1 / 80

BELANJAWAN NEGARA

BELANJAWAN NEGARA. OLEH: MUNAWIR BIN MOHD RUKUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Definisi Belanjawan. “ Satu pernyataan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat “.

onella
Télécharger la présentation

BELANJAWAN NEGARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BELANJAWAN NEGARA • OLEH: • MUNAWIR BIN MOHD RUKUN • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MHR/JANM

  2. DefinisiBelanjawan “ Satu pernyataan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat “ MHR/JANM

  3. KONSEP ASAS BELANJAWAN • Belanjawan awam merupakan satu perancangan ekonomi tahunan yg bertujuan melaksanakan dasar sosioekonomi negara. • Berperanan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara dan memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta MHR/JANM

  4. PERANAN BELANJAWAN AlatDasarPengurusanSosioekonomi Negara Terbahagikpddua (2) : • Belanjawan sebagai Alat Dasar Fiskal • 2. Belanjawan sebagai Alat Pengurusan MHR/JANM

  5. BELANJAWAN SEBAGAI ALAT DASAR FISKAL - Dasar kewangan kerajaan bertujuan mencapai matlamat membangun dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengurusan perbelanjaan serta dasar percukaian yang cekap dan berkesan - Digunakan untuk memenuhi fungsi seperti peruntukan, agihan dan penstabilan ekonomi. MHR/JANM

  6. FUNGSI PERUNTUKAN • peranan berubah kepada menyedia • prasarana • FUNGSI AGIHAN • mengagih hasil dan perbelanjaan secara adil mengikut keperluan. • FUNGSI PENSTABILAN • Menstabilkan ekonomi negara spt memastikan pertumbuhan ekonomi mapan,pengurangan pengangguran dan inflasi serta mencatat lebihan dlm imbangan bayaran. MHR/JANM

  7. BELANJAWAN SEBAGAI ALAT PENGURUSAN AGENSI - Alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan serta alat mengukur prestasi MHR/JANM

  8. ALAT MENGURUS SUMBER KEWANGAN • melalui proses perancangan belanjawan yang sistematik. Membantu pengurus melaksanakan program dan aktiviti secara cekap dan berkesan. MHR/JANM

  9. DOKUMEN KAWALAN BELANJAWAN & KEWANGAN • perjanjian program digunakan sebagai kawalan belanjawan dan kewangan yang berkesan. ALAT MENGUKUR PRESTASI • Ukuran dibuat melalui laporan berskala yang disediakan berasaskan perancangan belanjawan dan pencapaian prestasi perbelanjaan. MHR/JANM

  10. ASAS PERUNDANGAN • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • Perkara 99 • “ Yang diPertuan Agong hendaklah, bagi tiap-tiap tahun kewangan, mengarah dibentangkan dalam Dewan Rakyat suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi Persekutuan untuk tahun itu, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun itu ” MHR/JANM

  11. HASIL PERBELANJAAN KOMPONEN BELANJAWAN KUMPULAN WANG DISATUKAN BELANJAWAN MHR/JANM

  12. Belanjawan berimbang Nisbah perbelanjaan konsistan dengan terimaan terimaan perbelanjaan

  13. Belanjawan lebihan Nisbah terimaan melebihi agregat perbelanjaan perbelanjaan terimaan

  14. Belanjawan kurangan (defisit) Nisbah perbelanjaan melebihi agregat terimaan terminal perbelanjaan

  15. KOMPONEN HASIL Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai HASIL Pelbagai Terimaan Hasil drp wilayah-wilayah Persekutuan MHR/JANM

  16. TAKRIF HASIL • Semua jenis pendapatan yang diterima Kerajaan dalam bentuk cukai,yuran,lesen dan terimaan dll. Kecuali zakat dan hasil keagamaan • Terdiri daripada: • Hasil Kerajaan Persekutuan • Hasil Kerajaan Negeri • Hasil Kerajaan Tempatan MHR/JANM

  17. HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN 1.HASIL CUKAI HASIL YANG DIKUTIP BERASASKAN UNDANG-UNDANG PARLIMEN. WAJIB DIBAYAR ATAS URUSNIAGA, PENDAPATAN, PERBELANJAAN DAN KEKAYAAN CUKAI LANGSUNG • CUKAI PENDAPATAN (INDIVIDU & SYARIKAT) • CUKAI PENDAPATAN PETROLEUM • CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH • DUTI STEM CUKAI TIDAK LANGSUNG • CUKAI EKSPORT • DUTI IMPORT • DUTI EKSAIS • CUKAI JUALAN MHR/JANM

  18. 2. HASIL BUKAN CUKAI HASIL YANG DIKUTIP BERDASARKAN UNDANG-UNDANG BAGI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG RAMAI. CONTOHNYA: • LESEN, BAYARAN PENDAFTARAN DAN PERMIT • PERKHIDMATAN DAN BAYARAN P’KHIDMATAN • SEWAAN HARTA BENDA KERAJAAN • FAEDAH DAN PEROLEHAN PELABURAN • DENDA DAN HUKUMAN • DLL. MHR/JANM

  19. 3. PELBAGAI TERIMAAN • HASIL YANG DIKUTIP BUKAN BERDASARKAN SEBARANG AKTA & UNDANG-UNDANG. KUTIPAN DRP PUNCA CONTOHNYA : • PULANG BALIK PERBELANJAAN, JUALAN BARANGAN DLL MHR/JANM

  20. 4. HASIL WILAYAH PERSEKUTUAN • HASIL YANG DIKUTIP DI WILAYAH PERSEKUTUAN KL, LABUAN DAN PUTRAJAYA. KATEGORI SAMA SPT DIATAS CONTOHNYA : • CUKAI LANGSUNG - PREMIUM & CUKAI TANAH, CUKAI TAK LANGSUNG – DUTI HIBURAN MHR/JANM

  21. HASIL KERAJAAN NEGERI DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG III P.P • HASIL DRP TANAH, LOMBONG DAN HUTAN • LESEN • DUTI HIBURAN • BAYARAN MAHKAMAH SELAIN FED. COURT • BYR DRP PERKHIDMATAN OLEH NEGERI • HASIL PBT • HARTA KARUN MHR/JANM

  22. TAMBAHAN BAGI SABAH & SARAWAK DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG V P.P • DUTI IMPORT DAN DUTI EKSAIS ATAS HASIL PETROLEUM • DUTI EKSPORT ATAS KAYU DAN KELUARAN HUTAN YG LAIN • ROYALTI ATAS GALIAN YANG DIKENAKAN DUTI EKSPORT • BAGI SABAH JIKA BELANJA UBAT DAN KESIHATAN DITANGGUNG KERAJAAN MAKA 30% DRP HASIL KASTAM • BAYARAN LESEN PENGANGKUTAN SBM 1974 • CUKAI JUALAN NEGERI • BAYARAN DAN YURAN DRP PELABUHAN SELAIN FED. MHR/JANM

  23. HASIL KERAJAAN TEMPATAN DIBAWAH KERAJAAN TEMPATAN 1976 • CUKAI TAKSIRAN • DENDA & RAMPASAN • SEWAAN ASET PBT • JUALAN ASET PBT • PENDPATAN DRP PELABURAN • LESEN DAN PERMIT • YURAN MHR/JANM

  24. PERBELANJAAN MENGURUS PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PERBELANJAAN TANGGUNGAN LANGSUNG PERBELANJAAN BEKALAN PINJAMAN KOMPONEN PERBELANJAAN PERBELANJAAN KERAJAAN MHR/JANM

  25. PERBELANJAAN MENGURUS Semua Jenis Perbelanjaan operasi/ aktiviti berulang dan berterusan/ perbelanjaan pengguna (Perkara 100 Perlembagaan/ Rang Undang-undang Perbekalan) Terbahagi kepada dua (2): • Perbelanjaan Bekalan • Perbelanjaan Tanggungan MHR/JANM

  26. BELANJA PERBEKALAN • SEMUA JENIS PERBELANJAAN KEGIATAN HARIAN KEMENTERIAN/JABATAN DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT. • DILULUSKAN DI BAWAH AKTA BEKALAN ATAU ENAKMEN BEKALAN. MENGGUNAKAN KOD HURUF “B”, CONTOH: B 01 - PARLIMEN B 08 – JABATAN PERKHIDMATAN AWAM B 19 - KEMENTERIAN PERTANIAN B 52 – KEMENTERIAN KERJA RAYA B 23 - KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MHR/JANM

  27. PERBELANJAAN BEKALAN • Perbelanjaan menguruskan aktiviti Kerajaan samada yang berterusan atau “one- off “ dan diperuntukan mengikut Maksud Bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai satu Akta Bekalan bagi setiap tahun Belanjawan. Contoh: Emolumen, Perkhidmatan & Bekalan, Aset, Pemberian & Kenaan Tetap dan Bayaran-bayaran lain. MHR/JANM

  28. PERBELANJAAN TANGGUNGAN • Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan Tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan Contoh: Gaji YDP Agong, Khidmat Hutang Kerajaan, Pencen, Gaji Hakim, dan Pemberian Kepada Negeri- Negeri. Menggunakan Kod Huruf “T”, Contohnya: “T. 1” - PERUNTUKAN DIRAJA BAGI S.P.B YDA MENGGUNAKAN KOD HUR MHR/JANM

  29. PENGKODAN • Hasil dan Perbelanjaan melalui satu sistem pengekodan mengikut PP Bil 5/2004. • Hanya boleh ditentukan oleh Perbendaharaan Malaysia mengikut AP 41. • Setiap kod hasil atau belanja mengandungi lima (5) angka dan dibahagikan kpd empat (4) kategori. MHR/JANM

  30. OBJEK AM MHR/JANM

  31. PENJENISAN KOD PERBELANJAAN P/P 8/96 P/P 5/2004 MHR/JANM

  32. PENJENISAN KOD PERBELANJAAN P/P 8/96 P/P 5/2004 MHR/JANM

  33. KATEGORI HASIL NEGARA • 60000 - CUKAI • 70000 - BUKAN CUKAI • 80000 - PELBAGAI TERIMAAN • 90000 - HASIL WILAYAH PERSEKUTUAN KATEGORI KOD MHR/JANM

  34. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN • Perbelanjaan modal dalam tempoh jangka pendek atau sederhana dan mendatangkan pulangan dalam jangka panjang. Perancangan perbelanjaan Pembangunan berasaskan Rancangan 5 tahun. Perlu dibentangkan untuk kelulusan Dewan Rakyat sebagai satu Akta Perbekalan bagi setiap tahun perbelanjaan • Fizikal – pembinaan bangunan, jalan raya dll. • Bukan Fizikal – penyertaan dalam ekuiti syarikat MHR/JANM

  35. CIRI-CIRI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN MEMERLUKAN JUMLAH MODAL YANG BESAR ALIRAN WANG BERJANGKA PANJANG DIBIAYAI DENGAN DANA DALAMAN MELiBATKAN KOS PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKIAN DI MASA HADAPAN MEMBERI KESAN TERHADAP MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA MHR/JANM

  36. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN • Perbelanjaan modal (Capital Outlay). Ia tidak berulang dan bukan perbelanjaan penggunaan sebaliknya lebih bersifat pelaburan. Contoh: Pembinaan Jalan, Sekolah, Pejabat, Hospital, Klinik, persenjataan moden, rumah & Balai-Balai Polis. MHR/JANM

  37. KATEGORI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PERUSAHAAN AWAM BUKAN KEWANGAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN NEGERI MHR/JANM

  38. PERBELANJAAN SECARA LANGSUNG • Peruntukan disalurkan terus sebagai perbelanjaan yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan MHR/JANM

  39. PERBELANJAAN PINJAMAN • Peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan diberikan secara pinjaman yang perlu dibayar balik dalam tempoh tertentu. MHR/JANM

  40. LATARBELAKANG SISTEM BELANJAWAN BELANJAWAN TRADISIONAL Anggaran keperluan Agensi perlu dibuat secara terperinci dan hendaklah disokong dengan justifikasi yang jelas Pemeriksaan Bajet adalah secara terperinci dan berasaskan line-item Contoh : Keperluan mengikut Pecahan Kepala atau Butiran - 11000 Gaji - 21000 t & t - 29000 Hospitaliti • Pemeriksaan tidak mengambilkira keperluan berasaskan program • Proses pemeriksaan panjang MHR/JANM

  41. SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN PRESTASI (SBPP) Mula diperkenal tahun 1968 kerana kelemahan belanjawan tradisional yang tidak dapat memberi maklumat yang cukup untuk membuat keputusan dan tidak dapat mengukur prestasi dan kekesanan peruntukan yang telah dibelanjakan. • menitikberatkan perhubungan antara penentuan objektif, struktur dan program, kos program dan penilaian prestasi program. • fokus kepada line item – kepala vot, sumber diagih mengikut program yang dirancang • perancangan secara bottom-up tetapi pengagihan secara to-down Konsep program – satu set aktiviti yang perlu dilaksana untuk mencapai objektif penubuhan/kewujudan. Ia boleh dikos dan dinilai menafaatnya. Konsep objektif program – halatuju jadi pedoman pelaksanaan aktiviti, menyumbang kepada pencapaian objektif jab/kem, jadi dasar kepada permohonan dan pengagihan sumber, alat mengawal dan mengurus operasi. MHR/JANM

  42. Samb… Kelemahan Pelaksanaan • pelaksanaan di peringkat pengukuran prestasi dan penilaian tidak sepenuhnya terutama kem/jab bercorak sosial dan keselamatan • fokus penyediaan/pemeriksaan/pelaksanaan masih ditahap perbelanjaan terperinci • indikator output dan impak tidak jelas • digunakan sebagai alat pengagihan peruntukan dan tidak sbg alat pengurusan • pencapaian prestasi tidak dipentingkan MHR/JANM

  43. SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS) • Menekankan konsep ‘let manager’s manage’ – pegawai pelaksana dan bawahan terlibat dalam proses membuat keputusan. Ia masih berasaskan SBPP. • Diperkenalkan dalam tahun 1989 dan 3 kem perintis – kesihatan, kebajikan dan kerjaraya. • Perubahan dibuat ke atas proses penyediaan belanja mengurus. • Tujuan – teguhkan ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan seimbang, meningkatkan prestasi program, memudah dan meningkat akauntabiliti pengurus. • Agensi pusat tidak perlu mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana – tumpu kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana. • Agensi pelaksana ada kuasa lebih luas mengurus program dan aktiviti dan kelewatan pelaksanaan dapat dielakkan. MHR/JANM

  44. Ciri-ciri SBPP yang masih kekal: • perancangan bottom up, pengagihan top down • perancangan berasaskan program • Ciri-ciri baru MBS: • perjanjian program sebagai kontrak pengurusan • pusat tanggung jawab sebagai unit mengakaun • pemberian peruntukan secara ‘one lump sum’ dan penurunan kuasa kepada pegawai pengakaun yang bertanggungjawab untuk membuat agihan • ketua PTJ bertanggungjawab mengagih sumber yang diberikan • akauntabiliti yang lebih jelas – melalui perjanjian program dan sistem pemantauan yang lebih sistematik MHR/JANM

  45. Kos pelaksanaan operasi dibahagikan kepada: Dasar sedia ada – aktiviti yang telah diluluskan untuk dilak sanakan dalam tahun semasa – aktiviti berulang. Dasar Baru – aktiviti baru yang belum diluluskan dan dipertimbangkan peruntukan, termasuk program baru, tambahan, sambungan, perluasan skop aktiviti sediada. One-off – perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan atau luarbiasa dan bukan perbelanjaan tahunan bagi tahun sebelumnya dan ia tidak berulang. MHR/JANM

  46. BATAS PERBELANJAAN Satu jumlah wang yang ditetapkan oleh Perbendaharaan di awal proses belanjawan tahunan sesebuah agensi. Jumlah ini tidak boleh dilampaui semasa mengemuka cadangan perbelanjaan bagi dasar-dasar sediada. Dimaklumkan kepada agensi pada akhir tahun sebelum tahun kewangan semasa. Anggaran bajet untuk aktiviti sediada tidak boleh melebihi siling ini tetapi boleh minta peruntukan tambahan jika dasar baru atau one offs. Pemeriksaan terperinci tidak lagi diperlukan untuk anggaran di bawah Batas Perbelanjaan. Faedah: - agensi boleh merancang dengan lebih baik. - memperteguh disiplin kewangan - pendekatan bajet top-down MHR/JANM

  47. Contoh Formula Pengiraan Batas Perbelanjaan: Formula: Dasar Sedia Ada tahun 2010 =(Dasar Baru Tahun 2009 – Peruntukan Aset Tahun 2009) – Dasar Baru Tahun 2008 Yang Tidak Dilaksanakan + 2% Kenaikan Emolumen Tahun 2009 MHR/JANM

  48. PERJANJIAN PROGRAM • Satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan dicapai antara Agensi dengan Perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan untuk menghasilkan output dan impaknya bagi setiap program/aktiviti. Ia juga merupakan cadangan belanja mengurus kem. • Dijadikan asas untuk mengukur prestasi dan keberkesanan agensi. • Jika tahap prestasi program tidak selaras dengan yang ditetapkan dalam perjanjian, laporan pengecualian hendaklah disediakan. • Sebagai alat pengesanan dan pemantauan, menjadikan agensi lebih bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing, mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin timbul. MHR/JANM

  49. PENILAIAN PROGRAM • Penilaian secara mendalam atas sesuatu program/ aktiviti hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. • Bertujuan menilai keberkesanan sesuatu program dan aktiviti dari segi ; - kewangan/peruntukan sumber - kesesuaian/relevan - impak • Membantu pihak pengurusan mendapat maklumat untuk buat keputusan terhadap perubahan sesuatu dasar dan penggubalan dasar baru, jadi asas mempertingkatkan perancangan strategik dan akauntabiliti. MHR/JANM

  50. LAPORAN PENGECUALIAN Laporan untuk menjelaskan petunjuk (kewangan/bukan kewangan) yang mana pencapaian input/ouputnya terkeluar dari tahap varian yang dipersetujui dalam Perjanjian Program MHR/JANM

More Related