1 / 26

Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka

Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka. Oleh: Dr. Muhd. Najib Mohd. Alwi Jabatan Psikiatri Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia. SIKAP. Sikap ialah suatu konstruk hipotetikal :

Télécharger la présentation

Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka Oleh: Dr. Muhd. Najib Mohd. Alwi Jabatan Psikiatri Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia

  2. SIKAP • Sikap ialah suatu konstruk hipotetikal: • konsep abstrak yang merujuk kepada proses-proses dan kejadian-kejadian yang dijangkakan berlaku di dalam diri seseorang tetapi tidak boleh dilihat atau diukur secara langsung.

  3. SIKAP • Definisi: • suatu kecenderungan untuk bertindakbalas kepada sesuatu rangsangan melalui cara-cara tertentu. • konstruk-konstruk yang menjelaskan konsistensi tingkahlaku terhadap sesuatu kategori objek atau individu di dalam suasana yang berlainan. • suatu skema penilian yang konsisten terhadap seseorang, sesuatu kumpulan atau objek yang dipelajari oleh seseorang hasil daripada pengetahuan dan pengalamannya yang telah lalu.

  4. 3 komponen sikap: • afektif: perasaan terhadap objek berkenaan (paling sukar diubah). • kognitif: kepercayaan terhadap keadaan sebenar objek berkenaan secara objektif berdasarkan kepada maklumat yang ada. • tingkahlaku/konatif (behavioural): cara seseorang itu sebenarnya bertindak atau bercadang untuk bertindak terhadap objek berkenaan berdasarkan komponen-komponen afektif dan kognitif tadi.

  5. Kenapa Perlu Pelajari Tentang Sikap? • Pengamal/Penuntut Perubatan perlu mempunyai sikap yang baik dan tepat sepanjang karier mereka • Bidang Perubatan terdapat berbagai isu / program yang melibatkan perubahan sikap masyarakat spt. “Kempen Gaya Hidup Sihat”, Imunisasi, stigma terhadap pesakit AIDS / mental • Doktor = “agen perubahan”?

  6. Apakah Fungsi Sikap? • Sikap memberi makna dan arah bagi sesuatu pengalaman dengan menyediakan suatu struktur rujukan (frame of reference) untuk menilai sesuatu keadaan, objek atau seseorang. • Sikap membantu seseorang untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat supaya dapat diterima oleh orang lain. • Sikap membolehkan seseorang menonjolkan keterampilan diri yang positif. • Sikap juga melindungi kita daripada mengaku secara terbuka sebarang kekurangan peribadi yang ada (ego-defensive).

  7. Beberapa Kajian Menarik Tentang Sikap: • Bolehkah sikap “diukur” • Cara-cara sikap terbentuk (dipelajari) • Teknik-teknik untuk mempengaruhi / mengubah sikap seseorang (jika boleh!)

  8. Pengukuran Sikap • Sikap sukar diukur (konstruk hipotetikal). • Oleh itu, kebanyakan skala mengandaikan bahawa sikap boleh diukur melalui pendapat atau kepercayaan seseorang terhadap sesuatu objek sikap.

  9. Contoh Skala Pengukuran Sikap • Skala Likert: • Kenyataan-kenyataan yang diikuti oleh beberapa pilihan iaitu sangatbersetuju/bersetuju/tidak pasti/tidak bersetuju/sangat tidak bersetuju. • Contoh: “Saya percaya semua penagih dadah perlu dipenjarakan” 5 4 3 2 1 Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sgt. Tidak Setuju • Markah kemudiannya dijumlahkan dan dikira sebagai indikasi “sikap” seseorang.

  10. Proses Pembentukan Sikap • Sikap seseorang dibentuk sejak kanak-kanak lagi melalui proses sosialisasi yang akhirnya akan menghasilkan seorang dewasa yang bertanggungjawab. • Perkara-perkara yang mempengaruhi sikap: • Persekitaran: media massa, IT, keluarga, rakan dsb. • Agama • Kebudayaan dan adat resam

  11. Proses Pembentukan Sikap • Pengkondisian Klasik (Classical Conditioning): pembelajaran melalui perkaitan sesuatu perkara dengan perkara yang lain. (cth: bilik selesa => menyukai orang yang hadir dsb.) • Pengkondisian Operan (Operand Conditioning): pembelajaran melalui “hadiah” dan “hukuman” (cth: berbaik-baik dengan adik-beradik, ayah beri hadiah)

  12. Proses Pembentukan Sikap • Meniru (Modeling): • Meniru dan mengikuti perbuatan orang lain (Cth: Ayah menghisap rokok, oleh itu menghisap rokok itu baik). • Umumnya, sikap terbentuk melalui ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup yang diperolehi daripada pergaulan/interaksi dengan masyarakat dan persekitaran • Lebih banyak “pengetahuan” tentang sesuatu objek sikap, lebih positif sikap terhadap objek itu

  13. Bagaimana Mengubah / Mempengaruhi Sikap? • Teori Disonans Kognitif (Festinger): • manusia tidak selesa menghadapi tekanan dan disonan • jika dua idea, sikap atau kepercayaan yang bercanggah, akan wujud suatu kecenderungan untuk mengurangkan disonans itu dengan cara mengubah salah satu atau kedua-dua perkara tersebut sehingga kedua-duanya bersesuaian di antara satu sama lain. cth: merokok & risikonya dari segi kesihatan

  14. Teori Disonans Kognitif • Kekuatan sesuatu disonans bergantung kepada kepentingan sesuatu kepercayaan itu pada seseorang • Umumnya disonans yang melibatkan harga diri (self-esteem) adalah yang paling kuat kesannya.

  15. Contoh-contoh situasi disonans: 1. Pembeli kereta baru: • disonans selepas membuat pilihan. • mencari bukti-bukti menyokong pilihan itu.

  16. 2. Ujikaji Kelas Perbincangan Seksologi (Aronson): • disonans disebabkan oleh usaha yang dilakukan • kerana menyanggupkan diri menghadapi situasi memalukan, perbincangan yang hambar dikatakan menarik.

  17. 3. Ujian $1/$20 (Festinger): • disonans akibat tingkahlaku berlawanan. • pekerjaan membosankan dikatakan menarik. • Contoh lain: ujikaji pilihan permainan kanak-kanak • Tanpa ditakut-takutkan dengan hukuman, lebih susah untuk melanggar larangan.

  18. Faktor-faktor yang terlibat dalam proses memujuk

  19. PRASANGKA (Prejudice) • Prasangka adalah suatu SIKAP yang ekstrim yang juga terdiri dari 3 komponen: • kognisi: pandangan berstereotaip • afektif: perasaan ganas (hostile) yang kuat • tingkahlaku (konatif): diskriminasi: tingkahlaku yang memihak kepada seseorang atau kumpulan secara tidak adil

  20. Bagaimana Prasangka Dan Diskriminasi Terbentuk? • Personaliti seseorang: • autoritarian: bengis terhadap orang yang lebih rendah statusnya, berdengki terhadap orang yang berstatus lebih tinggi. • mengalami proses pembesaran yang penuh dengan penindasan, pendisiplinan yang keterlaluan dan kurang kasih sayang. • MASALAH: • bukan semua orang yang autoritatian mengamalkan diskriminasi • orang/kumpulan yang menjadi sasaran tidak semestinya rawak.

  21. Bagaimana Prasangka Dan Diskriminasi Terbentuk? • Faktor persekitaran: • prasangka berlaku kerana “keperluan” untuk menyesuaikan diri dengan “norma-norma” kumpulan yang dianggotai. Cth: AS - puak kulit putih utara / selatan dan sikap kpd. kulit hitam • prasangka wujud apabila terdapat perebutan untuk mendapatkan seseuatu keperluan yang jumlahnya terhad.

  22. Bagaimana Prasangka Dan Diskriminasi Terbentuk? • Keahlian kepada sesuatu kumpulan: • setiap insan berusaha untuk mencapai imej diri yang positif. • ini termasuklah keperluan untuk mencapai identiti sosial melalui keahlian di dalam sesuatu kumpulan. • keahlian dalam sesuatu kumpulan secara automatik menghasilkan sikap “pro-kumpulan sendiri” dan “anti-kumpulan lain”. • dari situ lahirlah prasangka dan diskriminasi.

  23. Bagaimana Mengurangkan Prasangka Dan Diskriminasi? • Adalah hampir mustahil untuk mengubah personaliti seseorang dan tidak mungkin sejarah boleh ditukar. • Hypothesis Pertemuan: • Prasangka boleh diubah melalui kekerapan pertemuan yang dapat menambahkan pengetahuan tentang kumpulan “luar” dan secara langsung mewujudkan persefahaman dan mengurangkan kebencian terhadap mereka.

  24. STRATEGI MENGURANGKAN PRASANGKA Pertemuan langsung antara kumpulan Saling Mengenali Peluang Untuk Mengubah Persepsi Stereotaip Merasai Persamaan Lebih Menyukai Satu Sama Lain

  25. Stereotaip Dan Prasangka • Stereotaip: pandangan yang dikongsi ramai tentang ciri-ciri sesuatu kumpulan manusia. Stereotaip biasanya adalah negatif. • Stereotaip orang ramai perlu diubah sekiranya prasangka dan diskriminasi mahu dikurangkan. • Cara terbaik adalah melalui propaganda dan pendidikan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat walaupun ianya memakan masa.

  26. Sekian Pupukkan Sikap Suka Bertanya....

More Related