANG PEMBELAJARAN • Sukatan dan Geometri • Masa dan Waktu • Ukuran Panjang • Timbangan • Isipadu Cecair • Bentuk Tiga Dimensi • Bentuk Dua Dimensi

  14. Sambungan ... BIDANG PEMBELAJARAN • Perkaitan dan Algebra • Bagi peringkat KSSR Matematik, tiada kandungan perkaitan dan algebra secara tajuk disenaraikan, ianya lebih berupa unsur secara tidak langsung.

  15. Sambungan ... BIDANG PEMBELAJARAN • Statistik dan Kebarangkalian • Perwakilan Data • Purata • Peratus

  16. PROSES • Dalam pendidikan matematik, proses berikut perlu diberi penekanan: • Berkomunikasi • Menaakul • Membuat perkaitan • Menyelesaikan Masalah • Membuat Perwakilan

  17. PROSES: MENYELESAIKAN MASALAH • Mengupayakan murid untuk: • Membina konsep dan pengetahuan matematik melalui penyelesaian masalah. • Menyelesaikan masalah yang timbul dalam matematik dan konteks lain. • Mengaplikasi dan mengadaptasi pelbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. • Memantau dan membuat refleksi terhadap proses penyelesaian masalah.

  18. PROSES: BERKOMUNIKASI • Mengupayakan murid untuk: • menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik mereka, • menyampaikan pemikiran matematik secara koheren dan jelas kepada rakan, guru dan pihak lain, • menganalisis dan menilai pemikiran matematik dan strategi pihak lain, dan • menggunakan laras bahasa dan simbol matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan tepat.

  19. PROSES: MENAAKUL • Mengupayakan murid untuk: • Menyedari kepentingan menaakul sebagai asas untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna, • Membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik, • Mengelakkan dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian.

  20. PROSES: MEMBUAT KAITAN • Mengupayakan murid untuk: • Mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural, dan mengaitkan topik-topik dalam matematik, serta mengaitkan matematik dengan bidang lain, • Mengenal dan mengguna perkaitan antara idea matematik, • Memahami bagaimana idea matematik saling berkait untuk menghasilkan idea matematik yang koheren dan menyeluruh. • Membuat perkaitan antara dunia matematik dengan dunia sebenar.

  21. PROSES: MEMBUAT PEWAKILAN • Mengupayakan murid untuk: • Mencipta dan menggunakan perwakilan untuk mengorganisasi, merekod dan mengkomunikasikan idea matematik. • Memilih, mengaplikasi dan menterjemah perwakilan matematik untuk menyelesaikan masalah. • Mengkomunikasikan pendekatan, pemahaman dan perdebatan matematik kepada diri mereka dan kepada orang lain.

  22. KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan membina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat matematik dan TMK. • Kemahiran matematik • Kemahiran menganalisis • Kemahiran menyelesaikan masalah • Kemahiran membuat penyelidikan • Kemahiran berkomunikasi • Kemahiran menggunakan teknologi

  23. KEMAHIRAN MATEMATIK Kemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut: • menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan mantik, • menyatakan idea matematik secara jitu, • membuat, menguji dan membuktikan konjektur, • mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik, dan • mengguna matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.

  24. KEMAHIRAN MENGANALISIS Kemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan seperti berikut: • berfikir secara jelas, • memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek, • memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci, • memahami penaakulan yang kompleks, • mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik, dan • mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.

  25. KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH Kemahiran menyelesai masalah merujuk kepada keupayaan seperti berikut: • membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama permasalahan, • menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan andaian yang dibuat, • menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisa masalah yang lebih kecil dan khusus, • bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama, • menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaian tidak ketara, dan • meminta bantuan sekiranya memerlukan.

  26. KEMAHIRAN MEMBUAT PENYELIDIKAN Kemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada keupayaan seperti berikut: • merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain, • mengakses buku di perpustakaan, • menggunakan pengkalan data, • mendapatkan maklumat dari pelbagai individu, dan • berfikir.

  27. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI • Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan seperti berikut: • mendengar secara berkesan • menulis idea matematik secara tepat dan jelas, • menulis esei dan pelaporan, dan • membuat pembentangan

  28. KEMAHIRAN MENGGUNA TEKNOLOGI Kemahiran mengguna teknologi merujuk kepada keupayaan mengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus, kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di Internet dan pakej pembelajaran untuk: • membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam, • membuat, menguji dan membuktikan konjektur • meneroka idea matematik • menyelesaikan masalah.

  29. SIKAP DAN NILAI Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif dalam pembelajaran matematik yang merangkumi antara lain: • Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan matematik • Minat dan keseronokan mempelajari matematik • Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik, • Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik, dan • Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

  30. SIKAP DAN NILAI NILAI PERIBADI Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait dengan pembentukan sahsiah dan keperibadian individu seperti jujur, sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap, bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.

  31. SIKAP DAN NILAI NILAI INTERAKSI Nilai interaksi berkait dengan pembentukan tingkah laku baik dalam konteks bilik darjah. Nilai ini merujuk kepada nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik seperti penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincangan dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka, dan hormat menghormati.

  32. SIKAP DAN NILAI NILAI PROSEDURAL Nilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik dalam matematik seperti menaakul, membuat perwakilan, menyelesai masalah, berkomunikasi, membuat kaitan, dan mengguna teknologi.

  33. SIKAP DAN NILAI NILAI INTRINSIK Nilai intrinsik berkait dengan pembentukan kandungan matematik dan disiplinnya seperti nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah.

  34. SIKAP DAN NILAI • Nilai penaakulan mementingkan penghujahan dan penaakulan dalam matematik, termasuk membuat dan membuktikan konjektur, penggunaan pelbagai kaedah pembuktian, mantik dan penilaian. • Nilai perwakilan menekankan perwakilan matematik dalam membentuk model, menginterpretasi fenomena fizikal dan sosial, menyusun atur, merekod, mengkomunikasi idea matematik, mengaplikasikan dan menterjemah matematik ke pelbagai mod dalam menyelesaikan masalah.

  35. SIKAP DAN NILAI • Nilai penyelesaian masalah menekankan semua aspek dalam menyelesaikan masalah seperti pemikiran kreatif dan kritis, cekap, belajar dari kesilapan, tetap pendirian, kualiti, sabar dan tekun menyelesaikan masalah, berupaya membuat refleksi dan membina pengetahuan melalui penyelesaian masalah. • Nilai berkomunikasi menekankan komunikasi matematik secara lisan atau bertulis, dengan mengambil kira kepentingan mengkomunikasikan idea matematik dengan jelas dan penggunaan laras bahasa matematik yang betul.

  36. SIKAP DAN NILAI • Nilai kaitan menekankan keupayaan membuat kaitan antara matematik dengan disiplin lain, dalam kalangan idea matematik sendiri, dan antara matematik dengan kehidupan dan pengalaman harian. • Nilai teknologi yang menekankan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik, dengan mengambil kira kepentingan teknologi dan pengajaran dan pembelajaran matematik, dan kecekapan teknologi.

  37. Perubahan perlu dalam paradigma guru matematik

  38. Ke arah bilik darjah sebagai komuniti matematik dan menjauhi bilik darjah sebagai hanya suatu koleksi individu. • Ke arah evidens matematik dan logik sebagai pentahkik dan menjauhi guru sebagai autoriti tunggal bagi jawapan betul. • Ke arah penaakulan matematik dan menjauhi prosedur penghafalan.

  39. Ke arah membuat dan membukti konjektur, mengemuka dan menyelesaikan masalah, dan menjauhi pencarian jawapan secara mekanikal, • Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi matematik, dan menjauhi dari menganggap matematik sebagai satu kumpulan konsep dan prosedur yang terasing.

  40. PERUNTUKAN MASA

  41. Respons murid tentang amalan pengajaran matematik yang berkesan • Menyelesaikan masalah matematik lebih daripada yang disediakan dalam buku teks. • Bekerja dengan seorang rakan atau lebih untuk menyelesaikan tugasan matematik yang mencabar. • Sumbangsaran dalam kumpulan tentang bagaimana menyelesaikan masalah matematik. • Membentang projek matematik secara lisan kepada kelas. • Menerangkan kepada kelas bagaimana saya menyelesaikan suatu masalah matematik. • Melakukan tugasan menggunakan alat pengukur seperti pembaris dan penimbang. • Menggunakan kiub, piramid dan pepejal geometri lain. • Menulis beberapa ayat menerangkan bagaimana saya menyelesaikan masalah matematik. • Menerangkan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah matematik.

  42. STANDARD KANDUNGAN

  43. STANDARD PEMBELAJARAN

  44. STANDARD PEMBELAJARAN

  45. BIDANG PEMBELAJARAN TAHUN TOPIK

  46. KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1 Nombor dan Operasi • Nombor Bulat Hingga 100. • Tambah Dalam Lingkungan 100 • Tolak Dalam Lingkungan 100 • Pecahan • Wang

  47. KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 1 Sukatan dan Geometri • Masa dan Waktu • Panjang • Timbangan • Isipadu Cecair • Ruang

  48. DOKUMEN KSSR MATEMATIK TAHUN 1

  49. Sekian Terima kasih

More Related