190 likes | 982 Vues
BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM & PERKEMBANGANNYA DI MEKAH MASYARAKAT ARAB JAHILIAH. A] Mengapakah zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan? [ Ruj: buku teks sejarah ting. Empat ms 100]. Masyarakat tidak menerima kebenaran Tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya
E N D
BAB 4KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM & PERKEMBANGANNYA DI MEKAHMASYARAKAT ARAB JAHILIAH
A] Mengapakah zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan?[ Ruj: buku teks sejarah ting. Empat ms 100] • Masyarakat tidak menerima kebenaran • Tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya • Tidak menyembah Allah / Menyembah berhala • Mempercayai animisme • Kehidupan masyarakat kucar-kacir • Tiada nabi / Kitab suci sebagai petunjuk • Akhlak yang rendah.
B] Senaraikan ciri-ciri kehidupan sosial masyarakat arab Jahiliah.[ Ruj : Buku Teks Sejarah Ting. Empat ms. 101] • Berjudi, minum arak dan berzina • Merendahkan martabat wanita • Menafikan hak wanita dalam mewarisi harta • Menanam bayi perempuan • Tiada peraturan permainan
C] Nyatakan kegiatan yang menjadi sumber ekonomi masyarakat arab Jahiliah.[ Ruj ; buku teks sejarah ting. Empat ms. 100-101] • Perniagaan yg berasaskan riba dan penindasan • Sikap mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata • Merompak dan merampas barangan • Mengeksploitasi golongan miskin
D] Sebutkan bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah.[ Ruj : buku teks sejarah ting. Empat ms. 101] • Wathani / menyembah berhala • Animisme / memuja alam • Samawi / kristian dan yahudi • Kepercayaan menilik nasib / sihir / mempercayai roh org mati • Agama Hanif • Campuran agama Hanif dengan agama tradisi.
SISTEM KABILAHA] Apakah ciri- ciri Sistem Kabilah ?[ Ruj : Buku teks ting. Empat ms. 101] • Hidup berpuak-puak • Berkelompok • Ahlinya terdiri daripada suku tertentu • Tinggal dalam sebuah kawasan • Setiap kabilah mempunyai identiti sendiri • Mempunyai peraturan sendiri • Ahlinya fanatik terhadap kabilah masing-masing • Diketuai oleh seorang Sheikh.
B] Nyatakan syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi Sheikh kabilah.[ ruj : buku teks ting. Empat ms. 101] • Disukai oleh ahli kabilah • Dilantik atas persetujuan ramai • Berfikiran matang • Gagah • Berani • Pandai berpidato
C] Senaraikan kesan-kesan negatif amalan Sistem Kabilah.[ Ruj ; buku teks sejarah ting. Empat ms. 101-102] • Hidup berasaskan puak • Taksub dan fanatik terhadap kabilah • Semangat kesukuan yang melampau • Peperangan dan persengketaan dalam masyarakat • Struktur sistem yang berasaskan keturunan • Terlalu terikat pada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah. • Sanggup menuntut bela untuk mempertahankan maruah kabilah.
D] Mengapakah wujudnya semangat kesukuan dikalangan ahli kabilah ?[ Ruj : buku teks sejarah ting. Empat ms. 101-102] • Suasana geografi yang panas dan kering • Masalah diatasi secara bersama untuk meneruskan kehidupan • Struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan • Tinggal dalam kelompok • Terikat dengan peraturan yang ditetapkan • Ahli kabilah terdiri daripada suku yang sama
KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.Wa] Apakah kepentingan surah al-Alaq ayat 1-5 kpd umat islam?[ Ruj : buku teks sejarah tingkatan empat ms. 107-108] • Memerintahkan umat islam membaca • Menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat • Melalu pembacaan , seseorang akan mendapat ilmu • Menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara • Melalui pembacaan dan kajian sesuatu bangsa dapat sesuatu bangsa dapat mencapai kejayaan • Pembacaan dan kajian dapat meningkatkan tamadun • Ilmu yang dituntut ialah i;lmuyang dapat membina masyarakat.
B] Mengapakah amalan membaca sangat dituntut dalam islam?[ Ruj : buku teks sejarah ting. Empat ms. 107-108] • Membina tamadun masyarakat • Seseorang akan mendapat ilmu • Dapat membuat kajian terhadap sesuatu perkara • Berjaya menghasilkan sesuatu yang baru • Dapat meningkatkan tamadun • Dapat membina masyarakat
C] Apakah perubahan yang berlaku terhadap perkembangan islam selepas turunnya surah a-mudassir?[ ruj : buku teks ting. Empat ms. 108] • Pengisytiharan nabi muhammad s.a.w sebagai rasulullah • Ajaran islam wajib disampaikan kepada seluruh manusia • Kerasulan nabi muhammad s.a.w adalah satu rahmat • Ajaran islam perlu disampaikan secara bijaksana • Wahyu diturunkan berterusan • Bermulanya seruan islam kepada umat manusia
D] Apakah perkara utama yang ditekankan oleh nabi muhammad s.a.w pada tahap awal dakwah baginda ?[ Ruj : buku teks sejarah ting. Empat ms.108] • Usaha membetulkan akidah masyarakat • Menanam keimanan kepada allah • Menggesa masyarakat meninggalkan amalan yang keji
PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAHA] Nyatakan perbezaan dakwah secara rahsia dengan dakwah secara terbuka.[ Ruj : buku teks sejarah ting. Empat ms.109] • Dakwah secara rahsia - Penyebaran islam secara sulit/ sembunyi-sembunyi - Ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat yang rapat • Dakwah secara terbuka - dakwah dilakukan secara terang-terangan - dakwah ditujukan kepada seluruh masyarakat Makkah
B] Nyatakan sebab-sebab Rasulullah s.a.w memilih dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran islam.[ ruj : buku teks ting. Empat ms. 110] • Islam baru dikenali • Bilangan penganut islam masih sedikit • Mengelakkan penentangan orang quraisy • Menjaga asas islam daripada dihancurkan • Kebanyakan penganut islam adalah golongan bawahan
C] Berikan tiga pendekatan yang digunakan oleh rasulullah s.a.w daloam menyampaikan dakwah Islamiyah.[ Ruj : buku teks sejarah ting. Empat ms.110-111] • Secara lemah lembut dan berhikmah • Tidak memaksa / memujuk dengan dengan menggunakan akal • Membandingkan akhlak jahiliah dengan akhlak yang dianjurkan oleh islam • Membacakan ayat-ayat suci al-quranuntuk menjawab pertanyaan • Memberi penerangan • Menunjukkan teladan yang baik
D] Apakah faktor-faktor yang yang menyebabkan islam mudah diterima oleh orang ramai ?[ ruj : buku teks Sejarah ting. Empat ms. 110-111] • Kemurniaan ajaran islam • Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah • Peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang bersifat mulia • Kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan dakwah
REAKSI MASYARAKAT ARABA] Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Quraisy terhadap dakwah Islamiyah.[ Ruj : buku teks ting. Empat ms. 111-113] • Menggunakan kekerasan • Mencemuh Nabi Muhammad s.a.w • Mengganggu Nabi semasa beribadat • Mengejek ajaran islam melalui puisi • Melemparkan tuduhan dan tohmahan kepada Nabi • Memujuk • Menawarkan kedudukan, wanita dan harta • Melakukan pemulauan terhadap nabi dan keluarga baginda. • Kekerasan • Cemuh • Ganggu • Ejek • Tuduh • Pujuk • Tawar • Pulau
B] Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran islam ?[ ruj : buku teks Sejarah ting. Empat ms. 111-113] • Perbezaan kepercayaan • Ajaran islam menolak amalan menyembah berhala dan mempercayai animisme • Prinsip persamaan taraf bertentangan dengan amalan mereka yang mementingkan darjat • Konsep persaudaraan bertentangan dengan amalan sistem kabilah • Amaran tidak bermoral dihalang oleh islam • Mempunyai tanggapan yang salah mengenai tugas nabi • Menganggap jika menerima islam mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi • Penyebaran islam boleh menggugat kedudukan dan pengaruh orang tertentu • Menggugat peluang orang tertentu untuk menjadi pemimpin • Menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala. • Kepercayaan • Berhala • Taraf • Persaudaraan • Moral • Tanggapan • Tunduk • Kedudukan • Pemimpin • Ukir