1 / 33

SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

tasya
Télécharger la présentation

SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1.

    2. Persekutuan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

    3. Dalam sistem pemerintahan ini, terdapat 3 badan utama iaitu:- pemerintah (eksekutif) perundangan (legislatif) kehakiman (judisial). Ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan & tugas masing2 Struktur pentadbiran negara secara umunya terbahagi kepada 2 peringkat iaitu persekutuan & negeri.

    4. Badan Pemerintah (Eksekutif) Badan ini sama ada di peringkat persekutuan @ negeri mempunyai kuasa memerintah. Ia melaksanakan undang2 yang telah diluluskan oleh badan perundangan. Badan eksekutif:- - peringkat Persekutuan Jemaah Menteri - peringkat Negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    5. Badan Perundangan (Legislatif) Fungsi badan perundangan: menggubal meminda meluluskan undang2 Terdapat 2 badan perundangan. - peringkat Persekutuan Parlimen - peringkat Negeri Dewan Undangan Negeri.

    6. Undang2 yang digubal oleh Parlimen @ Dewan Undangan Negeri perlu mendapat perkenan:- - Yang Dipertuan Agong peringkat Persekutuan - Sultan @ Yang Dipertuan Negeri peringkat Negeri Menurut Perlembagaan Persekutuan, tugas menggubal, meminda & meluluskan undang2 boleh dilakukan Jemaah Menteri (badan eksekutif) atas nama Parlimen

    7. Badan Kehakiman (Judisial) Peranan utama badan kehakiman - menjaga keluhuran perlembagaan - memelihara keseimbangan kuasa antara badan eksekutif & badan perundangan Peranan lain yang penting ialah:- - menjaga keadilan - mengawasi badan eksekutif supaya tidak menyalahgunakan kuasa menggubal, meminda & meluluskan undang2 yang bertentangan dengan perlembagaan

    8. Pentadbiran Peringkat Persekutuan Badan Eksekutif Kuasa eksekutif tertinggi terletak di tangan YDP Agong & baginda merupakan ketua negara Malaysia Walaupun begitu, kuasa eksekutif sebenarnya dijalankan oleh:- Jemaah Menteri mana2 Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri

    9. Yang Dipertuan Agong Baginda tidak boleh didakwa di mana2 mahkamah kecuali di Mahkamah Khas. Apabila seseorang Sultan dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong, baginda tidak boleh: Menjalankan tugas2 Raja di negerinya Memegang sebarang jawatan bergaji Berniaga Meninggalkan persekutuan selama lebih 15 hari pada satu ketika tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan rasmi negara.

    10. Pemilihan Yang Dipertuan Agong Yang Dipertuan Agong dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu. Seseorang raja layak dipilih memegang jawatan ini kecuali: - Baginda masih remaja - Baginda tidak mahu menjadi Yang Dipertuan Agong - Gila @ keuzuran fizikal Ada sebab2 lain yang meyakinkan Ahli Majlis dengan sokongan undi minimum 5 orang.

    12. Bidang Kuasa Yang Dipertuan Agong YDP Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam 3 perkara: Melantik seorang PM Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara2 berkenaan dengan:- - keistimewaan - kedudukan - kemuliaan & kebesaran Raja2 dan hal2 lain seperti yang tersebut dalam Perlembagaan.

    13. Majlis Raja-Raja Ditubuhkan pada tahun 1948 Tujuan penubuhan:- memperjuangkan kedaulatan Raja2 Melayu dari dihapuskan oleh British. Dianggotai oleh - Raja2/Sultan dari 9 buah negeri - YDP Negeri bagi Melaka,Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Persidangan Majlis Raja-Raja diadakan 3 @ 4 kali setahun. Setiap persidangan mengambil masa 3 hari

    14. Peranan Majlis Raja-Raja:- Memilih YDP Agong & Timbalan YDPA Mempersetujui @ tidak amalan dan upacara keagamaan yang meliputi seluruh Persekutuan Mempersetujui @ tidak undang2 Memberi nasihat mengenai perlantikan yang menurut perlembagaan serta memerlukan persetujuan selepas berunding dengan MRR.

    15. Melantik anggota2 Mahkamah Khas Memberi pengampunan, menangguhkan @ meringankan hukuman2 Menimbangkan soal2 mengenai dasar negara.

    16. Jemaah Menteri @ Kabinet Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri & Menteri2 lain. JM terdiri daripada mereka yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen. Pemilihan ditentukan melalui proses pilihan raya. Dalam konteks pemerintahan demokrasi, ahli2 kabinet @ JM inilah membentuk badan kerajaan yang memerintah

    17. Perdana Menteri Perlantikan PM sebagai ketua kabinet dilantik oleh YDP Agong & PM dipilih daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang dipercayai mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.

    18. Menteri Menteri2 lain dilantik dari kalangan ahli - Dewan Rakyat - Dewan Negara. Seorang menteri boleh mengetuai satu @ lebih kementerian. Seseorang menteri yang dilantik mengetuai sesuatu kementerian bertanggungjawab menjalankan tugas2 yang diberikan kepadanya mengikut Akta Tugas2 Menteri.

    19. Peranan Jemaah Menteri Peranan utama ahli kabinet termasuk Perdana Menteri ialah: - Menentukan dasar kerajaan & memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan & negeri - Bertindak sebagai badan penasihat kepada YDP Agong.

    20. Badan Perundangan (Legislatif) Di peringkat Persekutuan, kuasa badan perundangan terletak pada Parlimen yang terdiri daripada: - YDP Agong - 2 majlis Parlimen iaitu (Dewan Rakyat & Dewan Negara) Parlimen mempunyai kuasa membuat undang2. Walaupun YDP Agong merupakan komponen Parlimen tetapi baginda tidak terlibat dalam menggubal undang2.

    21. Badan Kehakiman (Judisial) Badan kehakiman terletak di mahkamah. Peranan badan kehakiman ialah menjaga keadilan semua pihak tanpa mengira kedudukan, keistimewaan, warna kulit, fahaman politik, agama, besar @ kecil organisasi atau pun pengaruhnya. Ia merupakan satu badan yang bebas.

    22. Mahkamah mempunyai 4 bidang kuasa yang besar iaitu: - mentafsirkan perlembagaan - mentafsir sesuatu undang2 - mengisytiharkan sesuatu undang-undang2 bertulis persekutuan @ negeri sebagai tidak sah - Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi undang-undang

    23. Sistem Mahkamah & Tahap-tahapnya Sistem mahkamah di Malaysia secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Terdapat 9 jenis mahkamah iaitu: - Mahkamah Agung - Mahkamah Tinggi - Mahkamah Sesyen - Mahkamah Majistret - Mahkamah Penghulu - Mahkamah Anak Negeri/Daerah - Mahkamah Juvana - Mahkamah Syariah - Mahkamah Perusahaan

    24. Pentadbiran Peringkat Negeri Badan Eksekutif Fungsi Badan eksekutif di peringkat Persekutuan/Negeri:- bertanggungjawab memerintah negeri/negara. Terdiri daripada Raja/Sultan @ YDP Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

    25. Bidang Kuasa Raja2 & Yang Dipertua Negeri Gelaran Sultan Ketua Negeri bagi Negeri Beraja seperti Selangor, Perak, Pahang, Kelantan, Kedah & Terengganu. Gelaran Yang Dipertuan Besar Ketua Negeri bagi Negeri sembilan. Gelaran Raja Ketua Negeri bagi Perlis. Gelaran Yang Dipertua Negeri Ketua Negeri bagi Negeri tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak Raja/Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan bertindak berdasarkan prinsip menurut nasihat dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Begitu juga YDP Negeri dimana ia turut bertindak atas prinsip menurut nasihat.

    26. Raja/Sultan berkuasa memutuskan UU mengikut budi bicara baginda dalam perkara: Melantik Menteri Besar Tidak memperkenankan permintaan untuk pembubaran DUN Meminta supaya diadakan satu mesyuarat MRR semata-mata membincangkan:- - keistimewaan - kedudukan - kemuliaan - kebesaran Raja-Raja @ mengenai amalan @ upacara agama Islam

    27. Fungsi Raja/Sultan:- - ketua agama Islam - ketua adat istiadat Melayu - melantik waris @ permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja - melantik orang menyandang pangkat, gelaran, kemuliaan & kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan tugas2 yang berkenaan - membuat peraturan mengenai balai diraja dan istana

    28. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kabinet Negeri MMKN menyerupai Jemaah Menteri di peringkat persekutuan. Ia boleh dianggap sebagai kabinet negeri. Negeri2 Melayu beraja - diketuai oleh Menteri Besar Negeri Melayu tidak beraja - diketuai oleh Ketua Menteri

    29. Peranan MMKN Sebagai badan yang memerintah, MMKN bertanggungjawab: - Membentuk dasar-dasar kerajaan negeri & melaksanakan dasar-dasar tersebut. - Menasihati Raja @ yang Dipertua Negeri masing-masing.

    30. Badan Perundangan Dewan Undangan negeri Badan perundangan negeri terletak pada Dewan Undangan Negeri (DUN). Dewan ini menyerupai Parlimen di peringkat persekutuan Setiap negeri mempunyai satu dewan sahaja berbanding dengan Parlimen yang mempunyai 2 dewan iaitu:- - Dewan Rakyat & Dewan Negara. Dewan Undangan Negeri berfungsi:- - mendengar, membahas & menggubal UU negeri untuk diterimapakai di peringkat negeri masing2.

    31. Keanggotaan Dewan Perundangan Negeri Keanggotaan dewan ini terdiri daripada Raja/Sultan/YDP Negeri & sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli DUN dipilih melalui pilihan raya. DUN ini juga dianggotai oleh 3 orang ahli yang dilantik oleh kerajaan negeri. Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang2 Negeri & Pegawai Kewangan Negeri. Pembentangan, pembahasan & kelulusan undang2 hanya dibuat oleh ahli DUN sahaja.

    32. Pentadbiran Negeri, Daerah, Mukim & Kampung Sistem pemerintahan & pentadbiran negara terbahagi kepada beberapa peringkat:- - bahagian (Residen) - daerah (Pegawai Daerah) - mukim (Penghulu/Ketua Anak Negeri/Pegawai Perkhidmatan Tadbir) - kampung (Ketua Kampung/ Penghulu)

    33. = THE END =

More Related