671 likes | 2.28k Vues
Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak. Teori Humanis Teori Psikoanalitik Teori Perkembangan Teori Kognitif Teori Gestalt Teori Behaviourism Teori Konstruktivisme. Teori Humanis. Teori yang berasaskan konsep kepuasan dan keperluan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow.
E N D
Teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak Teori Humanis Teori Psikoanalitik Teori Perkembangan Teori Kognitif Teori Gestalt Teori Behaviourism Teori Konstruktivisme
Teori Humanis • Teori yang berasaskan konsep kepuasan dan keperluan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow. • Mengandungi 7 kategori keperluan yang boleh dijelaskan dalam konteks murid-murid iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan diri, keperluan mengetahui dan memahami, keperluan estetikan serta kerperluan kesempurnaandiri.
a. Keperluan fisiologi • Keperluan asas yang perlu dipenuh oleh orang dewasa kepada kanak-kanak seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya supaya mereka berasa selesa untuk menghadapi pembelajaran dan pembesaran.
b. Keperluan keselamatan • Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatn dan perlindungan. Pada tahap ini kesejahteraan diri mereka seperti tempat belajar yang selesa, guru yang baik dan persekitaran yang tidak membahayakan perlu diberi perhatian.
c. Keperluan kasih sayang • Kanak-kanak perlu diterima oleh orang lain dan sentiasa perlu dihargai. Kanak-kanak yang tidak mempunyai kasih sayang yang cukup terutamanya daripada keluarga akan mengalami tekanan dan sukar untuk menerima pelajaran disebabkan oleh tekanan yang dihadapi.
d. Keperluan penghargaan diri • Kanak-kanak ingin diberi penghormatan dan ini menyumbangkan sesuatu yang berfaedah kepada kumpulan.
e. Keperluan mengetahui dan memahami • Sekiranya keperluan-keperluan asas dipenuhi, kanak-kanak akan lebih bermotivasi bagi mengetahui alam sekeliling
f. Keperluan estetika • Kanak-kanak ingin menghayati dan menikmati keindahan alam hanya selepas keperluan lain dalam hierarki itu dipenuhi.
g. Keperluan kesempurnaan diri • Peringkat tertinggi iaitu ke arah kesempurnaan hidup yang lebih bermakna. Tidak semua orang akan berjaya ke peringkat ini.
Teori Hierarki Keperluan Maslow Keperluan kesempurnaan diri Keperluan estetika Keperluan mengetahui dan memahami Keperluan penghargaan diri keperluan kasih sayang Keperluan keselamatan Keperluan fisiologi
Teori Psikoanalitik • Dikemukakan oleh Sigmund Freud • Pengasas dalam aliran psikologi atau psikologi dalaman (depth psychology) • Diiktiraf sebagai kaedah merawat individu yang mengalami masalah tekanan emosi. • Freud – manusia dilahirkan dengan naluri semulajadi (inborn drives). • Berdasarkan pandangan ini maka lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak geri manusia (tdk rasional, tidak sosial yang penuh dengan desakan yang blh merosakkan diri senidiri dan individu yang lain). • Desakan paling utama lebih menjurus untuk mendapatkan kepuasan nafsu sendiri.
Id, Ego dan Superego • Pembentuan personaliti manusia adalah berdasarkan 3 sistem yang berbeza tetapi saling berkaitan iaitu id, ego dan super ego.
Id –dorongan dan tenaga naluri yang mendorong manusia bagi bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. • Id – didorong oleh tenaga kehidupan yang memotivasikan tingkah manusia yang dkenali sebagai libido. • Id – terdapat semua desakan asas dan keinginan manusia. Mengandungi dua bahagian iaitu: - naluri kehidupan - kematian
Ego – personaliti yang terbentuk melalui pengalaman iaitu proses psikologi seperti mengingati mengamati, merasai dan sebagainya. • Ego – berfungsi mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. • Ego – berpegang kepada prinsip realiti hidup. • Super ego – ialah bahagian personaliti bermoral dan boleh berkembang beransur-ansur melalui pengaruh persekitaran.
Super ego - personaliti bermoral dan boleh berkembang beransur-ansur melalui pengaruh persekitaran. • Cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan. • Berfungsi mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat dan penawaran ganjaran bg tingkah laku baik dan hukuman bagi tingkah laku buruk.
Teori Iceberg - Freud • 1935 – Freud mengklasifikasi fungsi otak manusia. • Membahagikan otak manusia kepada tiga paras kesedaran yang mempengaruhi perkembangan personaliti mereka iaitu: - Otak yang mengawal alam sedar (conscious mind) - Otak yang mengalami alam bawah (subconscious mind) - Otak yang mengalami tidak bawah (unconscious mind)
Alam sedar – berada di bawah alam kesedaran kita. • Blh dikawal dengan ingatan – peristiwa lama yang pernah berlaku. • Alam bawah sedar adalah fenomena yang bukan dalam kawalan kita – berlaku tanpa kawalan berlaku tanpa kawalan, kecuali dalam keadaan yang istemewa atau anugerah Tuhan. • Lazimnya berlaku dalam mimpi atau ketika hilang ingatan.
Menurut Freud 2 andaian kreatif iaitu - penulis menghasilkan karya mereka melalui dua jalan iaitu fantasi atau mimpi. - Antara hubungan seks neurosis (fantasi) dan nasisme. Kedua-dua andaian ini saling berkaitan dan lazimnya terjadi di dalam mimpi. Freud menyamakan penulisan kreatif dan kreativiti kanak-kanak untuk menjelaskan konsep fantasi. Fantasi sama dengan konsep imaginatif kanak-kanak.
Keperluan guru memahami dan mengaplikasikan Teori psikoanalisis • Kefahaman tentang teori ini akan memudahkan guru untuk menangani masalah ketegangan perasaan murid-murid. Guru harus memahami tiga teknik asas merawat pesakitnya iaitu:
a. Perkaitan bebas • Murid-murid yang mengalami tekanan emosi akan meluahkan setiap perkara yang terlintas difikirannya. Guru boleh membuat interpertasi menerusi bentuk dan imej yang dihasilkan oleh pelajar.
b. Pemindahan • Murid mengarah emosinya pada guru seni seolah-olah guru seni yang menyebabkan perasaan itu. Guru seni perlu sabar dengan telatah anak muridnya.
c. Interpertasi mimpi • Interpetasi dibuat secara spontan. Keadaan tidak sedar bagi seseorang murid di lahirkan melalui mimpi atau imaginatif. • Guru perlu faham dan membuat interpetasi tehadap masalah murid secara mendalam.
Aktiviti seni merupakan terapi yang paling sesuai digunakan kepada murid-murid. • Kanak-kanak meluahkan perasaan dalaman melalui penghasilkan karya seni. • Guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid melalui penghasilkan karya seni. • Guru harus bertindak sebagai kaunselor kepada pelajar. • Melalui karya seni dapat membuat penilaian pada diri pelajar
Penggunaan garisan, warna, bentuk dan objek – menggambar perasaan sebenar kanak-kanak. • Guru perlu peka pada emosi pelajar. • Mengawal emosi pelajar dengan aktiviti seni.
Teori Perkembangan • Perkembangan adalah perubahan dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif.Satu proses yang berterusan dari masa lahir hingga ke akhir hayat. Setiap bayi akan meniarap, merangkak, duduk, berjalan dan berlari. • Perubahan perkembangan blh dilihat dari segi kemahiran interaksi kanak-kanak. • Perkembangan dipengaruhi oleh faktor dan persekitaran. • Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Terdapat proses perkembangan yang yang berbeza daripada aspek-aspek seperti mental, jasmani, emosi dan sosial. • Mok Song Sang(2001), Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan individu adalah genetik, persekitaran, perbezaan, fizikal, mental dan emosi. • Perkembangan merangkumi tiga aspek penting iaitu: a. kognitif - intelek, pesepsi dan bahasa b. afektif - emosi, sosial, estetika dan kreatif c. psikomotor - perkembangan dan kemahiran.
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget • Piaget – terkenal dengan sumbangannya pada stuktur dan operasi tingkah laku cerdas dan teori perkembangan berurutan. • Jalan kajian tentang bagaimana individu memperoses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitir manusia dalam bentuk tahap demi tahap • Terdapat empat peringkat perkembangan kognitif yang dikenalpasti: - peringkat deria motor - pergerakan (0-2 thn) - peringkat praoperasi - praperlaksanaan (2-7 thn) - peringkat operasi konkrit - nyata (7-11 thn) - peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)
Piaget – terdapat perbezaan individu dalam mencapai tahap perkembangan • Guru harus sedia aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pemikiran dan keupayaan fizikal kanak-kanak. • Bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. • Dlm PSV – teori kognitif Piaget yang proses asimilasi boleh berlaku apabila murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menghasilkan seni.
Sambung… • Pembelajaran sebenar berpunca dari murid itu sendiri dan ia boleh berlaku dalam pendidikan seni melalui penglibatan dan penerokaan secara aktif murid dengan benda maujud semasa proses p&p.
Teori Kognitif Jerome Bruner • Hampir sama dengan teori Piaget • Membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada 3 iaitu: - Enaktif - libatkan penggunaan anggota pada umur 0 hingga 2 thn. - Ikonik - kebolehan membayangkan atau menggambarkan sesuatu perkara dalam umur 2 hingga 4 thn. - Simbolik - iaitu apabila kanak-kanak 5 hingga 7 dapat berfikir dan menggambarkan bahasa. - Ketiga-tiganya saling berkait dan digunakan secara berterusan dalam kehidupan harian individu.
sambung • Aspek penting dalam teori Jerome Bruner yang dikaitkan dengan pendidikan seni adalah penekanan Bruner pada pembelajaran secara induktif, pembelajaran melalui penemuan bebas ataupun pembelajaran secara terbimbing.
Teori Perkembangan Afektif • Dipelopori oleh Albert Bandura dan Richard Walters. • Tekankan cara individu bertingkah laku yang betul dalam konteks sosial . • Berkaitan dengan pembelajaran sosial – mengetahui apa yang patut dilakukan bila, dimana dll. • Tingkah laku manusia yang kompleks dan pembelajarannya berlaku dengan pelbagai cara yang melibatkan lisan, maklumat serta pemerhatian/peniruan model. • Peniruan adalah berdasarkan perbuatan, perkataan, gaya, cara dan sebagainya.
Prinsip-prinsip dalam teori ini melibatkan bebrapa peringkat iaitu: - Fasa penemuan - Fasa penerimaan - Fasa pengeluaran - Fasa motivasi • Menekankan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru bagi membentuk tingkah laku yang baru kepada murid-murid. • Cth: etika berpakaian, ketepatan masa dan tingkah laku yang positif
Rakan sebaya sebagai model Guru sebagai model Teori Modelling Bandura Tiada tingkah laku agresif Bakal contoh model yang hendak dipelajari
Teori Perkembangan Psikomotor • Havighurst mengatakan, perkembangan fizikal adalah berlandaskan sosiobudaya dan perkembangan jasmani. Selain itu, perkembangan personaliti seseorang individu turut dipengaruhi oleh nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.(Mok Soon Sang, 2001) • Aspek persekitaran lebih penting bagi perkembangan seseorang individu. Ia merangkumi:
Nilai-nilai dan norma masyarakat • Budaya masayarakat • Faktor biologi - baka dan kematangan • Faktor sosial - kawan, keluarga dan masyarakat • Faktor psikologi - keperluan untuk kasih sayang dan memiliki konsep kendiri yang positif
Meningkatkan kualiti domain psikomotor • Melalui aktiviti-aktiviti PSV murid-murid dapat belajar, mengalami dan meningkatkan kualiti domain psikomotor mereka.
Teori Gestalt • Berasal dari perkataan German bermaksud organisasi atau konfogurasi. Dipelopori oleh tiga orang ahli psikologi German iaitu: • Max Wertheimer (1880-1943) • Kurt Koffka (1886-1941) • Wolfgang Kohler (1887-1967)
Kajian tertumpu kepada domain kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada deria penglihatan. • Cth: bagaimana otak mentafsir imej wajah seseorang yang dikenali dan pernah dilihat sebelum ini.
Hukum Pragnaz • Pragnaz - prinsip-prinsip pengamatan • Empat prinsip pengamatan a. Prinsip dekatan - Penanggapan seseorang cenderung mencorakkan ransangan dengan mengumpulkan ransangan yang berhampiran dengan satu kumpulan. b. Prinsip persamaan –Mudah difahami. Individu akan cenderung untuk mengklasifikasi ransangan yang mempunyai persamaan dalam kump. yang sama.
c. Prinsip kesempurnaan – seseorang cenderung melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap d. Prinsip persambungan – cenderung menganggap persambungan garisan yang menunjukkan suatu bentuk yang berterusan
Bagaimana teori gestalt bertindak dalam pendidikan seni. • Dalam menganalisis lukisan kanak-kanak, didapati kanak-kanak sering membuat modifikasi imej-imej yang dilukis dengan imej yang dilihat. Mengikut Feldman, terdapat dua imej dalam lukisan kanak-kanak - Imej intracerebal - terkandung dalam pengamatan kanak-kanak. - Imej yang dipaparkan melalui penyataan artistik kanak-kanak.
Kanak-kanak lazimnya sering membuat pengubahsuaian/ pada imej yang dilihat • Keadaan ini berlaku disebabkan 4 faktor: - modifikasi – kesan penukaran ransangan optif kepada saraf cerebal otak - Modifikasi tanggapan dalam proses mencari imej yang sesuai - Modifikasi imej kesan penggunaan media dan proses artistik - Keupayaan otak koordinasi psikomotor kanak-kanak.
Sebagai guru kita harus menerima intipati/imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak. • Pengamatan guru seni amat memainkan peranan penting dalam menterjemahkan setiap imej.
Teori Konstruktivisme • Diasaskan oleh Jerome Bruner. • Tentang proses belajar yang memerlukan penglibatan akti pelajar dalam membina idea-idea baru yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. • Pelajar memilih dan menterjemah maklumat, membuat andaian, membuat keputusan dan bergantung kepada kebolehan kognitif . • Pendekatan konstruktivis menganjurkan individu terlibat dengan aktiviti penemuan melalui interaksi dengan persekitaran.
Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran • Menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan). • Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar • Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru)
Tugas guru ialah menterjemahkan maklumat ke bentuk yang sesuai dengan tahap pemahaman pelajar. • Kaedah ini mengaplikasi 4 cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik. - Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. - Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami. - Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran. - Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu. • Pendekatan konstruktivisme menyarankan agar pendidika membimbing terlebih dahulu pengalaman dan tahap ilmu yang dimiliki oleh pelajar agar pengajaran serta aktiviti dalam kelas dapat disesuai dengan tahap pelajar.
Teori Behaviourisme • Behaviourisme – Kefahamn tingkah laku. • Tokoh-tokoh Edward L. Thorndike dan B.F. Skinner. • Menurut Teori Berhaviourisme, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang disebabkan oleh pegalaman. • Peri laku dan gerak sebagai unsur penting dalam sesuatu pembelajaran. Gerak laku seseorang dapat menunjukkan proses pembelajaran berlaku atau tidak.