1 / 27

MINGGU 1

MINGGU 1. Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:. Linguistik sebagai Ilmu. (pengertian, teori, ciri, kriteria dan tahap). HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian linguistik > teori linguistik > ciri linguistik > kriteria ilmu linguistik

lenka
Télécharger la présentation

MINGGU 1

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 1 Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa: Linguistik sebagai Ilmu (pengertian, teori, ciri, kriteria dan tahap)

  2. HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian linguistik > teori linguistik > ciri linguistik > kriteria ilmu linguistik > tahap perkembangan linguistik

  3. PENGERTIAN LINGUISTIK Kajiantentangbahasamanusia. Kajiantentangbahasamanusiaitudilakukandengancarailmiah. Hipotesis, pemerhatian, penelitiandanpenganalisisandibuatsecaraempirisdanterkawal. Berteraskanapa-apa yang dapatdilihat, mengetepikanandaian yang bersifatmujarad. Bersifatobjektif, danhasilnyadapatdiujikesahandankebolehpercayaannya. Strukturbahasa, penguasaanbahasadanhubunganbahasadenganbentukkomunikasi lain. Ujaranmanusia yang meliputikesatuanbahasa, hakikatbahasa, strukturbahasa, danperubahanbahasa

  4. LINGUISTIK: PENGERTIAN LUAS > Segala yang membicarakan soal bahasa. > Tidak mengambil kira pendekatan yang digunakan dan tujuannya. > Termasuk juga linguistik terapan, dan > Hasil kerja penelitian dan hasil teoritis.

  5. LINGUISTIK: PENGERTIAN SEMPIT • Hasil penelitian dan teoritis. • Kajian tentang subsistem bahasa (leksikon, gramatikal, dan fonologi). • Termasuk semantik dan pragmatik (hubungan struktur bahasa dan sistem dengan konteksnya).

  6. Linguistik merupakan ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa Contoh: Ilmu Fizikal objeknya peristiwa alam Ilmu Perubatan objeknya pelbagai penyakit dan cara pengubatan Ilmu Sosiologiobjeknya gejala sosial dalam masyarakat

  7. Linguistik berasal daripada bahasa Latin lingua yang bermaksud bahasa. Terdapat tiga istilah penting dalam konteks ini, iaitu: Langue bahasa tertentu seperti bahasa Melayu, bahasa Hindi, bahasa Arab… Langagebahasa secara umum, dan bersifat mujarad. manusia ada bahasa, binatang tidak. Parole bahasa dalam kewujudan yang nyata, yang berupa ujaran.

  8. Selain linguistik, terdapat juga ilmu lain yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian. Kesusasteraan wadah seni, pengungkapan karya seni, penciptaan keindahan. Sosiologi alat interaksi sosial dalam masyarakat. Psikologi gejala pelahiran kejiwaan. Fizikal fenomenon alam

  9. Bahasa sebagai sistem bukan sahaja bersifat sistematik tetapi juga bersifatsistemis. Sistematik bermaksud berasaskan sistem atau menurut sistem Sistemis bermaksud bahasa terdiri daripada subsistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Dalam BM, kata linguistikbukan sahaja bermaksud ilmu tentang bahasa, tetapi juga bermaksud bahasa itu sendiri.

  10. RUMUSAN PENGERTIAN LINGUISTIK • Ilmu pengetahuan yang objeknya bahasa lisan dan tulisan • Mempunyai ciri: sistematik, rasional, empiris, pemerian struktur, pembahagian dan aturan bahasa • Ciri tersebutlah yang dikatakan ilmiah • Linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah • Linguistik dapat dianggap sebagai sains • Sains ialah pengetahuan yang disusun dalam satu sistem yang berteraskan pengamatan, kajian dan pengalaman untuk menentukan hakikat dan prinsip tentang perkara yang dikaji • Sifat keilmiahan linguistik memenuhi tiga syarat, iaitu keeksplisitan, kesistematisan, dan keobjektifan

  11. KEEKSPLISITAN • Pernyataan jelas tentang kriteria yang mendasari suatu penelitian • Penyusunan peristilahan dengan jelas dan tekal • Definisi istilah tiada pertentangan antara satu istilah dengan istilah yang lain

  12. KESISTEMATISAN • Penyusunan tatacara standard yang digunakan dalam sesuatu penelitian • Permulaan analisis dengan melihat pelbagai aspek daripada data dan menghubungkannya dengan aspek yang lain • Penentuan kerangka deskriptif untuk menyesuaikannya dengan data yang ditemukan, dan kerangka deskriptif itu akan terus dimurnikan • Pengujian yang ketat terhadap hipotesis dengan mengawal terhadap segala kemungkinan

  13. KEOBJEKTIFAN • Sikap terbuka dalam analisis • Sikap kritis dengan mencurigai setiap hipotesis hingga dapat dibuktikan secara berpada • Berhati-hati terhadap dugaan yang tidak berdasar • Berusaha untuk menggunakan tatacara standard yang telah ditentukan

  14. TEORI LINGUISTIK • Teori digunakan dalam limamatra (dimensi), iaitu: > Struktur yang terjadi daripada konsep yang bertalian. Semuanya tertumpu pada pengamatan dan andaian dalam ilmu yang berkaitan. > Proses penyelidikan yang berasaskan logika, bukannya eksperimen. > Prinsip yang berkait dengan praktis ilmiah dalam menemukan kebenaran ilmu. > Perangkat kaedah atau prinsip untuk pengkajian masalah ilmiah dalam dunia kecendekiaan. > Gagasan, penjelasan atau pemikiran tentang sebab terjadinya sesuatu fenomena.

  15. TEORI LINGUISTIK • Teori linguistik ialah subdisiplin linguistik yang membahas bahasa dan ilmu bahasa dari sudut pandangan teori tertentu. Contohnya: > Teori Tradisional > Teori Struktural > Teori Transformasional > Teori Konteks > Teori Tagmemik

  16. TEORI TRADISIONAL • Teori yang berdasarkan analisis makna • Tidak memperlihatkan hierarki bahasa sehingga batas antara satuan tidak jelas • Analisis bahasa dilihat dari pandangan falsafah • Perubahan kata, golongan kata kurang diperhatikan

  17. TEORI STRUKTURAL • Penamaan pendekatan kebahasaan yang dilakukan oleh L. Bloomfield – (Bloomfieldisme) • Bahasa dilihat dari sudut strukturnya, terutama struktur luar • Klasifikasi kata didasarkan pada bentuk dan lingkungan, iaitu kata bersifat terbuka dan tertutup • Teori ini bersifat antimentalis dan mempertahankan behaviorisme

  18. TEORI TRANSFORMASIONAL • Manusia menggunakan bahasa yang tercermin dalam ayat, yang terdiri daripada sejumlah elemen dasar dan struktur • Setiap ayat mengandung struktur luaran (apa yang didengar / dilihat) dan struktur dalaman (abstraksi daripada yang dilihat / didengar) • Manusia memiliki kompeten (pengetahuan bahasa) dan performance (perlakuan / penggunaan bahasa) • Kemampuan bahasa bergantung pada tingkat pendidikan, pengalaman dan leksikon yang dikuasai

  19. TEORI KONTEKS • Untuk memahami ujaran, perlu diperhatikan konteks situasi • Berasaskan konteks situasi, aspek linguistik dan bukan linguistik dapat dikenal pasti • Inti teori ini ialah makna terpadu dalam ujaran secara menyeluruh

  20. Teori linguistik dikenali sebagai Induk Linguistik kerana melaluinya terpancar wawasan liku-liku bahasa yang digunakan dalam linguistik terapan. • Teori linguistik amat bermanfaat untuk membuat deskripsi, klasifikasi dan penjelasan terhadap peristiwa bahasa dini dan kini. • Teori linguistik juga merangkumi fakta di luar data yang dikaji. Oleh itu, istilah generatifyang bermaksud jangkauan ramalan masa hadapan sering digunakan. • Terdapat dua kategori teori linguistik, iaitu Teori kurang mujarad (low level theory) dan Teori Mujarad (high level theory).

  21. Teori kurang mujarad merupakan ringkasan data, dan banyak • mengungkapkan tatacara penemuan. • Teori mujarad tidak dibina daripada data semata-mata, diperoleh • daripada penalaran logik, bergantung pada intuisi berasaskan kerangka • rujukan tertentu, dan memerlukan verifikasi dalam menangani data yang • dikaji. • Teori linguistik merupakan sistem yang semakin mujarad sehingga • menghasilkan penjelasan, ramalan, rekonstruksi, interpretasi, evaluasi • fenomena bahasa, dan rumusan kaedah atau hukum bahasa. • Teori linguistik didasarkan pada kerangka rujukan yang bersifat implisit, • dan dalam pengungkapan teori, wujud unsur gerakan, aliran, trend, dan • paradigma.

  22. CIRI KEILMUAN LINGUISTIK • Rapi, teratur baik dan tertib. • Mantap, tidak berobah dan stabil. • Ekonomis, jimat, tidak mubazir dan tidak berlebihan. • Mudah, tidak sukar, gampang, dan senang. • Tuntas dan berguna berasaskan teori yang tersusun. • Eksplisit, tiada makna ganda, disusun dan dirumuskan secara tuntas. • Sistematik, berperaturan, berpola dan generalisasi utuh, kesatuan tunggal dan senada. • Objektif, pemerian sifat, hakikat, keadaan seadanya, kewujudan hakiki bebas daripada pertimbangan peribadi.

  23. PROSES PENGKAJIAN BAHASA HIPOTESIS PENDEKATAN INDUKTIF PENDEKATAN DEDUKTIF Pemerhatian Andaian teori Kajian saintifik Kajian saintifik Andaian teori Pemerhatian TEORI Terkenal abad ke-20 Popular kini

  24. PUSARAN PENGKAJIAN BAHASA HIPOTESIS UJIAN/DATA DATA TEORI

  25. LINGUISTIK SEBAGAI ILMU • Pengetahuan dapat dianggap ilmu jika memenuhi kriteria berikut: a. Pengetahuan itu mestilah teratur dan sistematik. b. Pengetahuan itu bersifat progresif, dan semakin tinggi kualitinya. c. Pengetahuan itu mempunyai autonomi, iaitu bersifat bebas. d. Pengetahuan itu mempunyai objek. Berasaskan kriteria itu, linguistik dapat dianggap sebagai ilmu pengetahuan, dan satu disiplin yang berautonomi, serta mempunyai objek. Objek linguistik ialah bahasa manusia.

  26. TAHAP PERKEMBANGAN LINGUISTIK • Tahap spekulasi: Kesimpulan dibuat tanpa bukti empiris dan tatacara tertentu. Contoh – asal kejadian bumi dan bahasa… • Tahap pemerhatian dan klasifikasi: Penggolongan segala fakta bahasa dengan teliti tanpa teori tertentu. • Tahap perumusan teori: Pemahaman masalah dasar/persoalan berasaskan data, dirumuskan hipotesis dan tatacara pengujian hipotesis. • Linguistik yang mengalami ketiga-tiga tahap itu dianggap ilmiah. • Linguistik mementingkan data empiris dalam penelitiannya. Data boleh dianalisis dengan cara induktifatau deduktif. • Linguistik berusaha menemukan pendekatan dan kaedah hakiki bahasa yang diteliti. Oleh itu, linguistik dikenali sebagai ilmu nomotetik, dan tidak terhenti pada satu titik kesimpulan.

  27. KESIMPULAN • Linguistik dapat diberikan pengertian secara luas dan secara sempit. • Linguistik ialah disiplin ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian. • Teori linguistik terdiri daripada dua kategori, iaitu teori kurang mujarad dan teori mujarad. • Sebagai ilmu, linguistik mempunyai ciri tertib, mantap, ekonomis, mudah, tuntas, eksplisit, sistematik dan objektif. • Linguistik sebagai ilmu memenuhi kriteria sistematik, berkualiti, bebas dan mempunyai objek. • Linguistik berkembang dalam tiga tahap, iaitu tahap spekulasi, tahap pemerhatian dan klasifikasi, dan tahap perumusan teori.

More Related