1 / 18

Taksonomi Pelaburan Awam

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN. Kuliah 2. Taksonomi Pelaburan Awam. Pengenalan. Projek pelaburan awam dilaksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya Rancangan Malaysia Pertama (RMP) bertujuan untuk:

robbin
Télécharger la présentation

Taksonomi Pelaburan Awam

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN Kuliah 2 Taksonomi Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  2. Pengenalan • Projek pelaburan awam dilaksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. • Misalnya Rancangan Malaysia Pertama (RMP) bertujuan untuk: • mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, • mengurangkan pengangguran dan • menyamaratakan agihan pendapatan dan kekayaan. • Matlamat-matlamat ini berubah mengikut rancangan Malaysia. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  3. Pelaburan Awam Langsung dan Tak Langsung • Pelaburan langsung ialah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam. • Contoh: pembinaan hospital dan klinik. • Pelaburan tak langsung melibatkan aktiviti pelaburan kerajaan secara tak langsung samada melalui pelaburan ekuiti atau fizikal. Penyertaan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti pelaburan adalah melalui syarikat-syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan tertentu. • Contoh: Khazanah Nasional, Petrolium Nasional (PETRONAS) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  4. Tren Pelaburan Awam Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  5. Ciri-Ciri Pelaburan Awam • Saiz Pelaburan. • Pembiayaan dan peruntukan yang tinggi. • Pulangan dan faedah. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  6. Saiz Pelaburan • Kebanyakan projek pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berskala besar kerana skop penggunaan adalah luas. • Oleh kerana pelaburan awam berskala besar, maka kerajaan yang menyediakan projek ini dianggap sebagai monopoli. • Contoh: projek penyediaan tenaga elektrik dipertanggungjawabkan kepada Tenaga Nasional. Tenaga Nasional dapat menghasilkan tenaga elektrik dalam jumlah yang besar. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  7. Saiz Pelaburan • Skala pengeluaran yang besar membolehkan kerajaan mengenakan caj yang rendah kepada pengguna. • Skala pengeluaran dalam pelaburan swasta ditentukan oleh mekanisma pasaran iaitu berasaskan kepada interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap sesuatu produk. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  8. Pembiayaan dan Peruntukan • Kebanyakan projek-projek awam memerlukan jumlah pelaburan yang besar. • Kos ini tidak mampu dibiayai oleh sebuah firma. • Komitmen terhadap pembiayaan tersebut melibatkan tempoh yang lama. • Contoh: pembinaan universiti Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  9. Pulangan dan Faedah • Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan mengambil masa yang lama untuk memberi apa-apa hasil. • Faedah daripada projek pelaburan awam akan mengalir beberapa tahun sehinggalah projek tersebut ditamatkan atau diberhentikan. • Dua jenis faedah pelaburan awam: • faedah nampak (tangible benefit) dan • faedah tak nampak (intangible benefit). Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  10. Pulangan dan Faedah • Faedah nampak ialah sebarang faedah yang terhasil daripada projek pelaburan dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. • Faedah tak nampak merupakan semua bentuk faedah yang tidak dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai dalam bentuk bukan kewangan. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  11. Jenis-Jenis Pelaburan Awam • Pelaburan baru. • Pelaburan penggantian. • Pelaburan pembesaran • Pelaburan penambahan Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  12. Pelaburan Baru • Pelaburan awam untuk projek baru ialah perbelanjaan kerajaan bagi membina dan mewujudkan sesuatu yang baru iaitu belum diwujudkan sebelumnya. • Contoh:Projek rel berkembar, projek jambatan Pulau Pinang yang pertama dan kedua merupakan dua contoh projek baru kerajaan. Projek-projek pelaburan yang dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga merupakan kategori projek baru. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  13. Pelaburan Penggantian • Pelaburan awam yang dikelaskan sebagai projek penggantian adalah projek yang dijalankan oleh kerajaan bagi menggantikan projek yang sedia ada. • Antara faktor yang menyebabkan berlaku projek penggantian adalah keselamatan, ketakcekapan projek sedia ada disebabkan saiz dan teknologi yang ketinggalan zaman, kos penyelenggaraan yang meningkat, lokasi yang tidak strategik dan keperluan masa. • Contoh: Pembinaan sekolah baru di tapak sekolah lama merupakan projek penggantian apabila sekolah lama dirobohkan. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  14. Pelaburan Pembesaran • Projek pelaburan awam bagi jenis pembesaran melibatkan usaha kerajaan untuk meningkatkan dan memperluaskan keupayaan projek yang sedia ada melalui proses pengubahsuaian. • Keluasan sebuah universti dipertingkatkan untuk membolehkan pihak universiti menambahkan bangunan yang sedia ada disebabkan keperluan dan permintaan terhadap pendidikan tinggi meningkat. • Jalan raya dua lorong ditambah menjadi empat lorong dan projek menaiktaraf Tambak Johor merupakan contoh pelaburan awam dalam kategori pembesaran. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  15. Pelaburan Penambahan • Projek pelaburan awam dalam kategori penambahan ialah sebarang bentuk projek yang dibangun dan dibina bagi memberi tambahan kepada projek yang sedia ada. • Bilangan universiti ditambah merupakan projek tambahan universiti. • Pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua merupakan projek penambahan. • Sepertimana projek pembesaran, projek penambahan ini juga akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan sesuatu projek untuk kegunaan masyarakat. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  16. Perbelanjaan Pelaburan • Perbelanjaan modal atau perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan yang diperuntukkan untuk tujuan perlaksanaan pelaburan langsung kerajaan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. • Perbelanjaan semasa atau perbelanjaan bukan pembangunan adalah perbelanjaan bagi semua kategori perbelanjaan untuk tujuan pentadbiran dan pertahanan. Tujuan perbelanjaan ini untuk meneruskan aliran barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  17. Perbelanjaan Pelaburan Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

  18. Jenis-Jenis Perbelanjaan Pelaburan • Sektor keselamatan • Sektor perkhidmatan sosial • Sektor perkhidmatan ekonomi Pengajian Luar Kampus,UUM 2008/2009

More Related