1 / 22

Acrostic Bible – 1 John

Introduksi Perjanjian Baru : Yohanes Pertama (dalam Bahasa Malaysia) Alkitab : Lembaga Alkitab Indonesia 1979. Acrostic Bible – 1 John. Dr. Rick Griffith, Singapore Bible College. Song – “I Love You, Lord”. 1 Yohanes – Jadual Sinopsis.  Kepatuhan dalam Kasih Melawani Ajaran Gnostic.

mei
Télécharger la présentation

Acrostic Bible – 1 John

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. IntroduksiPerjanjian Baru : Yohanes Pertama(dalam Bahasa Malaysia)Alkitab : Lembaga Alkitab Indonesia 1979

  2. Acrostic Bible – 1 John Dr. Rick Griffith, Singapore Bible College

  3. Song – “I Love You, Lord”

  4. 1 Yohanes – Jadual Sinopsis  Kepatuhan dalam Kasih Melawani Ajaran Gnostic  Keperluan Untuk Kepatuhan  Ciri-Ciri Kasih  Faedah–faedah Kepatuhan  Bab 1—2  3:1—5:3  5:4-21 Kemanusiaan Kristus Prasyarat kepada kepatuhan Halangan kepada kepatuhan  Jangan berdosa Jangan benci sesama penganut Belas kasihan Keyakinan terhadap Tuhan Kepatuhan kepada ajaran perintis agama Mengambil berat sesama penganut Mematuhi perintah Tuhan Kemenangan atas dunia Jaminan keselamatan Bimbingan dalam doa Kebebasan dari dosa Kesetiaan kepada Tuhan  Efesus kepada Gereja-Gereja Asia Kecil  AD 85-95 290

  5. Key Word 290 Perkataan Utama Kasih

  6. Ayat Utama 290 Tujuan Utama Penulisan Yohanes “Semua itu kutulis kepadamu, yaitu mengenai orang-orang yang berusaha menyesatkan kamu… Maka sekarang, anak-anakku, tinggallah di dalam Kristus, supaya apabila Ia menyatakan diriNya, kita beroleh keberanian percaya dan tidak usah malu terhadap Dia pada hari kedatanganNya” (1 Yohanes 2:26, 28).

  7. Tajuk 291 Tajuk dalam bahasa Greek ( vIwavnnou av Satu Yohanes) mengikut amalan biasa dalam menamakan Persuratan Am iaitu mengikut nama pengarangnya dan ini dibezakan daripada 2 surat lagi persuratan Yohanes.

  8. Pengarang 291 Bukti Luaran Persuratan 1 Yohanes mempunyai bukti yang paling kukuh di antara semua Persuratan Am. 1. Bukti ia sebagai hasil penulisan Yohanes bermula sangat awal lagi iaitu sebaik sahaja penulisannya, ini bermula dengan rakan semasa Yohanes selama 20 tahun, Polycarp. Irenaeus juga memetik persuratan Yohanes dan memberi sumbangan kepada Yohanes atas hasil kerjanya. Ramai lagi Paderi Gereja juga menerima Yohanes sebagai pengarangnya: Clement of Alexandria (AD 155-215), Tertullian (AD 150-222), Origen (AD 185-253), Cyprian (AD 200-258) dan semua Paderi Latin and Paderi Greek. Kanon Muratonian dan `Old Syriac Version’ juga menyumbangkan penulisan 1 Yohanes kepada Yohanes.

  9. Pengarang 291 Bukti Luaran Persuratan 1 Yohanes mempunyai bukti yang paling kukuh di antara semua Persuratan Am. Pendapat-pendapat bertentangan yang utama ialah: (a) bahawa seorang lagi “Yohanes” yang sebenarnya menulis persuratan ini dan dia dikenali sebagai “Pendeta Yohanes” atau “Presbyter Yohanes,” dan (b) bahawa seorang pengikut Yohanes yang menulis persuratan itu. Dalam satu penyataan, Papias seolah-olah membuat perbezaan di antara “Pendeta Yohanes” and “ Rasul Yohanes”; bagaimanapun, di tempat lain dia menggunakan istilah “Pendeta” semasa merujuk kepada rasul Yohanes, kesimpulannya ` 2 orang yang berbeza’ sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai orang yang sama.

  10. Pengarang 291 Bukti Dalaman • Kandungan dalam persuratan itu sendiri menyokong kuat tradisi Yohanes sebagai pengarangnya. • Walaupun namanya tidak disebut, dia ialah seorang saksi (1:1-4) yang berkewibawaan dan membawa kuasa besar dengan cara percakapan dia yang tegas(2:19; 4:6, 14). • Gaya penulisan juga menyerupai buku Injil yang ke4. 1 Yohanes 1:1 Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup-itulah yang kami tuliskan kepada kamu.

  11. Tarikh 291 • Kebanyakan sarjana konservative menafsirkan tarikh penulisan 1 Yohanes dari AD 80-97 dan sarjana liberal pula menafsirkan tarikhnya sebaik selepas AD 90-110. • Persuratan ini tidak menyebut tentang hal penganiayaan yang berlaku semasa pemerintahan Domitian (AD 81-96). • Ini menyarankan tarikh penulisan adalah sebelum AD 81 atau selepas AD 96. Walaubagaimanapun, Yohanes adalah seorang tua dalam linkungan umur lapan puluhan atau lebih semasa dia menulis persuratan ini. • This course uses a date of AD 85-95 as it likely preceded Revelation (AD 95-96).

  12. Asal/Penerima 291 • Peringatan untuk waspada terhadap segala berhala (5:21) mengesahkan tradisi ini kerana berhala adalah penting dalam kebudayaan jahil Yunani-Roman tetapi jarang di Palestin. • The traditional view is that John wrote this epistle as a circular letter from his residence in Ephesus to the churches of Asia Minor.

  13. Peristiwa 291 Walaupun Ajaran Gnostic belum lagi berkembang kepada tahap yang terburuk iaitu semasa kurun ke2, bentuk awal ajaran Gnostic adalah jelas di dalam persuratan ini. Ajaran Gnostic mempunyai 2 dasar unsur yang menyeleweng: Penyanjungan tinggi kepada intelektual (gnosis), dan Kepercayaan bahawa `perkara’ adalah jahat.

  14. Peristiwa 291 Yohanes melawan 2 bentuk pengajaran Gnostic di dalam persuratannya: Ajaran Gnostic Docetic menafikan kemanusiaan Kristus (4:2-3), menyatakan dia hanya kelihatan seperti manusia, oleh itu Yohanes menulis dia sebenarnya menyentuh Yesus (1:1). Ajaran Gnostic Cerinthian menafikan ketuhanan Kristus. Cerinthus, yang tinggal berdekatan dengan Yohanes di Asia Kecil, dia mengajar Yesus hanyalah insan biasa,“ Kristus” turun kepadanya semasa pembaptisan tetapi meninggalkannya sebelum dia disalib. Yohanes menjawab Yesus Kristus datang melalui air (PembaptisanNya) dan darah (KematianNya), dengan ini menyangkal ajaran Cerinthus.

  15. Peristiwa 291 Ajaran Gnostic juga berpecah kepada dua kem.  Sesetengah pengikut Gnostic berpendapat bahawa `perkara’ adalah jahat, maka seseorang harus mengelakkannya sama sekali, ini mengakibatkan kezahidan. Di dalam persuratan Yohanes, dia cuba menewas kezahidan dengan menggalakkan persekutuan sesama jemaah (1:7). Pengikut Gnostic yang lain adalah fatalistik. Mereka berpendapat jika seseorang tidak dapat mengubah hakikat bahawa `perkara’ adalah jahat, maka sebarang perkara yang tidak bermoral dan aberasi boleh diterima. Yohanes dengan khususnya menjawab falsafah ini. Persuratan dia menunjukkan kepatuhan kepada perintah Tuhan, terutama melalui kasih sayang kepada orang lain, ini adalah pematahan terbaik terhadap amalan Gnostic. Dia juga mencuba mengalahkan perbuatan tidak bermoral dengan menggesa kepatuhan dan kewajaran.

  16. Ciri-ciri 292 • Penyataan-penyataan Mutlak (contoh, 3:6). • Tinggal berterusan dalam Kristus dilihat sebagai mematuhi perintah Tuhan dan kasih sesama saudara (2:28—4:16). • Pengajaran kontras (antithetical parallelism) amat banyak terdapat di sini kerana Yohanes melihat semua perkara samada hitam atau putih. • Gaya penulisan adalah sangat mudah tetapi amat dalam maknanya. Konsep-konsep yang sama sering berulang tetapi tidak membosankan. • Agak di luar dugaan tiada pemetikan dari surat perjanjian lama dan hanya satu peristiwa dirujuk(Kain, 3:12).

  17. Perdebatan 293 Persuratan Yohanes mempunyai sekurang-kurangnya lima tujuan: untuk menggalakkan persekutuan (1:3), untuk menghasilkan sukacita (1:4), untuk melindungi kesucian (2:1), untuk mencegah ajaran sesat (2:26), dan untuk memberi jaminan hidup kekal (5:13) • Kelima-lima tujuan yang berlainan menyebabkan buku ini sukar disimpulkan kepada satu tema atau tujuan utama dan juga sukar memberi garis kasar terutama tajuk-tajuknya bertindihan. • Walaubagaimanapun, secara keseluruhan tema kepatuhan, terutamanya didemonstrasikan melalui mengasihi orang lain, merangkumi kesemua tujuan-tujuan di atas. • Terdapat banyak faedah, tetapi faedah yang langsung daripada kepatuhan dengan kasih ialah perlindungan daripada ajaran-ajaran awal Gnostic.

  18. Sintesis 293 Kepatuhan dalam kasih melawani ajaran-ajaran awal Gnostic 1—2 Keperluan untuk Kepatuhan 3:1—5:3 Ciri-ciri Kasih 5:4-21 Faedah-faedah kepatuhan

  19. Ringkasan Penyataan 293 Yohanes menulis sepucuk surat umum untuk menggalakkan pembaca-pembacanya untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan dengan mengasihi orang supaya melindungi mereka daripada ajaran-ajaran awal Gnostic yang menafikan ketuhanan atau kemanusiaan Kristus.

  20. Garis Kasar 293-294 I. (Bab. 1—2) Yohanes menggesa pembaca-pembacanya mengamalkan prasyarat kehidupan kepatuhan supaya mereka tidak mudah dibawa sesat kepada ajaran-ajaran awal dan amalan Gnostic. II. (3:1—5:3) Yohanes menegaskan ciri-ciri hidup kasih supaya pembaca-pembacanya benar-benar mengasihi dan sebagai pertahanan kepada ajaran dan amalan Gnostic. III. (5:4-21) Yohanes menjanjikan akibat-akibat kehidupan kepatuhan untuk mendorong pembaca-pembacanya menjalani hidup yang patuh untuk menghadapi ajaran-ajaran Gnostic.

  21. 296 Perkara-Perkara KeduniaanPerbandingan Teks-Teks Penting Dunia (1 Yohanes 2:15-16) Punca-Punca Godaan Hawa (Kejadian 3) Kristus (Matius 4) “Keinginan kejahatan orang berdosa” Keinginan jahat tubuh (seks di luar pernikahan, sikap lahap, dll.) “Baik untuk dimakan” Batu kepada roti “Keinginan jahat mata” Tamak, menginginkan hak orang lain (rukun ke-10) “menyenang-kan mata” Memiliki kesemua kerajaan “Keangkuhan hidup” Keangkuahn & cakap besar tentang: • pekerjaan • kedudukan • kebaikan-kebaikan dunia • dll. “Keinginan untuk mendapat hikmat” Sanjungan orang (“melompat jatuh dari rumah berhala”)

  22. Aplikasi 290 • Bagaimanakah kamu menunjukkan kasih kepada penganut yang lain supaya ajaran sesat dapat dicegahi? • Siapakah yang kamu tahu memerlukan kasih orang Kristian supaya berpaling dari ajaran palsu?

More Related