170 likes | 375 Vues
Strategi Penggunaan TVP. Bahan TVP dapat digunakan dalam dua cara : ‘On- Air’ - secara langsung ‘Off-Air’ - rakaman TIGA KAEDAH PENGGUNAAN Bahan ‘Set Induksi’ (bahan peransang) Bahan isi pelajaran sebenar Bahan Pengukuhan dan pengayaan. Bahan Rujukan. Jadual Siaran TVP Tajuk
E N D
Strategi Penggunaan TVP • Bahan TVP dapat digunakan dalam dua cara : • ‘On- Air’ - secara langsung • ‘Off-Air’ - rakaman TIGA KAEDAH PENGGUNAAN • Bahan ‘Set Induksi’ (bahan peransang) • Bahan isi pelajaran sebenar • Bahan Pengukuhan dan pengayaan
Bahan Rujukan • Jadual Siaran TVP Tajuk Sinopsis • Nota Guru
Tiga Peringkat Aktiviti P & P menggunakan TV Pendidikan 3 S : • Aktiviti Sebelum menonton • Aktiviti Semasa menonton • Aktiviti Selepas menonton
Aktiviti Sebelum Menonton Persediaan Guru • Kenalpasti rancangan sesuai berdasarkan tajuk • Rujuk sinopsis, nota guru atau pra-tonton rancangan untuk mengetahui isi kandungan & tahap kemahiran yang disampaikan • Kenalpasti hubungkait rancangan tersebut dengan Sukatan Pelajaran dan objektif P & P • Sediakan rancangan pengajaran • Sediakan aktiviti yang sesuai
Aktiviti Sebelum Menonton Persediaan Murid • Mengetahui tujuan rancangan yang akan ditonton • Bersedia dengan pengetahuan dan pengalaman lalu yang relevan dengan tajuk yang akan diajar • Bermotivasi dan bersedia untuk melibatkan diri dalam proses P & P • Mempunyai kemahiran P & P dan Kemahiran berfikir yang diperlukan berdasarkan tajuk yang akan diikuti
Aktiviti Semasa Menonton • Guru & pelajar menumpukan sepenuh perhatian pada rancangan yang ditonton • Pelajar mencatat isi-isi penting atau apa-apa aktiviti yang telah diarahkan oleh guru
Aktiviti Selepas Menonton • Berbincang tentang soalan-soalan yang dikemukakan dalam rancangan • Menjawab lembaran kerja yang disediakan oleh guru • Menjalankan latihan pengukuhan dan pengayaan seperti menyiapkan buku skrap, projek dan sebagainya
Teknik-Teknik Penggunaan TVP (Video Pendidikan) • Pemahaman Mendengar (Close/Listening Comprehension) • Pelajar diberi skrip pencerita atau perbualan dengan beberapa perkataan ditiadakan(kosong) • Pelajar mengisi tempat kosong • Pelajar menjawab soalan kefahaman
2. Tayangan Senyap (Silent Viewing) • Audio ditutup • Pelajar menonton visual yang terdapat pada skrin • Pelajar meneka apa yang diperkatakan • Sukar memberi perkatan yang tepat tetapi pelajar sepatutnya boleh memberitahu beberapa frasa dan kata kunci
3. Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing) • Secara berpasangan setiap pelajar duduk belakang membelakangi • Seorang menghadap TV manakala pasangan ke arah sebaliknya • Beberapa soalan spesifik diberikan kepada pelajar yang tidak menghadap TV. • Pelajar yang menonton TV perlu memberi jawapan • Pasangan yang menjawab paling tepat akan menang
4. Tayang bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary) • Secara berpasangan dengan duduk belakang membelakangi • Guru menayangkan TV dengan audio ditutup • Pelajar yang menghadap skrin TV memberi komentar secara langsung apa yang berlaku • Pasangan akan mendengar dan mengingati apa yang dikomentarkan • Pasangan akan menjawab soalan berdasarkan sekuen selepas aktiviti selesai
5. Pencarian Harta Karun Video (Video Treasure Hunt) • Skrin TV digelapkan • Berdasarkan perbualan, komentar dan kesan bunyi yang boleh didengar, pelajar diminta menerangkan aksi, watak , emosi, objek dan sebagainya yang mereka rasa ada ditayangkan
6. Ramalan (Prediction) • Ramalan boleh melibatkan semua apa yang akan berlaku seterusnya atau apa yang dikatakan seterusnya • Pelajar menonton sekuen yang diberhentikan secara tiba-tiba agar dapat mencungkil respon lisan atau tulisan apa yang akan berlaku seterusnya • Persembahan hasil respon dan perbincangan diikuti kemudian • Pelajar kemudian akan dipertontonkan jalan cerita sebenar
7. Ramalan Sebelum (Reverse Prediction) • Pelajar ditunjukkan bahagian akhir atau penamat dalam sekuen video yang pendek • Pelajar diminta memberi keterangan lisan atau bertulis apa yang membawa kepada pengakhiran yang sedemikian • Pelajar mempersembahkan versi mereka • Perbincangan diadakan sebelum keseluruhan video ditayang semula dari mula hingga akhir
8. Urutan (sequencing) • Pelajar diberikan skrip video bertulis yang telah dicampur-adukkan. • Mereka diminta menyusun skrip dalam urutan yang betul • Aktiviti ini paling sesuai untuk video yang sekuennya menerangkan tentang proses
Kebaikan Penggunaan Teknik Video /TV Pendidikan Guru dapat … • Memberi kesempatan kepada pelajar menggunakan pelbagai pancaindera spt; penglihatan, pendengaran dan persaan • Membezakan tahap emosi pelajar • Melahirkan pelajar yang kreatif • Memberikan pengetahuan dan situasi baru kepada pelajar • Memberi peluang pelajar mempelajari sesuatu melalui pelbagai teknik • Menarik perhatian pelajar dan mengurangkan rasa bosan
Sekian Terima Kasih