1 / 36

GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 1: KEDUDUKAN

Antony
Télécharger la présentation

GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 1: KEDUDUKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 1: KEDUDUKAN Pengenalan Garisan bayangan pada permukaan bumi dicipta oleh manusiauntuk memudahkan mereka yang menggunakan peta dan atlas untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Garisan bayangan ini ialah garis lintang(latitud),iaitu garisan yang dilukis secara mendatar dan garis bujur(longitud),iaitu garisan yang dilukis secara menegak.

    2. Latitud Garis lintang juga dikenali sebagai latitud. Latitud dilukis secara melintang di atas glob dan peta dari timur ke barat. Garis-garis lintang ini mengelilingi glob dan selari antara satu sama lain. Garis lintang yang terpanjang ialah Khatulistiwa(0º). Garisan Khatuistiwa membahagikan bumi kepada dua hemisfera,iaitu: a. Hemisfera Utara b. Hemisfera Selatan

    3. LATITUD Kutub Utara (90ºU) Garisan Artik(66 1/2ºU) Garisan Sartan(23 1/2ºU) Garisan Khatulistiwa(0 º) Garisan Jadi(23 1/2 ºS) Garisan Antartik(66 1/2 ºS) Kutub Selatan (90ºS)

    4. Longitud Longitud 0 º dilukis melalui Greenwich dekat London. Longitud ini dikenali sebagai Garisan Meridian Pangkal (GMP) Logitud-longitud di timur GMP ini diberi nilai 1 º T sehingga 180 º T. Longitud-longitud dibarat GMP diberi nilai 1 º B hingga 180 º B. Longitud 180 º B bertindih dengan dengan 180 º T. Longitud ini dikenali sbagai Garisan Tarikh Antarabangsa(GTA). GTA menandakan perubahan tarikh diantara zon waktu barat dengan zon waktu timur

    5. LONGITUD

    6. GARISAN TARIKH ANTARABANGSA

    7. Kedudukan Sesuatu Tempat Berdasarkan Latitud dan Longitud. Kedudukan sesuatu tempat ditentukan berpandukan titik persilangan antara latitud dan longitud. Semasa memberi kedudukan sesuatu tempat, latitud disebut dahulu sebelum longitud dinyatakan. Kedudukan sesuatu tempat boleh ditentukan secara tepat dengan menyatakan latitud dan longitud dalam darjah(º) dan minit (`).Maklumat ini boleh didapati dalam indeks atlas seperti berikut: Indeks Atlas Kuching,Malaysia 36 B1 1.32º U 110.21º T muka surat koordinat latitud longitud Daripada Kuching terletak pada latitud 1º32’U, dan longitud 110 º21’T.

    10. Mengenal Waktu Tempatan, Zon Waktu dan Waktu Piawai 1.Bumi kita berputar dari Barat ke Timur. Bumi melengkapkan satu putaran dalam masa 24 jam. Oleh itu, bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu. 2. Waktu Tempatan – waktu sesuatu tempat yang dikira berdasarkan perbezaan longitud antara tempat itu dengan tempat lain. 3.Zon Waktu – bahagian waktu berdasarkan longitud 15º. Setiap 15º bersamaan satu jam atau mewakili satu zon waktu.

    11. ZON-ZON WAKTU PIAWAI

    12. Mengira Waktu tempatan Berdasarkan Longitud Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran sebanyak 360º. Ini bererti bumi bergerak 15ºsetiap jam, atau 1º setiap 4 minit, mengikut kiraan seperti di bawah: Bumimengambil masa: 24 jam untuk melengkapkan 360º Untuk 1 jam bumi berputar: 360º ÷ 24 = 15º atau (60 minit ÷ 15) = 4 minit untuk bumi berputar 1º

    13. Dengan merujuk kepada longitud, kita boleh mengira waktu tempatan berdasarkan Waktu Min Greenwich. Sebagai contoh, waktu di London ialah 10.00 pagi. Apakah waktu tempatan di Kuala Lumpur? Untuk mengira waktu tempatan, ikut langkah-langkah berikut: Langkah 1 Mencari perbezaan longitud antara Kuala Lumpur dengan London. 102º - 0º = 102º Langkah 2 Mencari perbezaan waktu antara Kuala Lumpur dengan London. 102º × 4 minit = 408 minit = 408 ÷ 60 = 6 jam 48 minit

    14. Langkah 3 Oleh sebab Kuala lumpur terletak di sebelah timur London, waktu tempatan di Kuala Lumpur ialah: 10.00 pagi + 6 jam 48 minit = 4.48 petang 0º 102ºT London Kuala Lumpur 10.00 pagi Barat Timur waktu (+)

    15. Jika sebuah bandar itu treletak di sebelah Barat London, perbezaan waktu itu akan ditolak daripada waktu di London. Waktu tempatan di Miami jika waktu di London ialah 10.00 pagi ialah: Langkah 1 Mencari perbezaan longitud antara Miami dengan London. 81º - 0º = 81º Langkah 2 Mencari perbezaan waktu antara Miami dan London. 81º × 4 minit = 324 minit = 324 ÷ 60 = 5 jam 24 minit

    16. Langkah 3 Oleh sebab Miami terletak di barat London, waktu tempatan di Miami ialah: 10.00 pagi – 5 jam 24 minit = 4.36 pagi 81ºB 0º London Miami Barat Timur waktu (-)

    17. Waktu tempatan di Sydney, jika waktu di Kuala Lumpur ialah 5.00 petang. Langkah 1 Mencari perbezaan longitud antara Sydney dengan Kuala Lumpur. 151º - 102º = 49º Langkah 2 Mencari perbezaan waktu antara Sydney dengan Kuala Lumpur. 49º × 4 minit = 196 minit = 196 ÷ 60 = 3 jam 16 minit

    18. Langkah 3 Oleh sebab Sydney terletak di sebelah timur Kuala Lumpur, waktu tempatan di Sydney ialah: 5.00 petang + 3 jam 16 minit = 8.16 malam 102ºT 151ºT Kuala Lumpur Sydney Barat Timur waktu (+)

    19. BAB 2: ARAH Menyatakan Bearing Sudutan Arah sesuatu tempat boleh ditunjukkan berdasarkan bearing. Bearing merujuk kepada arah sesuatu objek atau tempat dari titik rujukan dalam nilai (º). Ukuran sudut bearing dikira mengikut arah pusingan jam dari utara (º) dengan menggunakan jangka sudut. Ukuran sudut bearing ini dikenali sebagai bearing sudutan. Titik rujukan ialah objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan arah objek atau tempt lain.

    20. Berdasarkan rajah disebelah,Kota Kinabalu digunakan sebagai titik rujukan. Garisan yang mewakili arah utara (º) dan garisan yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Keningau membentuk satu sudut. Sudut ini dikira mengikut arah pusingan jam, iaitu 170º. Ini bererti bahawa bearing Keningau dari Kota Kinabalu ialah 170º.

    21. Mengukur Bearing Sudutan Mengukur Bearing Sudutan Yang Kurang Daripada 180º Untuk mengukur bearing sudutan B dari titik A, ikut langkah-langkah yang berikut. Langkah 1 Lukis garisan lurus dari titik A ke titik B. Langkah 2 Lukis garisan lurus utara – selatan di titik rujukan A Langkah 3 Letakkan jangka sudut tepat digarisan utara – selatan. Pastikan titik tengah sudut bertindih dengan titik A. Langkah 4 Ukur sudut mengikut arah pusingan jam. Bacaan pada jangka sudut ialah 153º. Oleh itu, bearing sudutan B dari titik A ialah 153º.

    22.

    23. Mengukur Bearing Sudutan Yang Lebih Daripada 180º Untuk mengukur bearing sudutan X dari titik Y, ikut langkah-langkah yang berikut. Langkah 1 Lukis garisan lurus dari titik X ke titik Y. Langkah 2 Lukis garisan lurus utara – selatan di titik rujukan Y. Langkah 3 Letakkan jangka sudut tepat digarisan utara – selatan. Pastikan titik tengah sudut bertindih dengan titik Y. Langkah 4 Bagi mengukur sudut yang melebihi 180º, jangka sudut diletakkan di sebelah kiri titik Y.

    24. Langkah 5 Dari garisan utara – selatan, ukur sudut XYS, iaitu sudut yang ditandakan Z. Sudut Z ialah 30º. Langkah 6 Untuk memperoleh bearing sudutan X dari titik Y, campurkan 180º dengan 30º iaitu 180º + 30º = 210º Didapati bearing sudutan X dari titik Y ialah 210º.

    26. UJI MINDA

    27. Soalan 1 dan 2 berdasarkan rajah di atas. Kedudukan Baghdad pada peta di atas ialah A 35ºU 43ºT B 25ºU 68ºT C 6ºU 78ºT D 22ºU 91ºT Bandar manakah yang terletak pada kedudukan 8ºU 104ºT? A Palembang B Bangkok C Kuala Lumpur D Colombo

    28. Soalan 3 dan 4 berdasarkan rajah di atas. 3. Berdasarkan rajah di sebelah yang manakah merupakan lokasibandar P? A 70ºU 70ºT C 70ºU 35ºB B 70ºU 65ºT D 70ºU 65ºB

    29. 4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan kedudukan bandar Q. A 0º 65ºS B 65ºS 35ºT C 65ºS 35ºB D 35ºT 65ºS 5. Berapakah zon waktu piawai yang terdapat di bumi? A 20 C 30 B 24 D 36 6. Bearing merujuk kepada A lokasi mutlak sesuatu tempat B ukuran jarak relatif dua titik C arah tiupan mata angin utama D arah sesuatu titik dari titik rujukan

    30. 7. Encik Tan sedang memandu mengikut bearing 45º. Kemudian dia membelok 45º kiri. Apakah arah baru yang dituj oleh Encik Tan? A Barat C Barat Laut B Timur D Barat Daya Soalan 8 dan 9 berdasarkan rajah di sebelah.

    31. 8. Antara longitud berikut, titik manakah terletak pada longitud 30ºT A E C G B G D H 9. Apakah kedudukan longitud H? A 45ºB C 30ºT B 0º D 60ºT 10. Garisan bujur utama yang dijadikan rujukan pengiraan waktu ialah A Latitud C Garisan Meridian Greenwich B Longitud D Garisan Tarikh Antarabangsa 11. Garisan Tarikh Antarabangsa

    32. Bandar N terletak di A Hemisfera Utara B Hemisfera Selatan C Barat Garisan Tarikh Antarabangsa D Timur Garisan Tarikh Antarabangsa 12. Cari waktu dan tarikh di W (60ºB) jika waktu tempatan di M(30ºT) ialah 2.00 pagi 6 September. A 8.00 malam, 5 September B 8.00 pagi, 5 September C 12 malam, 6 September D 8.00 pagi, 6 September

    33. Soalan 13 hingga 15 berdasarkan peta di atas. 13. Sungai Kuala mengalir ke arah A barat C barat daya B timur D timur laut

    34. 14. Apakah bearing simpang jalan Kg. Sawah dari Bukit Piatu? A 85º C 230º B 110º D 295º 15. Bearing Bt. Piatu dari sekolah A 45º C 280º B 217º D 315º 16. Pilih pernyataan yang benar. i. Semua garisan latitud ialah selari dan tidak sama panjang ii. Semua garisan longitud adalah sama panjang iii. Kedudukan sesuatu tempat ditentukan oleh persilangan garisan longitud dan latitud iv. Garisan Meridian Greenwich ialah Garisan Tarikh Antarabangsa A i, ii dan iii C i, ii dan iv B i, ii dan iv D ii, iii dan iv

    35. 17. Alatan yang digunakan untuk mencari bearing ialah A jangka tolok C jangka lukis B jangka suhu D jangka sudut 18. Diukur ikut arah pusingan jam dari utara dengan jangka sudut Maklumat di atas dikaitkan dengan bearing A kompas C magnet B sudutan D sukuan 19. Pilih susunan langkah-langkah mengira waktu tempatan antara dua tempat dalam turutan yang betul. i. Cari perbezaan longitud ii. Mengira waktu sebenar iii.cari perbezaan waktu A i ii iii C i iii ii B iii i ii D ii iii i

    36. 20. Garisan latitud yang membahagikan dunia kepada dua hemisfera ialah A Garisan Jadi C Garisan Antartika B Garisan Sartan D Garisan Khatulistiwa TAMAT

More Related