1 / 17

JABATAN PELAJARAN JOHOR UNIT NAIK PANGKAT SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

JABATAN PELAJARAN JOHOR UNIT NAIK PANGKAT SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM). 1. DEFINISI KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN. KENAIKAN PANGKAT

lynley
Télécharger la présentation

JABATAN PELAJARAN JOHOR UNIT NAIK PANGKAT SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. JABATAN PELAJARAN JOHOR UNIT NAIK PANGKAT SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

  2. 1. DEFINISI KENAIKAN PANGKAT DANPEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT “Kenaikan Pangkat” bererti peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. PEMANGKUAN “Pemangkuan” bererti pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secarasepenuh masa suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

  3. 2. JENIS KENAIKAN PANGKAT: i) Ke Gred - ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan ii) Ke Jawatan - ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi 3. JENIS PEMANGKUAN: i) Dengan tujuan dinaikkan pangkat: Pegawai layak mengikut skim perkhidmatan atau syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. ii) Bukan dengan tujuan naik pangkat: Pegawai yang diperakukan tidak layak mengikut skim perkhidmatan atau syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

  4. 4. ASAS KENAIKAN PANGKAT • Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit • yang ditentukan mengikut:- • Kecekapan dan prestasi kerja • Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman • Sifat-sifat peribadi termasuk kesesuaian, keutuhan, potensi • dan kepimpinan • Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat • Sebagai tambahan, Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkan sesuai. • Jika ada 2 atau lebih pegawai mempunyai merit yang sama, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan • dengan jawatan di samping kekananan pegawai hendaklah • juga dijadikan asas pertimbangan dan pemilihan. • [Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A) 176]

  5. 5. KAEDAH PENETAPAN KEKANANAN PEGAWAI i. Pegawai Dalam Gred Lantikan Mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap ii. Pegawai Dalam Gred Kenaikan Pangkat Mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki (tarikh naik pangkat) Jika dua atau lebih pegawai dilantik secara tetap atau dinaikkan pangkat ke gred yang sama dalam skim perkhidmatan yang sama pada tarikh yang sama, kekananan pegawai itu adalah sama. Kekananan seseorang pegawai akan hilang kerana bercuti tanpa gaji kecuali cuti belajar tanpa gaij dan dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda. [Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A) 176]

  6. 6. SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT i) Syarat-Syarat Asas Kenaikan Pangkat a) Kelayakan Mengikut Skim Perkhidmatan: 1) Telah disahkan dalam perkhidmatan (gred lantikan) 2) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan 3) Lulus semua Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan 4) Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan b) Bebas dari hukuman tatatertib c) Lulus pengisytiharan harta d) Lulus tapisan keutuhan BPR e) Bebas dari pinjaman tegar

  7. 7. PEGAWAI YANG BOLEH DITIMBANG KENAIKAN PANGKAT a) Pegawai tetap b) Pegawai yang layak mengikut skim perkhidmatan c) Pegawai yang memohon (jika secara iklan yang disyaratkan memohon) d) Pegawai yang mengisi jawatan kader/dipinjam/tukar sementara ke agensi lain e) Pegawai yang sedang bercuti termasuk cuti tanpa gaji f) Pegawai yang memangku jika disyaratkan memangku terlebih dahulu

  8. 8. PEGAWAI YANG TIDAK BOLEH DITIMBANG KENAIKAN PANGKAT a) Pegawai percubaan, Sementara, Kontrak, Sangkut atau Sandaran Pegawai meletak/melepas jawatan atau bersara pilihan semasa urusan naik pangkat diadakan c) Pegawai yang tidak mengisytihar harta d) Pegawai yang gagal dalam tapisan BPR e) Pegawai dalam tempoh hukuman tatatertib f) Pegawai terlibat dengan pinjaman tegar

  9. 9. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1990 Dasar kenaikan pangkat bagi Pegawai yang sedang disiasat dan telah menerima Hukuman Tatatertib a) Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan - ditimbang dalam urusan kenaikan pangkat b) Pegawai yang mempunyai kes “Prima-Facie” - ditimbang dalam urusan naik pangkat dan dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat c) Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib - tidak layak dinaikkan pangkat mengikut tempoh dan urusan berikut :

  10. HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK DINAIKKAN PANGKAT Amaran - 6 bulan atau 1 urusan, mana yang terdahulu Denda - 12 bulan atau 1 urusan, mana yang terdahulu Lucut Hak - 18 bulan atau 1 urusan, mana yang Emolumen terdahulu Tangguh Pergerakan - 30 bulan atau 1 urusan, mana yang Gaji terkemudian Turun Gaji - 36 bulan atau 1 urusan, mana yang terkemudian Turun Pangkat - 48 bulan atau 2 urusan, mana yang terkemudian

  11. 10. KAEDAH PELAKSANAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT i) Berasaskan kepada kekosongan jawatan:- a) Jawatan kosong secara operasi/hakiki boleh digunakan untuk pemangkuan b) Hanya jawatan kosong secara hakiki boleh digunakan untuk kenaikan pangkat ii) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) jika skim perkhidmatan tidak mensyaratkan sesuatu kenaikan pangkat tertakluk kepada kekosongan jawatan; iii)Secara berkumpulan/individu; a) Secara berkumpulan dengan dipertandingkan mengikut merit bagi pemangkuan/kenaikan pangkat ke gred; b) Secara individu bagi pemangkuan/kenaikan pangkat ke jawatan iv) Melalui iklan/tanpa iklan: - Melalui iklan dengan mempelawa pegawai yang layak untuk memohon. Hanya pegawai yang memohon sahaja yang dipertimbangkan. - Tanpa iklan di mana Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan senarai nama pegawai yang layak berserta dokumen/maklumat yang diperlukan. v) Memangku Terlebih Dahulu/Kenaikan Pangkat Terus:- - Kenaikan pangkat ke gred – boleh dinaikkan pangkat terus - Kenaikan pangkat ke jawatan – memangku terlebih dahulu sekurang-kurangnya 6 bulan

  12. v) Memangku Terlebih Dahulu/Kenaikan Pangkat Terus:- - Kenaikan pangkat ke gred – boleh dinaikkan pangkat terus - Kenaikan pangkat ke jawatan – memangku terlebih dahulu sekurang-kurangnya 6 bulan

  13. 11. INSTRUMEN DAN KAEDAH PENILAIAN DALAM URUSAN PEMANGKUAN/KENAIKAN PANGKAT i. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir dengan wajaran seperti berikut:- a. Tahun Pertama - 20% b. Tahun Kedua - 35% c. Tahun Ketiga - 45% Jumlah 100% ii. Temuduga iii. Peperiksaan/Ujian iv. Kursus v. Kaedah lain yang sesuai

  14. 12. PENETAPAN TARIKH KENAIKAN PANGKAT Tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat tertakluk kepada:- a) Tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan atau tarikh pegawai itu layak mengikut skim perkhidmatannya, yang mana kemudian. b) Tarikh kenaikan pangkat ke jawatan, tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal daripada tarikh pegawai itu diluluskan memangku jawatan itu atau pada tarikh jawatan hakiki itu kosong, mana yang terkemudian.

  15. 13. ISU-ISU/MASALAH PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT i) Jawatan terhad/calon ramai ii) Surat Keliling/Edaran Kementerian tidak sampai ke PPD/ Sekolah/Institusi lain menyebabkan calon tidak mengetahui mengenai iklan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat iii) Masalah data/maklumat - Maklumat personel dan perjawatan dalam database tidak betul/tidak lengkap/tidak kemaskini - Senarai kekananan tidak lengkap/tidak kemaskini iv) Perakuan tidak lengkap/lewat diterima - disebabkan Buku Rekod Perkhidmatan tiada/tidak kemaskini - LNPT tiada/lewat disediakan - dokumen lain (Kenyataan tatatertib/harta/borang tapisan keutuhan BPR) tiada/lewat dikemukakan

  16. v) Markah prestasi tidak menggambarkan prestasi sebenar – isu penilaian prestasi vi) Calon tolak tawaran kerana enggan bertukar atau sebab lain vii) Calon tercicir/tertinggal terutamanya kenaikan pangkat Time-Based viii) Pertindihan calon dalam urusan kenaikan pangkat biasa (hakiki) dan kenaikan pangkat Time-Based

  17. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related