1 / 22

PENTAKSIRAN (PEREKODAN DAN PELAPORAN) MATEMATIK (TAHUN 5)

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 5 KSSR 2014. PENTAKSIRAN (PEREKODAN DAN PELAPORAN) MATEMATIK (TAHUN 5). 1. PENTAKSIRAN. Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai. 2. PEREKODAN DAN PELAPORAN.

chiku
Télécharger la présentation

PENTAKSIRAN (PEREKODAN DAN PELAPORAN) MATEMATIK (TAHUN 5)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 5 KSSR 2014 PENTAKSIRAN (PEREKODAN DAN PELAPORAN) MATEMATIK (TAHUN 5) 1

  2. PENTAKSIRAN Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai. 2

  3. PEREKODAN DAN PELAPORAN Perekodan adalah proses merekod pencapaian murid berdasarkan Tahap Penguasaan yang telah diperincikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pelaporan ialah proses menyampaikan maklumat pembelajaran dan pencapaian murid dari semasa ke semasa mengenai kemajuan dan perkembangan mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti yang dihasratkan dalam kurikulum. 3

  4. Sambungan… PROSES PEREKODAN • Templet MS Excel disediakan. • Tidak secara dalam talian (standalone offline). 4

  5. TAKSIRAN MATEMATIK 3 kelompok pentaksiran Matematik • Pengetahuan Matematik • Kemahiran dan Proses • Sikap dan Nilai 5

  6. Tajuk Fail DATA MAKLUMAT MURID DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN LAPORAN MURID (INDIVIDU) GRAF 6

  7. JANTINA NO. SURAT BERANAK/MYKID NAMA MURID BILANGAN 7

  8. PROSES PEREKODAN Data Maklumat Murid Sheet/Helaian ini sahaja yang memerlukan guru “key in” maklumat yang diperlukan iaitu: Nama Sekolah Tajuk Pelaporan Nama Guru Mata Pelajaran Kelas Bil Nama Murid Nombor SB/Mykid/Mykad Jantina Nama Guru Besar Tarikh Pelaporan 8

  9. PROSES PEREKODAN Data Maklumat Murid Sambungan… Tahap Penguasaan Pengetahuan Matematik bagi setiap murid (T1 hingga T18). Tahap Penguasaan Kemahiran dan Proses bagi setiap murid. Sikap dan Nilai. 9

  10. PROSES PEREKODAN Data Maklumat Murid Sambungan… Tahap Penguasaan Pengetahuan Matematik (T1 – T18). Rujuk DSKP Matematik Tahun 5 (ms 27 – 47). Guru perlu menjalankan PdP seperti biasa dan selepas selesai mengajar satu kelompok standard pembelajaran, guru perlu merekod Tahap Penguasaan murid dengan angka 1 hingga 6 ke dalam templet yang disediakan. Nota: Kelompok standard pembelajaran Matematik adalah berdasarkan tajuk (T1 hingga T18). 10

  11. PROSES PEREKODAN Data Maklumat Murid Sambungan… B. Tahap Penguasaan Kemahiran dan Proses Matematik Rujuk DSKP Matematik Tahun 5 (Muka surat 21 hingga 24) bagi panduan perekodan Kemahiran dan Proses . Terdapat lapan item yang berkaitan (Rujuk templet Pelaporan Standard Prestasi Matematik Tahun 5) Peringkat awal, guru boleh mula merekodkan Tahap Penguasaan murid setelah beberapa tajuk awal diajar. Guru boleh mengubah data berdasarkan keupayaan murid mengikut peringkat tertentu (contoh di akhir semester). 11

  12. PROSES PEREKODAN Data Maklumat Murid Sambungan… C. Tahap Penguasaan Sikap dan Nilai Rujuk DSKP Matematik Tahun 5 (Muka surat 25) bagi panduan perekodan Sikap dan Nilai. Terdapat satu item yang berkaitan (Rujuk templet Pelaporan Standard Prestasi Matematik Tahun 5) Peringkat awal, guru boleh mula merekodkan prestasi setelah beberapa tajuk awal diajar. Guru boleh mengubah data berdasarkan keupayaan murid mengikut peringkat tertentu (contoh di akhir semesta). 12

  13. PELAPORAN Laporan Murid (Individu) Sheet/Helaian ini telah dijana secara automatis di sheet/helaian Data Maklumat Murid dan mengandungi senarai Tahap Penguasaan bagi setiap Pengetahuan, Kemahiran dan Proses serta Sikap dan Nilai. 13

  14. 14

  15. PELAPORAN Graf/Carta Data Sheet/Helaian ini telah dijana secara automatis daripada sheet/helaian Data Maklumat Murid. Guru boleh menggunakan data bagi memplotkan graf/carta untuk tujuan tertentu. Contoh: Laksanakan aktiviti memplot graf dengan menggunakan data yang sedia ada pada sheet/helaian ini. 15

  16. TINDAKAN DAN RUMUSAN Perekodan Guru boleh menyimpan semula (save As) fail Excel tersebut mengikut nama kelas yang diajar dan memasukkan data maklumat murid yang lengkap. Setiap kelas perlu ada fail Excel yang lengkap bagi semua mata pelajaran. Guru menjalankan PdP seperti biasa dan selepas selesai mengajar satu kelompok (tajuk) standard pembelajaran, guru perlu merekod tahap penguasaan murid dengan angka 1 – 6 dalam templet tersebut.

  17. TINDAKAN DAN RUMUSAN Perekodan Sambungan… Guru diingatkan agar merekodkan tahap penguasaan murid setelah mengambil kira semua aspek kemajuan dan perkembangan pembelajaran murid menggunakan pelbagai cara pentaksiran yang sesuai. Hal ini untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan dalam menentukan tahap penguasaan seseorang murid. Sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan keciciran data, guru perlu menyimpan salinan fail data, Guru disarankan menyerahkan satu salinan fail data kepada Ketua Panitia dan Setiausaha Peperiksaan bagi tujuan penyimpanan.

  18. TINDAKAN DAN RUMUSAN Perekodan Sambungan… Maklumat pencapaian murid boleh dianalisis secara automatis dalam program MS Excel untuk menghasilkan pelaporan murid dan pelaporan pencapaian keseluruhan kelas. Disarankan, bagi tujuan keselamatan dan petunjuk perkembangan prestasi murid, wujudkan fail bagi semester kedua daripada fail semester pertama. Fail kedua diwujudkan dengan sambungan pertama bagi tujuan perekodkan untuk tajuk-tajuk seterusnya. Sekiranya ada perubahan tahap penguasaan murid bagi aspek Kemahiran Proses & Sikap dan Nilai boleh ditambahbaik pada fail semester kedua.

  19. TINDAKAN DAN RUMUSAN Pelaporan Pelaporan ini memberi maklumat secara komprehensif tahap penguasaan murid dan bukan melabelkan murid berdasarkan tahap penguasaan. Tahap penguasaan tersebut adalah dinamik dan luwes sejajar dengan perkembangan kognitif dan kebolehan murid. Namun tujuan utama adalah membantu guru dan murid mengenal pasti kemajuan dan perkembangan pembelajaran. Pelaporan memberi maklumat kepada ibu bapa atau penjaga tentang pencapaian murid dalam bentuk Tahap Penguasaan 1 – 6 secara deskriptif.

  20. TINDAKAN DAN RUMUSAN Pelaporan Sambungan… Pelaporan murid mengandungi pernyataan bagi standard kandungan, standard pembelajaran, standard prestasi dan pencapaian tahap penguasaan yang diperoleh. Pihak sekolah harus bersedia memberi salinan pelaporan murid tersebut atas permintaan ibu bapa atau penjaga. Selain itu, program MS Excel juga membekalkan pelaporan pencapaian keseluruhan kelas yang memaparkan peratus pencapaian setiap tahap penguasaan bagi kelas tersebut dalam bentuk grafik.

  21. TINDAKAN DAN RUMUSAN Pelaporan Sambungan… Pelaporan murid perlu dilakukan mengikut keperluan dan perancangan sekolah untuk membolehkan pihak sekolah, murid, ibu bapa atau penjaga dan pihak berkenaan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

  22. TerimaKasih

More Related