1 / 33

KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN. KONSEP PENGAJARAN. Pengajaran melibatkan guru, manakala pembelajaran melibatkan pelajar. Secara umumnya, pengajaran adalah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu.

Télécharger la présentation

KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  2. KONSEP PENGAJARAN • Pengajaran melibatkan guru, manakala pembelajaran melibatkan pelajar. • Secara umumnya, pengajaran adalah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu. • Kamarudin (1993) mengatakan pengajaran adalah suatu proses pengendalian urusan bagi membolehkan pelajar mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan sendiri sebelum ini.

  3. PEMBELAJARAN • Perubahan tingkah laku individu disebabkan oleh pengalaman (Slavin,1997). • Woodfolk (1998) pula berpendapat pembelajaran berlaku apabila pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan dan tingkah laku. • Crow dan Crow (1980) berpendapat pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.

  4. KONSEP PENGAJARAN Aktiviti atau proses yang meliputi : Aktiviti perancangan Pengelolaan Penyampaian Bimbingan dan penilaian Bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu kepada pelajar dengan cara yang berkesan.

  5. PENGERTIAN PENGAJARAN Pengajaran sebagai suatu proses Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi Pengajaran sebagai suatu bidang sains Pengajaran sebagai suatu bidang seni.

  6. 1.Pengajaran sebagai suatu proses. Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.

  7. 2. Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi Meliputi aktiviti perhubungan dan interaksi di antara guru dengan murid. Dalam pengajaran pendidikan formal – guru dapat berkomunikasi dengan murid secara terus dalam bilik darjah. Komunikasi interaksi 2 hala : Guru mengajar  murid belajar  murid bertanya  guru membalas

  8. 3. Pengajaran sebagai suatu bidang sains Pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas penggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar pendidikan

  9. 4. Pengajaran sebagai suatu bidang seni Kerana ia melibatkan emosi, nilai dan tingkahlaku manusia. Setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri – guru harus mempunyai bakat / seni mengajar murid-murid yang berbeza : ubahsuai model dan teori p&p. Objektif boleh dicapai melalui guru yang boleh menggunakan bakat dan kecekapannya untuk merancang dan menyampaikan pengajaran  pengajaran sebagai suatu bidang seni.

  10. Kesimpulan Pengertian Pengajaran Pengajaran adalah suatu tugasan atau aktiviti guru yang dirancang dengan sistematik Untuk melaksanakannya dengan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotovasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

  11. PROSES PEMBELAJARAN GAGNE Terdapat 8 Peringkat:

  12. PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

  13. PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

  14. PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

  15. PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL Ewell (1997), telah m’bentuk satu model yg mengambarkan prinsip2 pembelajaran. • Penglibatan Aktif • Perkaitan dan corak/Konstruktif • Pembelajaran informal • Pengalaman langsung • Situasi mendesak • Maklum balas berterusan • Suasana yang menyeronokan • Refleksi

  16. 1. Penglibatan Secara Aktif •  Murid mesti melibatkan diri secara aktif ketika aktiviti pengajaran. • Maklumat bukan disampaikan, tetapi murid itu sendiri yang mencarinya. • Pelajar membina pengetahuan. • Pembelajaran penemuan. • Melaksanakan tugas secara berpasangan. • Kebolehan utk menghubung kait apa yg telah dipelajari dgn konteks yg baru.

  17. Contoh2 pembelajaran aktif:- Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya Perbincangan secara kelas/online. Pembelajaran koperatif. Latihan bertulis –ringkasan/draf. Mengkaji ttg proses semulajadi dlm ekosistem – membina model2 proses semula jadi.

  18. Perkaitan dan Corak • Murid berpeluang membina, menguji dan mencuba semula apa yang dipelajari. • Mereka akan mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu. • Mengaitan isi pelajaran yang telah dipelajari dengan situasi atau keadaan sebenar. • Pemikiran secara kreatif dan kritis diperlukan.

  19. Pembelajaran Informal • Pembelajaran yang bukan berlaku di bilik darjah secara formal. • Berlaku di luar kelas - di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa. • Tidak terhad di bilik darjah. • Berlaku dimana2 shj pada bila2 masa. • Dgn atau tanpa guru. Cth:- lawatan sambil belajar • Boleh juga dgn pengawasan mentor. • Wujudkan sudut pembelajaran permainan tradisional

  20. Pengalaman Langsung • Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu. • Learning by doing. • Pemahaman yg lebih. • Pembelajaran individu. Cth:- lawatan ke zoo, mengurus pasukan/pertandingan.

  21. Situasi Mendesak • Hadapi masalah yg memerlukan p’yelesaian tertentu • Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak, dengan pengalaman secara langsung – dengan sesuatu yang benar-benar berlaku – maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi diri pelajar itu.

  22. Maklum Balas Berterusan • Maklumat yg diberikan pd indi. ttg kesesuaian tindakan serta respon mereka. • Menekankan kepentingan insentif & pemulihan bagi membentuk tindakan berterusan. • Prestasi diri - murid sepatutnya dpt maklum balas daripada guru dan rakan-rakannya. • Kemampuan pelajar dengan sebaik-baiknya akan diperoleh & boleh ditingkatkan.

  23. Suasana Yang Menyeronokkan • Tindak balas berterusan yang sangat efektif jika sesuatu isi pengajaran itu disampaikan dengan suasana yangmenyeronokkan. • Maklum balas – sokongan padu. • Banyak peluang interaksi disediakan • Minat yg sama • Gaya kepimpinan guru

  24. Refleksi • Proses memikir atau merenung kembali pengalaman & implikasi terhadap diri • Merupakan elemen utama. • Murid dapat mengawal pembelajaran mereka. • Dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan apakah yang perlu dibaiki. • Menjadi lebih sedar dan kritis. • Mendapat aspirasi baru. • Satu elemen pembelajaran. • Mengawal pembelajaran sendiri

  25. Jenis-Jenis Pembelajaran Gagne (1985), telah mencadangkan 5 jenis pembelajaran utama: • Kemahiran intelek • Strategi kognitif  • Maklumat Verbal • Kemahiran psikomotor  • Sikap

  26. Kemahiran intelek - Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan ’procedural ’ seseorang individu. Kategorinya: • a) Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadap sesuatu signal. • b) Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. - Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat menerangkan konsep, menggunakan rumus,prinsip dan membuat generalisasi.

  27. Kemahiran intelek c) Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu. d) Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. e) Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.

  28. Kemahiran intelek f) Rantaian – satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan – respons dikuasai g) Asosiasi Verbal – satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal

  29. Strategi Kognitif  • kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal sendiri proses -proses dalaman seperti memberi perhatian, belajar, mengingat dan memikir sesuatu. • Untuk membolehkan kemahiran intelek ini diperoleh, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.

  30. Maklumat Verbal • kebolehan seseorang mengungkap sesuatu peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan. • Meminta untuk menyenaraikan pengajaran yang baru disampaikan seperti fakta, konsep, prinsip-prinsip, dan prosedur. Contoh: Senaraikan simpton awal penyakit Aids yang telah dijelaskan tadi.

  31. Kemahiran psikomotor • kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengan tepat dan betul. • Melaksanakan aktiviti untuk melihat pencapaian seseorang ketika menggunakan kekuatan fizikal. Contoh: Menyelam, larian di belapan dll

  32. Sikap • merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. • Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. • Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melalui pengalaman dan pemerhatian.

  33. RUJUKAN Woolfolk,A. (2004) Educational Psychology(9th ed).New Jersey:Prentice Hall. Slavin, R.E. (2005) - Educational Psychology: Theory and Practice.(5th ed.).Boston:Allyn and Bacon. Eggen,P. dan Kauchak,D. (2004) Educational Psychology: Windows to the classroom.

More Related