1 / 3

Buku Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

Buku Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya.

lavonn
Télécharger la présentation

Buku Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Buku Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya Bukan tidak ada usaha-usaha dari tokoh tersebut dan orang-orangnya yang cukup takut kehilangan pengaruh untuk menjatuhkan dan memfitnah Abuya [Ustaz Ashaari Muhammad] tetapi semuanya Allah tangkis melalui tangan-tangan SB [polis cawangan khas] yang, sudah faham siapa Abuya sebenarnya iaitu mangsa kerakusan orang-orang politik. Bila fitnah itu mengatakan Abuya cari pengaruh, SB pun jawab, "Macam mana orang yang tak boleh bercakap nak cari pengaruh." Bila fitnah berbunyi bahawa Abuya bawa ajaran sesat, SB akan jawab, "Abuya orang baik-baik." Bila fitnah itu mengatakan Abuya ada cita-cita politik, SB jawab, "Itu ialah motivasi perniagaan supaya orang-orangnya berjaya.“ "Tidak ada. Tidak ada yang merbahaya dan dia bukan ancaman. Semua tuduhan itu berpunca dari orang yang hasad. dengki dengannya." Masya-Allah, kebesaran Allah kerana mengubah hati-hati SB terhadap Abuya. Itulah kekuatan Abuya.

  2. Dalam kesnya, Abuya juga terpaksa berhadapan dengan golongan ulama rasmi. SB menyaksikan dua puak bertelagah tentang agama. Tapi jelas yang satu praktis, yang satu hanya bercakap sahaja. Walaupun secara ilmu mereka tidak tahu siapa betul dan siapa salah tapi hati mereka lebih yakin dengan 'agama' Abuya. Elok saya turunkan di sini, dialog antara Abuya dengan pihak agama yang berlangsung di depan SB dari Kuala Lumpur, Labuan dan Sabah di majlis terakhir pertemuan bulanan itu, sebelum Abuya dibebaskan dari ISA. Sebenarnya dialog sering berlaku, kadang-kadang jadi tegang, tapi cukuplah saya berikan satu contoh saja. Ulama rasmi: Kami minta Ashaari membuka serban sebelum dibebaskan. Abuya: Saya tidak setuju. Kalau kena buka serban, tak bebas pun tak apa. Saya pakai serban ini bukannya ada apa­apa. Bukan seronok pun. Di waktu ulama-ulama pun sudah tidak memakainya, saya hanya ingin mempertahankan satu syiar Allah, Sunnah Rasul. Kalau kena buka juga, siapa lagi yang akan membesarkan hak-hak Allah dan Rasul di muka bumi ini? (Waktu itu ulama-ulama rasmi yang datang itu tidak pakai songkok pun) . Alhamdulillah, KDN melalui wakilnya telah membebaskan juga Abuya tidak lama selepas itu, tanpa memaksa Abuya membuka serbannya.

  3. UJIAN FITNAH YG TAK HENTI-HENTI Tujuh orang kanannya keluar dari jemaah, mengedarkan risalah ke seluruh dunia 'menyesatkan' [menuduh sesat]Abuya kerana isu tarekat dengan target dalam seminggu jemaah Abuya boleh hancur. Ianya berlaku pada tahun 1978. Arwah Ustaz Mokhtar Yaakub, timbalan Abuya, keluar dari jemaah dengan berpuluh-puluh pengikutnya dan menggunakan akhbar-akhbar perdana untuk menyatakan Abuya sesat kerana isu Imam Mahdi. Isteri pertama terpaksa diceraikan kerana terbukti ber­ usaha untuk menghancurkan Abuya dan perjuangannya. Terpisah dengan jemaah tujuh tahun kerana lari ke luar negara setelah mendapat ugutan sulit dari pihak berwajib. Yakni dari tahun 1987 hingga 1994. Sepuluh tahun ditahan di bawah ISA dan jemaahnya dihancurkan sama sekali.

More Related