1 / 51

BAB 2:

BAB 2:. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun. Perang Dunia kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada 1945. Tanah Melayu telah dikuasai oleh PKM(MPAJA) selama 14 hari.

raja
Télécharger la présentation

BAB 2:

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 2: MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

  2. Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun • Perang Dunia kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada 1945. • Tanah Melayu telah dikuasai oleh PKM(MPAJA) selama 14 hari. • Dalam tempoh tersebut PKM melakukan pelbagai keganasan sehingga menimbulkan huru-hara dan menguasai beberapa balai polis. • MPAJA telah membunuh penduduk yang dianggap bekerjasama dengan Jepun atau menjadi tali barut Jepun. • British menubuhkan Britih Army(pentadbiran Tentera British/BMA) untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap British.

  3. Tentera MPAJA telah memerintah selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah

  4. Keganasan 14 hari • Sebaik sahaja Jepun meninggalkan Tanah Melayu, berlaku KEKOSONGAN POLITIK ( keadaan atau sesuatu masa dalam sesebuah negeri/negara tidak mempunyai pemerintah atau kerajaan) 2. PKM melalui MPAJA yang dikenali sebagai Bintang 3 telah mengambil peluang menguasai Tanah Melayu. 3. MPAJA telah menguasai: • Bandar dan daerah penting • Balai polis • Pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan Jepun 4. MPAJA juga telah melaksanakan: • Undang-undang sendiri • Hukuman ke atas sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun • Mengenakan cukai kepala, cukai harta dan cukai tanah yang tinggi

  5. 5. Keganasan yang dilakukan: • Menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun • Menghukum penduduk yang dikatakan menganiaya orang Cina semasa pendudukan Jepun • Merampas harta benda orang kampung • Membunuh sesiapa sahaja yang dianggap bersalah 6. Di Batu Pahat< PKM telah membunuh seorang penghulu yang dianggap bekerjasama dengan Jepun dan seorang pegawai daerah yang cuba berunding dengannya. 7. Di Jelebu Negeri Sembilan MPAJA telah mencemarkan masjid dan surau. 8. Di Sg. Manik dan Kampung Bakor, Perak , MPAJA membakar rumah penduduk pada waktu malam. 9. Keadaan ini menyebabkan berlaku KETEGANGAN KAUM kerana PKM terdiri daripada orang Cina dan penduduk kampung adalah orang Melayu.

  6. 10. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah bergabung tenaga menyerang orang Cina di Batu Pahat. 11. Walau bagaimanapun, Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn bin Jaafar berjaya menghalang pertumpahan darah yang dahsyat di bandar itu. 12. Ketegangan Kaum ini akhirnya berjaya diatasi oleh PENTADBIRAN TENTERA BRITISH (PTB/ MBA) Dato’ Onn bin Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat yang berjaya menghalang pertumpahan darah antara orang Cina dan orang Melayu di Batu Pahat.

  7. PENTADBIRAN TENTERA BRITISH (PTB) 1. PTB merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan pada September 1945. 2. PTB diketuai Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Sir Ralph Hone 3. Tujuan PTB ialah melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum pentadbiran awam diperkenalkan. 4. Antara kejayaan PTB ialah: • Menghapuskan penguasaan PKM selama 14 hari • Memujuk PKM dan MPAJA menyerahkan senjata • Mengawal dan menghentikan pergaduhan kaum • Mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang 5. Setelah berjaya mengamankan Tanah Melayu, British memperkenalkan pentadbiran MALAYAN UNION.

  8. 2.2 MALAYAN UNION • Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British. 2. Gabenor pertamanya ialah SIR EDWART GENT

  9. Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran British Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu Membentuk satu bangsa Malayan Union Menjamin terus penguasaan British TUJUAN MALAYAN UNION Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri Memastikan sumbanan golongan imigran Mewujudkan pentadbiran yang cekap & Seragam Mengukuhkan pertahanan British

  10. MU telah : • mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada TANAH JAJAHAN MAHKOTA • MEWUJUDKAN PENTADBIRAN BERSIFAT KESATUAN • Satu bentuk penjajahan secara mutlak oleh British

  11. CIRI-CIRI MALAYAN UNION • NNMB, NNMTB dan 2 Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka ) digabungkan menjadi satu unit politik. • Majlis eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk. • MU diketuai oleh Gabenor British yang dilantik menjadi Raja England • Kewarganegaraan secara jus soli berdasarkan tempat lahir seseorang • Raja-raja menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-raja Melayu) yang hanya membincangkan hal agama Islam dan adat istiadat Melayu • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir • Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union

  12. BENTUK PENTADBIRAN MALAYAN UNION PARLIMEN BRITISH GABENOR MALAYAN UNION MAJLIS EKSEKUTIF MAJLIS UNDANGAN MAJLIS MELAYU (Majlis Raja-Raja Melayu) PESURUHJAYA NEGERI-NEGERI

  13. REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

  14. Penentangan terhadap Malayan Union • SEBAB-SEBAB ORANG MELAYU MENENTANG MU: • Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu • Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu TANPA KUASA. • Raja-raja kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu • Pungutan zakat dilakukan oleh gabenor British • Tamadun orang Melayu terhakis • Tamadun Melayu yang dibina oleh Kerajaan Melayu seperti sistem beraja, bahasa Melayu dan tulisan jawi akan terhakis. • Ketuanan Melayu akan terhakis • Orang Melayu akan kehilangan tanah air. Bersambung…

  15. Penentangan terhadap Malayan Union Sambungan… • SEBAB-SEBAB ORANG MELAYU MENENTANG MU: • Kerakyatan yang terlalu liberal • Kerakyatan JUS SOLI AKAN MENGANCAM STATUS QUO Ornga Melayu sebagai pribumi. • Jumlah orang Melayu menjadi kecil kerana kemasukan imigran yang terlalu mudah mendapat kerakyatan • Membantah Tindakan Sir Harold MacMicheal • MacMicheal mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima MU. • Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri/penasihat baginda. Contoh – Sultan Perak.

  16. ORANG MELAYU YANG MENYOKONG MALAYAN UNION Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Barisan Tani Malaya (BATAS) • MENGAPA? • MU menyatukan pentadbiran Tanah Melayu • MU tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu • Menyokong kerakyatan terbuka • Penyatuan Pentadbiran agama Islam bagi seluruh T.Melayu • Percaya janji British untuk memerdekakan Tanah Melayu

  17. PARTI LAIN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION

  18. INDIVIDU • MELALUI AKHBAR • SECARA KOLEKTIF CARA PENENTANGAN : • PENENTANGAN SECARA INDIVIDU: • 23 Januari 1946, Dato’ Onn menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan KONGRES dan menubuhkan UNITED MALAYS ORGANIZATION (U.M.O) sebagai perubuhan menentang MU • Raja-raja Melayu membantah MU. Contoh: Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Tanah jajahan. • Orang melayu mendapat sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti: • Frank Sweetenham • R.O Winstedt menulis dalam akhbar • Sir Frederick Weld “The Times’ di London • Sir Cecil Clementi Smith

  19. PENENTANGAN MELALUI AKHBAR: • Akhbar yang digunakan ialah: • a) MAJLIS - akhbar yang mula-mula menyuarakan • penentangan • b) UTUSAN MELAYU – menyeru Raja-raja Melayu • memikirkan kesannya jika MU tidak ditentang • c) WARTA NEGARA – memuatkan berita yang menggesa • orang Melayu supaya menentang MU.

  20. LANGKAH KOLEKTIF ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION Bersambung….

  21. Sokongan terhadap Dato Onn amat kuat dalam usaha menentang Malayan Union

  22. LANGKAH KOLEKTIF ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION ….sambungan

  23. LANGKAH KOLEKTIF ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION ….sambungan

  24. LANGKAH KOLEKTIF ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION ….sambungan

  25. LANGKAH KOLEKTIF ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION ….sambungan

  26. PENUBUHAN UMNO

  27. BAHAGIAN A STRUKTUR

  28. PENUBUHAN UMNO • Diputuskan dalam Kongrs Melayu yang diadakan pada 1946 di Kuala Lumpur. • 11 Mei 1946 d Istana Besar Johor Bahru , sebanyak 29 persatuan telah menandatangani penubuhan UMNO. • Yang Dipertua pertama UMNO ialah Dato’ Onn bin Jaafar.

  29. TUJUAN PENUBUHAN UMNO Wadah perjuangan orang Melayu untuk memperkasa kemajuan bangsa Tujuannya berubah mengikut keperluan masa.

  30. TUJUAN PENUBUHAN UMNO

  31. DATO ONN BIN JAAFAR • Pengasas UMNO • Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England. • Pernah menjawat Pegawai Tadbir Johor dan wartawan terkenal sebelum mengasaskan UMNO. • Dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada 1946 kerana keupayaannya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa berlakunya pergaduhan kaum yang hebat. • Orang pertama menyeru Kaum Melayu bersatu pada secara berorganisasi di peringkat nasional. • Mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik kebangsaan menentang MU • Dengan kerjasama pemimpin Melayu lain, Kongres Melayu diadakan di Kuala Lumpur pada 1946.

  32. DATO ONN BIN JAAFAR • Sumbangan terbesarnya ialah menyatupadukan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan menumbangkan UMNO. • Beliau menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada British tentang bantahan orang Melayu terhadap MU. • Beliau turut memujuk raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edwart Gent sebagai gabenor MU. • Beliau menjadi AJK menggubal Perlembagaan UMNO pada 1949. • Beliau telah mengambil beberapa perlembagaan parti yang terkenal dari luar negara untuk dijadikan panduan. • Dengan perlembagaan pertama itu, UMNO menjadi sebuah parti politik yang sepenuhnya.

  33. DATO ‘ PANGLIMA BUKIT GANTANG • Setiausaha Agung UMNO yang pertama • Nama sebenarnya ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. • Beliau mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh Perak dan Inner Temple, England. • Apabila MU ditubuhkan, beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu untuk menumbangkan MU. • Menjadi ketua bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 -1953

  34. DATO ‘ NIK AHMED KAMIL • AJK UMNO pusat dan Ketua UMNO Kelantan. • Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam. Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar • Melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, london, England dan menjadi peguam yang bertauliah. • Pernah menjadi setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada 1948 - 1955

  35. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA) • Intelektual Melayu yang terlibat dalam KOngres Melayu pada 1946. • Dato’ Onn meminta beliau meneruskan persidangan kongres tersebut • Mencadangkan supaya diletakkan perkataan “Kebangsaan” ke dalam UMO menjadi UMNO

  36. PERJUANGAN & PERKEMBANGAN UMNO

  37. Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu Menumbangkan MU Menghapuskan semangat kenegerian dan kedaerahan orang Melayu Memajukan pendidikan orang Melayu PERJUANGAN UMNO Mewujudkan parti politik bercorak kebangsaan Memperjuangkan ketuanan Melayu

  38. UMNO parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung • Beberapa msyuarat diadakan di bandar-bandar besar seperti: • Jun 1946 – di Ipoh, Perak • 1947 - di Kota Bharu, Kelantan • Biasanya mesyuarat dirasmikan oleh Sultan tempat itu diadakan. • Kerjasama antara sultan dan raja-raja bagi menegakkan kedaulatan bangsa mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu. • Piagam UMNO dibentuk pada 1946 sebagai panduan untuk UMNO bergerak • 1949, Perlembgaan UMNO yang pertama diluluskan dan UMNO menjadi sebuah parti politik yang kukuh.

  39. Keris juga melambangkan tamadun Melayu • Semua yang terkandung dalam dalam bendera mewakili kepentingan UMNO yang menjadi dasar perjuangan UMNO • Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang pada 27 Julai 1947 • UMNO adalah hasil perpaduan orang Melayu menentang MU. • Pemimpin UMNO daripada golongan cerdik pandai telah membolehkan UMNO bergerak secara sistematik dan mengikut lunas perlembagaannya.

  40. PENUBUHAN PERSEKUTUAUN TANAH MELAYU 1948

  41. RUNDINGAN KE ARAH PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU • BANTAHAN TERHADAP MALAYAN UNION • Pertemuan Raja-Raja Melayu dengan pihak British di Kuala Kangsar pada Mei 1946 membolehkan raja-raja Melayu menyampaikan pandangan mereka menolak MU. • Rundingan dibuat antara British dengan UMNO pada Jun 1946 di Pulau Pinang. • Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak MU menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi dengan raja-raja Melayu dan UMNO. • Hasilnya raja-raja Melayu dan UMNO telah menyerahkan satu memorandum untuk menyampaikan bantahan terhadap MU secara rasmi kepada British.

  42. RUNDINGAN KE ARAH PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU • 2 Julai 1946, Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan yang dianggotai pegawai kanan Britsh, wakil raja-raja Melayu dan wakil UMNO. • Perbincangan telah diadakan beberapa kali di King’s House, kuala Lumpur.

  43. TUNTUTAN DALAM PERBINCANGAN DI KING’S HOUSE • Raja-raja dan orang Melayu menolak semua prinsip dan struktur MU • Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung • Mereka menolak kerakyatan Jus soli • Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula • Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu

  44. RUNDINGAN KE ARAH PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU • British setuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana : • tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan • British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu • Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British • Sikap pemimpin UMNO yang entiasa menggunakan rundingan untuk menyelesaikan sesuatu isu • British ingin menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh PBB. • Rundingan tersebut berakhir dengan termetrai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948. • Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948.

  45. CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU • Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan. • Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Melayu • Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu dan diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British • Syarat kerakyatan diperketatkan • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri (Semua negeri Melayu kecuali Singapura) • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan. Beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.

  46. PERBEZAAN ANTARA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN MU

  47. PERBEZAAN ANTARA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN MU

  48. PERBEZAAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN M.U.

  49. PERBEZAAN KERAKYATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN M.U.

More Related