590 likes | 1.15k Vues
APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI ( Multiple Intelligences) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. APAKAH KECERDASAN PELBAGAI. Multiple Intelligences. Mengikut Imam Al Ghazali. “ Setiap manusia ada kecerdasan( Intelligences) masing-masing
E N D
APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI (Multiple Intelligences) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
APAKAH KECERDASAN PELBAGAI Multiple Intelligences
Mengikut Imam Al Ghazali “Setiap manusia ada kecerdasan(Intelligences) masing-masing Kecerdasan yang ada pada manusia ibarat seperti benih di dalam pasir. Jika benih itu disiram dan dijaga dengan baik maka benih itu akan tumbuh dengan subur tetapi jika sebaliknya…..”
HOWARD GARDNER MASALAH DEFINISI ASAS “An intelligence is the ability to solveproblems, or to create products, that are valued within one or more cultural settings.” “Kecerdasan ialah kebolehan untuk menyelesaikanmasalah, atau menciptabarangan yang bernilai dalam lingkungan satu Atau lebih latar budaya.” BARANGAN FRAMES OF MIND
RUMUSAN DEFINISI (a)Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar ; (b)Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan ; dan (c)Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
abc + 123 - JENIS KECERDASAN PELBAGAI Verbal-Linguistik Naturalis Logik-Matematik 1 8 2 Intrapersonal Visual-Ruang KECERDASAN PELBAGAI 7 3 6 4 Interpersonal 5 Kinestetik Muzik
TKP boleh dipermudah seperti berikut : KATA ? KIRA ALAM ? ? POTENSI INDIVIDU SEPENUHNYA BADAN ORANG ? ? ? ? ? DIRI RUANG MUZIK tetapi bagaimana dengan pengisiannya ?
POTENSI IRAMA & LAGU DETIK RITMA NADA MELODI ORANG LAIN PERASAAN MOTIVASI KEHENDAK INTERAKSI BINAAN & POLA KONSEP ABSTRAK NOMBORAN SEBAB-AKIBAT CERMIN DIRI KESEDARAN KEPERCAYAAN BERFIKIR KENDIRIAN PENGGUNAAN & PENGUASAAN BAHASAFONOLOGI MORFOLOGI SINTAKSIS SEMANTIK PENGAMATAN FLORA & FAUNA MENGALAMI MENGECAM MENGKATEGORI MENGKLASIFIKASI BAHASA BADAN PERGERAKAN IMBANGAN KEPANTASAN KEANJALAN VISUALISASI IMAGINASI GAMBARAN GRAFIK GARISAN
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan MENGAPA Mempelbagai cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui P&P yang menyeronokkan Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam P&P
Bagaimana Melaksanakan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
abc + 123 - Soalan yang boleh membantu semasa menyediakan rancangan pelajaran VERBAL-LINGUISTIK Bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan? LOGIK-MATEMATIK Bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis? VISUAL-RUANG Bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik? MUZIK Bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?
Soalan yang boleh membantu semasa menyediakan rancangan pelajaran KINESTETIK Bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’? INTERPERSONAL Bagaimanakah saya boleh melibatkan murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan? INTRAPERSONAL Bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri? NATURALIS Bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?
abc + 123 - Di bawah adalah Contoh-contoh Pengintegrasian Unsur Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran VERBAL-LINGUISTIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi menggunakan bahasa lisan (pidato,ceramah,perbahasan) bacaan(buku, surat khabar, majalah) dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat) LOGIK-MATEMATIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis. VISUAL-RUANG Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi peta minda, garis ,visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang pengurusan grafik. MUZIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi penggunaaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.
Di bawah adalah Contoh-contoh Pengintegrasian Unsur Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran KINESTETIK Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’(latihan amali, penyiasatan,kajian luar) INTERPERSONAL Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang melibatkan murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran koporatif dan kolaboratif atau simulasi kumpulan, lawatan, amali, kerja lapangan. INTRAPERSONAL Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri(menulis journal, dairi, membuat refleksi, penilaian kendiri NATURALIS Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang melibatkan penggunaan flaura dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi ) ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, lawatan, amali, kerja lapangan
Di bawah adalah Contoh-contoh Pengintegrasian Unsur Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran SPRITUAL /KEROHANIAN Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti P & P yang merangkumi nilai-nilai positif tentang keagamaan/kerohanian iaitu berkaitan dengan kewujudan Tuhan, kewujudan diri atau sebarang aktiviti yang menjurus kepada pembentukan nilai-nilai positif dalam kehidupan.
Mengenal pasti Kekuatan Individu Kecerdasan Pelbagai dalam Satu titik permulaan ialah guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Maka guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyelah.
Daripada jawapan senarai semak, guru dapat mengetahui kekuatan diri di antara kecerdasan pelbagai 1 Bagaimana mengenal pasti Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adults) (Lampiran) Kekuatan Guru ? dalam Kecerdasan Pelbagai 2 LATIHAN Sila jawab senarai semak MICA. Bagi setiap kecerdasan, kira jumlah markah yang didapati mengikut panduan yang diberi. Menentukan kekuatan kecerdasan sendiri. Rujuk Jadual Kecerdasan Pelbagai (A) dan cari maklumat untuk memperluaskan idea pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain. Kecenderongan kecerdasan yang dominan mendorong guru memperoleh banyak idea untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 3 Contohnya, bagi seseorang guru yang lebih cenderung dalam kecerdasan logik-matematik dan kurang dalam kecerdasan visual-ruang, dia boleh merujuk kepada idea-idea mengenai aktiviti kecerdasan visual-ruang. 4 Guru boleh merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai (A) untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain
Bagaimana mengenal pasti Kekuatan Guru dalam ? Kecerdasan Pelbagai
LATIHAN Sila jawab senarai semak MICA. Bagi setiap kecerdasan, kira jumlah markah yang didapati mengikut panduan yang diberi. Menentukan kekuatan kecerdasan sendiri. Rujuk Jadual Kecerdasan Pelbagai (A) dan cari maklumat untuk memperluaskan idea pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.(tidak termasuk Naturalis)
Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adults)
Daripada jawapan senarai semak, guru dapat mengetahui kekuatan diri berdasarkan kecerdasan pelbagai
Kecenderongan kecerdasan yang dominan mendorong guru memperoleh banyak idea untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Guru boleh merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai (A) untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain
Contohnya, bagi seseorang guru yang lebih cenderung dalam kecerdasan logik-matematik dan kurang dalam kecerdasan visual-ruang, dia boleh merujuk kepada idea-idea mengenai aktiviti kecerdasan visual-ruang.
Bagaimana mengenal pasti Kekuatan Murid ? dalam Kecerdasan Pelbagai Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang Laporan prestasi murid Profil kecerdasan murid CARA
Setiap stesen mempunyai unsur kecerdasan tertentu seperti mengadakan flora dan fauna untuk stesen Naturalis Sudut diwujudkan mengikut tema atau kecerdasan secara bergilir untuk mengatasi kekangan ruang CONTOH: Stesen Tumpuan Intrapersonal Sudut yang jauh dari gangguan Murid boleh dibekalkan dengan plag-telinga supaya sunyi dan boleh membaca, menulis dalam dairi, berfikir dan berefleksi sendiri STESEN KECERDASAN
Hias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan Contohnya, murid yang cenderung kepada Verbal-Linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal CONTOH: Kecerdasan Logik-Matematik Gantungkan model bentuk atau formula di sekeliling bilik darjah Lekatkan contoh wang syiling dan kertas serta nama negeri / negara dan nilainya abc + 123 - PERHIASAN BILIK DARJAH
Membawa murid keluar dari bilik darjah supaya mereka dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan lawatan ke tempat kerja mereka CONTOH: Lawatan Muzik Membawa murid mendengar Orkestra Filharmonik dan mengadakan sesi perkongsian bersama orkestra Membawa murid ke studio rakaman dan melihat bagaimana rancangan radio atau cakera padat dirakamkan LAWATAN LUAR
SUMBER BILIK DARJAH Bagi setiap mata pelajaran, banyak sumber boleh digabungjalinkan dengan kecerdasan pelbagai murid bagi meningkatkan minat belajar murid
KINESTETIK Bola Payung Kit binaan Jam randik Gelung rotan Kit robotik INTERPERSONAL Biografi Kad main peranan Permainan papan (board games) Carta hari jadi SUMBER BILIK DARJAH
PROSES Guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan TKP merentasi kurikulum. Lima model dicadangkan berdasarkan kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar
SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidaklangsung JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik PROSES
PROSES JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan
PENILAIAN Guru boleh menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam TKP
PENILAIAN • BERMAKNA – mempunyai nilai kepada murid • BERKONTEKS – berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka • BERPADAN DENGAN KECERDASAN MURID – membenarkan masa untuk murid menghayati proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian
PENILAIAN • MEMBENARKAN PERKEMBANGAN KESEMUA KECERDASAN – melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian • DIGABUNGJALINKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN– murid belajar kerana ingin tahu dan digalakkan belajar dalam kumpulan • MENCERMINKAN KEPAKARAN MURID DALAM SESUATU KEMAHIRAN – perbandingan dibuat dengan hasil yang lepas murid itu sendiri
PENILAIAN Murid haruslah dibenarkan memainkan peranan yang aktif dalam proses penilaian dari segi penggubalan dan penilaian kendiri dan rakan sebaya
JENIS PENILAIAN Projek dan produk Persembahan, penyampaian dan demonstrasi Rakaman video, kaset dan penggambaran
JENIS PENILAIAN Laporan, folio, portfolio dan pameran Penyelesaian masalah dan eksperimen Berupaya membina soalan dengan tujuan dan objektif yang jelas serta berkebolehan mencari jawapan Pemerhatian di stesen-stesen kecerdasan
Melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya Manipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah Menyedari ritma, harmoni, kecanggungan untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya Mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya Membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya Menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya Visual-Ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal Naturalis Teori dalam Kecerdasan Pelbagai Strategi Penyelesaian Masalah
Peringkat III : Peningkatan Teori untuk Kecerdasan Pelbagai Memperluaskan Pemikiran Murid Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan Melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid
Logik-Matematik Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid Verbal-Linguistik Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan Visual-Ruang Murid melukis sesuatu dengan menggunakan stail, media atau bahan baru Kinestetik Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama Muzik Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar Interpersonal Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama atau tokoh sejarah Naturalis Murid mencari cara menggunakan bahan alam semula jadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa Intrapersonal Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri
Contoh Persediaan Mengajar Mata Pelajaran Sains yang Mengintegrasikan Kecerdasan Pelbagai
Objektif • Memperihalkan pelbagai kegunaan air dalam kehidupan harian. • Menerangkan maksud keterlarutan. • Menerangkan kepentingan air sebagai pelarut dalam kehidupan harian. • Menghargai kepentingan air yang bersih untuk kualiti hidup.
Nilai Murni dan Sikap • Mensyukuri kewujudan pelbagai sumber untuk keperluan hidupan • Menyedari pentingnya manusia mengamalkan tindakan yang bertanggungjawab bagi memastikan sumber air bersih demi kesejahteraan dan kemandirian hidup manusia.
Visual-Ruang Muzik Aktiviti Lanjutan Intrapersonal Interpersonal Naturalis