1 / 53

BAB 4 FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

BAB 4 FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV). PENGENALAN KEPADA PTV. Menurut Yahya Emat (1993),vokasional berasal dari perkataanInggeris iaitu ‘ vocation ’ bermaksud pekerjaan.

marrim
Télécharger la présentation

BAB 4 FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 4 FALSAFAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL(PTV)

  2. PENGENALAN KEPADA PTV • Menurut Yahya Emat (1993),vokasional berasal dari perkataanInggeris iaitu ‘vocation’ bermaksud pekerjaan. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah pendidikan dalam sebarang jenis latihan yang berkaitan dengan kerja dan kemahiran kerja. • Menurut UNESCO (1980), PTV bukan sahaja melatih seseorang untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan memberinya kemahiran dan pengetahuan, tapi juga memupuk perkembangan sifat & watak untuk menambah keupayaan memahami, menilai, melahirkan pendapat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. • PTV merupakan elemen yang penting untuk melahirkan golongan mahir dan separa mahir.

  3. PTV dapat mendidik generasi baru dalam bidang pembangunan dan perindustrian. • Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Pelan Tindakan peningkatan pengeluaran Tenaga Manusia dengan menyatakan; “Pelan tindakan Peningkatan pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan pengeluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan politeknik.” (Kementerian Pendidikan 1996:45)

  4. SEJARAH PTV • Perkembagaan PTV dibahagikan kepada 4 peringkat; • Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940) • Semasa Pendudukan Jepun (1940-1945) • Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1960) • Tahun 1960 hingga sekarang PERKEMBANGAN SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA (1900-1940) • Sebelum tahun 30-an, pendidikan teknikdan vokasional di Malaya agak lembab kerana kerajaan British tidak begitu yakin keperluan tenaga kerja dalam bidang berkenaan. • Mereka membahagikan kerja mengikut kaum • Pendatang Cina-pertukangan • Pendatang India-bekerja diladang getah • Melayu-nelayan dan petani

  5. Tidak terdapat keselarasan pendidikan pada masa ini. • Pada tahun 1906, sebuah Sekolah Teknik di Jalan Treacher, Kuala Lumpur telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya. • Tujuan-melatih pembantu teknik bagi Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya • 1918; namanya ditukar ke Sekolah Latihan Teknik di bawah Jabatan Kejuruteraan Keretapi • 1946;sekolah ini dinaikkan taraf dan dinamakan Maktab Teknik • 1960, namanya ditukar ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

  6. Pada tahun 1918, satu Jawatankuasa tentang Pendidikan Teknik dan Perusahaan atau dikenali sebagai Jawatankuasa Lemon yang telah mengesyorkan tiga perkara berikut; • Menubuhkan Sekolah Tukang yang dibuka kepada semua kaum yang akan mengikuti pelajaran dalam bahasa Melayu. • Mendirikan sebuah Sekolah Teknik di Kuala Lumpur yang akan memberi latihan dalam bahasa Inggeris dalam matapelajaran kejuruteraan mekanikal, letrik, survey dan awam. • Menubuhkan sebuah sekolah pertanian di Kuala Lumpur.

  7. Sekolah tukang yang pertama didirikan di Kuala Lumpur pada 1926. Tujuan-untuk menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang lemah dalam mata pelajaran berbentuk akademik. • Empat buah sekolah Ketukangan telah dibina pada peringkat awal dan ia ditempatkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. • Pada tahun 1946, nama sekolah-sekolah tersebut ditukar kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada tahun 1969 namanya ditukar sekali lagi dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV)

  8. SEMASA PENDUDUKAN JEPUN (1941-1945) • Pada zaman ini, tiada perubahan perkembangan yang berlaku dalam PTV. • Tapi, kursus lebih bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah –sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu.

  9. SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (1945-1960) • Pada zaman British, sistem pendidikan bersifat elitis dan golongan miskin sentiasa ketinggalan kerana tidak mampu membayar yuran persekolahan. • Selepas negara mendapat kemerdekaan, kerajaan telah menyusun semula sistem pendidikan dengan mewujudkan sistem pendidikan tunggal. • Pendidikan telah dilihat sebagai satu alat yang berkesan dan berupaya untuk mencapai hasrat kerajaan. • Oleh itu, satu Jawatankuasa Pelajaran diketuai oleh Tn Abdul Razak pada 1956 telah ditubuhkan dan telah menghasilkan Penyata Razak

  10. Penyata Razak,1956 • Menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja • Beliau mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan 3 peringkat; • Maktab Teknik yang mengambil pelajar lepasan sekolah menengah. • Penubuhan Institusi Teknik yang mengambil pelajar yang telah tamat tiga tahun sekolah menengah. • Penubuhan Sekolah Rendah Teknik (Pertukangan) yang memberikan kursus tiga tahun kepada pelajar yang telah tamat sekolah rendah dan juga kursus tiga tahun kepada murid yang telah tamat dua tahun pendidikan menengah

  11. Sekolah Lanjutan Kampung menyediakan kursus tiga tahun (Tingkatan 1-3)yang mengutamakan pendidikan luar bandar dan vokasional yang mewajibkan pelajar mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. • Pada tahun 1956 dengan pelaksaaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung itu dijadikan Sekolah Menengah Rendahyang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahaan sebagai matapelajaran pilihan.

  12. Ciri-ciri Sistem Pendidikan Aneka Jurusan; • Semua pelajar diberikan 9 tahun pendidikan-6 tahun sek.rendah, 3 tahun di sek.menengah. • Slps tamat tahun 6,secara automatik diberi pendidikan tahun 7,8 dan 9 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan. • Dari tahun7-9 (Ting 1-3), pelajar-pelajar diberi pend. Am dan pravokasional iaitu pelajar perlu mengambil satu m/pljrn teras dan satu m/pljrn pravokasional. • Selepas tahun 9, pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran untuk melayakkan ke Tingkatan 4 samada dalam aliran akademik, teknik atau vokasional.

  13. 1960an Hingga Sekarang Laporan Abdul Rahman Talib • menyatakan untuk mengadakan:- a) Sekolah menengah pertukangan dan sekolah teknik. b) Institut teknik ditukarkan nama kepada sekolah menengah teknik. c) Sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pendidikan vokasional dan menekankan pelajaran perusahaan kampung hendaklah ditambah dan dibuka kepada lelaki dan perempuan.

  14. Pada tahun 1962, Sekolah Pelajaran Lanjutan yang menitik beratkan pendidikan vokasional ditubuhkan. • Skim latihan guru bagi mereka yang mempunyai kelulusan Tingkatan Lima menjalani pendidikan profesional selama dua tahun dalam pengajaran mata pelajaran vokasional telah diwujudkan untuk mengatasi masalah guru di Sekolah Pelajaran Lanjutan. • Satu skim latihan guru tergempar telah dimulakan pada tahun 1962 di beberapa pusat latihan sebagai langkah jangka pendek pada waktu itu. • Guru pelatih akan mengikuti kursus perguruan selama tiga tahun pada setiap hujung minggu sambil mengajar pada hari-hari sekolah.

  15. Sistem aneka jurusan yang memperkenalkan empat matapelajaran iaitu sains pertanian, seni perusahaan, perdagangan dan sains rumah tangga telah diwujudkan. • Bahagian teknik dan vokasional telah ditubuhkan pada tahun 1964 ekoran daripada usaha memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional.

  16. Laporan Kabinet 1970an Hingga sekarang • Terdapat empat perakuan yang menyentuh tentang pendidikan teknik dan vokasional. Perakuan 111- Luaskan pendidikan teknik dan vokasional. Perakuan 112- Tambah kemudahan fizikal di sekolah menengah biasa bagi memudahkan pendidikan amali. Perakuan 113 - Tambah pengambilan pelajar di politeknik mengikut keperluan tenaga rakyat Perakuan 114- Tingkatkan kemahiran pengurusan pegawai di Bahagian Teknik dan vokasional

  17. Perkembangan Bilangan Sekolah Teknik (SMT) Dan Vokasional (SMV) • Pada tahun1969 enam buah SMV telah dirancang dan siap dibina pada tahun 1972 hingga 1973 di bawah rancangan Pinjaman Bank Dunia. Sekolah-sekolah tersebut ialah : i) Sekolah Menengah Vokasional Seremban ii) Sekolah Menengah Vokasional Kangar iii) Sekolah Menengah Vokasional Alor Setar iv) Sekolah Menengah Vokasional Kuala Terengganu v) Sekolah Menengah Vokasional Muar • Pada tahun 1965-1968, beberapa buah SMT turut dibina di Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur. • Pada tahun 1969, sebuah politeknik dibina di Ipoh untuk menampung permintaan pelajar-pelajar yang kian meningkat.

  18. Sehingga awal tahun 1970an, terdapat 3 buah SMT, 13 buah SMV (termasuk 4 buah Sekolah Menengah Pertukangan yang dijadikan SMV dan 3 buah Sekolah Lanjutan Kampung yang diubahsuai menjadi SMV) dan sebuah politeknik. • Bermula tahun 1980an perkembangan SMT dan SMV adalah pesat seperti yang tertera dalam jadual di bawah;

  19. Antara tahun 1989-1990 juga, sebayak 2 buah politeknik juga telah didirikan di bawah Pinjaman Bank Dunia. • Jumlah pelajar SMV pada tahun 1987 adalah 15,000 orang dan jumlah ini dijangka telah bertambah sebanyak 34,000 orang pada tahun 1991. • Berdasarkan statistik bilangan sekolah pendidikan teknik dan vokasional serta jumlah pelajar pada hari ini, arah aliran permintaan bagi pendidikan bercorak teknik dan vokasional semakin popular jika dibandingkan dengan zaman 30-an dahulu.

  20. Dasar Dan Perkembangan PTV Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah sebahagian daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan boleh lihat sebagaimana di bawah: “Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

  21. Falsafah PTV telah berkembang sejak zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Unsur-unsur falsafah dan matlamat PTV digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek akademik, jasmani, rohani, sosial dan vokasional iaitu penguasaan kemahiran bekerja. Objektif pelaksanaan PTV adalah untuk: i) Membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan secara berfaedah dan produktif. ii) Menyumbangkan tenaga yang lebih produktif dalam perindustrian dan proses pemodenan . iii) Mengembangkan potensi pelajar dan memperbaiki kualiti hidupnya dengan cara meluaskan lagi kemahiran dan pengetahuannya. iv) Membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran serta membentuk kecenderungan dalam bidang teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih di negara ini.

  22. Konsep Pendidikan Teknik Dan Vokasional • Pada dasarnya terbahagi kepada dua iaitu:- i) Pendidikan Am dan Teknikal ii) Pendidikan Vokasional • Pendidikan ini turut di strukturkan kepada tiga kategori iaitu Institut Vokasional untuk melatih pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir, Politeknik sebagai institusi melatih juruteknik-juruteknik dan Universiti untuk melatih jurutera-jurutera. • Selain daripada mendidik dan melatih pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk pekerjaan, ia juga membentuk perkembangan kognitif dan personaliti supaya mereka lebih memahami diri sendiri dan alam persekitaran yang bercorak sosial dan fizikal.

  23. Konsep perlaksanaan pendidikan teknik dan vokasional adalah seperti berikut : Pendidikan Teknik • Bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah atas bagi membolehkan pelajar mendapat pekerjaan di sektor teknikal, perindustrian dan perdagangan. • Objektif pendidikan teknik adalah: i) Memberi peluang pendidikan akademik yang seimbang. ii) Menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang teknikal. iii)Ia juga bertujuan untuk memupuk dan mengekalkan minat seterusnya membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pengajian tinggi.

  24. Pengambilan pelajar ke sekolah menengah teknik adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan PMR yang baik dan pelajar yang berminat dalam bidang teknik. • Pelajar-pelajar di sekolah teknik mengambil peperiksaan SPM dipenghujung Tingkatan lima. • Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Lukisan Teknik dan Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal, Binaan Bangunan, Ilmu Ukur, Perdagangan dan Pertanian. • Kursus-kursus ini seterusnya diubah dan bertambah dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan perkembangan pendidikan di negara ini.

  25. Pendidikan Vokasional • Bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat pendidikan menengah atas. • Kursus-kursus yang diadakan memberi pengetahuan asas vokasional dan kemahiran yang kukuh bagi membolehkan pelajar mendapat pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. • Ini dapat dicapai melalui kaedah kurikulum yang luas dan mudah diubah bagi memenuhi bukan sahaja keperluan semasa tetapi juga keperluan akan datang dan perubahan dalam teknologi.

  26. Melalui pendidikan asas dalam bahasa, matematik dan sains membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan cara baru dalam pekerjaan dan membolehkan mereka mencapai kecekapan kerja yang lebih tinggi pada masa akan datang. • Kursus-kursus yang ditawarkan meliputi bidang ketukangan seperti pendawaian dan pemeliharaan elektrik, pembaikan televisyen, radio dan elektronik, penyejukan penyaman udara, kursus automatif, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam, binaan bangunan, perdagangan, pertanian dan sains rumah tangga. • Beberapa kursus baru turut diperkenalkan seperti multimedia kreatif (animasi, pengiklanan), teknologi maklumat, rekabentuk perabot dan lukisan teknik. • Kursus-kursus ini terus berkembang dari tahun ke tahun berdasarkan perkembangan dan keperluan negara.

  27. Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional • Sistem pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu mantap, berkesan dan effesien dalam melaksanakan program-program yang ada dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. • Semua sumber yang tersedia perlu diuruskan berasaskan prinsip keberkesanan dan kecekapan. • Terdapat sebanyak 20 buah Politeknik yang beroperasi di seluruh negara. • Politeknik melahirkan ramai lulusan yang menjadi sumber tenaga kerja separa professional negara.

  28. Bahagian pengurusan semua Politeknik dan beberapa sekolah menengah teknik telah mendapat pengikhtirafan ISO bagi aktiviti merancang dan melaksana pengurusan institusi dalam situasi keberkesanan dan kecekapan. • Keberkesanan dan kecekapan pengurusan pendidikan menuntut tahap profesionalisme yang tinggi, berkualiti dan cemerlang di kalangan ketua, pegawai dan juga tenaga pengajar.

  29. Program Pendidikan Teknik dan Vokasional melibatkan penggunaan kos yang tinggi. • Memperkenalkan program “Time Sector Privatization (TSP)” dimana melalui program ini, beban kos yang ditanggung dapat dikurangkan. • Progam TSP: • Megurangkan beban tanggungan kos. • Membenarkan pihak swasta dan aeam menggunakan kemudahan pada kadar yang tertentu. • Menyumbangkan latihan dan peningkatan kemahiran • Mengoptimumkan kemudahan sekaligus memperolehi pendapatan • Menjadi penjalin hubungan yang kukuh antara Politeknik dengan pihak industri, bisnes dan komuniti.

  30. Perancangan Dan Penyelidikan PTV • Peningkatan penduduk Malaysia menunjukkan bahawa lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan yang perlu disediakan. • Golongan yang berusia antara 15 tahun hingga 64 tahun yang paling banyak memasuki pasaran buruh. • Kepesatan perkembangan industri membuatkan permintaan sumber tenaga mahir atau separuh mahir bertambah melebihi tawaran.

  31. Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir atau sepatuh mahir: • Pembinaan sekolah teknik baru dengan penekanan kepada aliran vokasional • Tawaran kursus vokasional di sekolah menengah teknik sedia ada. • Pertambahan tawaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan di sekolah menengah harian • Semakan semula dan kemaskini kurikulum pendidikan vokasional • Pembinaan kolej komuniti yang baru. • Pembinaan Politeknik yang baru. • Meningkatkan kapasiti dan pengambilan pelajar untuk pendidikan dan latihan vokasional

  32. Masalah yang dihadapi dalam pendidikan teknikal dan vokasional dapat diatasi dengan merombak kembali seluruh dasar, struktur dan perancangan agar sesuai dengan anjakan paradigma dalam sesuatu bidang yang berkaitan. • Kesemua langkah perancangan dan pelaksanaan yang dibuat dipenuhi melalui pembuatan keputusan.

  33. Latihan Dan Kemajuan Staf PTV • Melalui sistem pendidikan teknik dan vokasional, institusi-institusi perlu dibekalkan dengan tenaga pengajar yang mencukupi dari segi jumlah dan kepakaran. • Rancangan jangka pendek dan jangka panjang oleh Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf (BLKS) adalah penting bagi meranvang keperluan tenaga pengajar ini. • Perancangan BLKS melibatkan kehendak permintaan dan penawaran berdasarkan kepada mata pelajaran dan jenis kursus.

  34. Pemilihan dan permohonan sistem tenaga pengajar teknikal merupakan asas yang penting dalam pembangunan sistem tenaga pengajar yang profesional. • Pengurusan pula akan mengawal penyebaran dan penempatan tenaga pengajar agar tiap-tiap institusi akan mempunyai kualiti guru yang sama dari segi kelayakan, kepakaran dan pengalaman. • BLKS turut mengendalikan program pembangunan staf yang komprehensif dalam peningkatan ilmu dan kemahiran.

  35. Kurikulum PTV • Kurikulum ialah jumlah kegiatan aktiviti pembelajaran dan pengalaman yang pelajar perlu patuh dibawah pentadbiran sekolah. • Kurikulum membolehkan kita menilai apa yang ditawarkan dalam pendidikan teknik dan vokasional serta bagaimana pembelajaran umum pelajar. • Kurikulum PTV yang dibentuk mesti berasaskan/ berkaitan dengan alam pekerjaan. • Kurikulum PTV perlulah fleksibel dan dapat memenuhi keperluan pelajar dan masyarakat. • Kurikulum untuk PTV hendaklah ditentukan dengan mengambil kira isi kandungan yang bermakna dan sesuai.

  36. Kurikulum PTV mempunyai beberapa kriteria yang membezakannya dengan pendidikan yang lain. • Kriteria asas bagi kurikulum PTV ialah orientasi, penilaian, fokus, standard kejayaan dalam dan luar sekolah, hubungan masyarakat dengan sekolah, campurtangan kerajaan dan pembelanjaan. • Kurikulum PTV merupakan kurikulum yang relevan kepada keperluan industri, bisnes, komuniti dan individu. • Kualiti pendidikan dapat ditentukan melalui penyediaan dan penawaran kurikulum yang relevan di samping memberi penyediaan yang lengkap terhadap graduan bagi melagkah ke alam pekerjaan mahupun ke peringkat tertinggi.

  37. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA Di dalam perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia, semakin hari semakin bertambah bilangan institusi-institusi latihan bagi menyediakan pekerja yang separa mahir dan mahir di dalam industri. Ini adalah selaras dengan objektif pendidikan teknik yang mana berfungsi untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat menengah atas bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang teknik dan seterusnya membolehkan pelajar mendapat pekerjaan di sektor teknikal, perindustrian dan perdagangan.

  38. Di antara agensi – agensi kerajaan yang terlibat di dalam menyediakan latihan khusus dalam bidang teknikal adalah : a) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) b) Kementerian Sumber Manusia c) Kementerian Belia dan Sukan d) Majlis Amanah Rakyat (MARA) e) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

  39. Manakala, agensi – agensi swasta yang menyediakan kursus dalam bidang teknikal adalah : a) Institut Teknologi Federal b) Institut Teknologi Pekerja c) Jayadiri Institute Of Technology. dll

  40. INSTITUT LATIHAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL • Politeknik & Kolej Komuniti KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI

  41. POLITEKNIK • Objektif penubuhan politeknik adalah untuk melatih lepasan sekolah menengah menjadi pembantu teknik, juruteknik dan eksekutif perniagaan yang terlatih dengan menyediakan pengetahuan teknologi dan pengalaman kerja yang relevan. • Semua kursus yang dikelolakan oleh politeknik adalah kursus sepenuh masa diperingkat sijil dan diploma. • Terdapat 37 jenis kursus yang ditawarkan di politeknik.

  42. Di antara kursus - kursus yang ditawarkan di politeknik adalah : a) Kejuruteraan Awam b) Kejuruteraan Elektrik / Elektronik c) Kejuruteraan Mekanikal d) Kejuruteraan Teknologi Komputer e) Perdagangan f) Senibina g) Teknologi Memproses Makanan dll

  43. KOLEJ KOMUNITI • Matlamat kolej komuniti ialah menyediakan peluang yang lebih luas dalam pendidikan dan latihan untuk kumpulan yang kurang bernasib baik dari segi akademik dan sosial. • Ini membolehkan mereka mengambil bahagian yang aktif dalam pekerjaan dan peluang perniagaan, dan dengan itu turut menyumbang kepada kemajuan dalam pengagihan pendapatan. • Ia menawarkan kursus di peringkat sijil dan diploma • Selain menawarkan kursus secara formal, kolej komuniti juga menyediakan kursus – kursus pendek yang bukan formal.

  44. Kementerian Belia dan Sukan • Terdapat 17 pusat belia negara ditubuhkan di Malaysia. • Objektif penubuhan pusat belia negara ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal dan pembuatan bagi mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembuatan di Malaysia. • Salah satu contoh pusat belia negara adalah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Selangor.

  45. Kementerian Sumber Manusia Institut Latihan Perindustrian (ILP) Institut Teknikal Jepun –Malaysia (JMTI) Kementerian Sumber Manusia Pusat Latihan Pengajar Dan Latihan Lanjutan (CIAST) Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

  46. MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN (MLVK) • Latar belakang MLVK - ditubuhkan pada 2 Mei 1989 yang bertujuan untuk merumus, mengalakkan dan menyelaraskan strategi serta program latihan vokasional dan perindustrian sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi negara. - Ia merupakan agensi kerajaan di mana ianya terdiri daripada ahli-ahli majlis iaitu : a) Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia sebagai pengerusi b) 10 wakil pihak kerajaan. c) 10 wakil sektor swasta.

  47. Objektif penubuhan MLVK adalah : a) untuk mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian yang menyeluruh dan bersesuaian dengan strategi dan objektif pembangunan negara yang bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang berdasarkan bidang perindustrian menjelang tahun 2020. b) untuk mengalakkan, memperkembangkan, membantu dan membangunkan program-program latihan vokasional dan perindustrian di peringkat mahir dan separuh mahir.

  48. INSTITUSI LAIN DAN UNIVERSITI • Di antara universiti dan institusi yang menawarkan kursus dalam pendidikan teknik dan vokasional adalah : - Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Universiti Putra Malaysia (UPM) - Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) - Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) - Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) dll

  49. Peranan PTV dalam Pembangunan Negara • Dari sudut ekonomi, PTV berperanan dalam melahirkan keperluan tenaga profesional dan separa profesional dan akan mempengaruhi output dan keberkesanan ekonomi negara • Dari Sudut sosial, PTV berperanan dalam meliputi peningkatan suatu perkhidmatan dalam bidang pendidikan, peningkatan peluang dan pemberian kemudahan-kemudahan dalam pendidikan dan latihan teknikal • Dari sudut individu, dapat merangsang individu/pelajar untuk terus belajar bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehan dalam bidang teknikal, dan melahirkan pelajar yang mempunyai pakej pengetahuan dalam bidang teknikal.

  50. Peranan PTV dalam Pembangunan Kerjaya • Mewujudkan tenaga mahir dalam bidang teknik dan vokasional untuk memenuhi matlamat kerajaan dalam menghasilkan satu kumpulan k-workers yang berpengetahuan dan kemahiran tingi • Dalam pembangunan sumber tenaga manusia untuk mengisi keperluan perkidmatan dalam bidang teknikal seperti mekanikal, kejuruteraan, elektrik • Untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor tenaga kerja dalam bidang kemahiran teknik dan vokasioanl

More Related