1 / 23

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA. E. L. J. EKSEKUTIF. LEGISLATIF. JUDISIARI. Berlaku secara TEORI. Contoh wujudnya pertindihan kuasa:. YDPA punca kuasa (X) badan E, L dan J. Menteri adalah ahli kabinet (badan E) dan juga pembawa usul rang undang- undang (Badan L). 1. 2.

yorick
Télécharger la présentation

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

  2. E L J EKSEKUTIF LEGISLATIF JUDISIARI Berlaku secara TEORI Contoh wujudnya pertindihan kuasa: YDPA punca kuasa (X) badan E, L dan J. Menteri adalah ahli kabinet (badan E) dan juga pembawa usul rang undang- undang (Badan L). 1. 2.

  3. JEMAAH MENTERI (JM) / KABINET Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA. JM akan mengandungi seorang PM selaku Ketua JM dan beberapa orang Menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing Perkara 43 Perlembagaan, YDPA hendaklah melantik suatu JM untuk menasihatkannya dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. JM hendaklah dilantik seperti berikut: YDPA hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan penuh sebilangan besar ahli-ahli Dewan sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai JM Atas nasihat PM, YDPA hendaklah melantik Menteri-menteri lain di antara ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen Meneteri boleh dilantik daripada mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Negara @ Dewan Rakyat) JM adalah bersama bertanggungjawab (kolektif) kepada Parlimen. Jika PM tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat, maka PM hendaklah meletakkan jawatan JM, melainkan jika atas permintaannya YDPA membubarkan Parlimen Menteri-menteri lain JM adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA, melainkan pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh YDPA atas nasihat PM • • • 1. 2. 3. • • •

  4. AHLI KABINET MALAYSIA 2013 Y.A.B. DATO' SERI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan

  5. PERDANA MENTERI MALAYSIA(PM) • • • • 1. 2. 3. • • • PM bertindak selaku Pengerusi dalam Mesyuarat JM yang diadakan seminggu sekali, setiap Rabu PM juga berperanan seabagi Ketua Pentadbir Utama Malaysia digelar Ketua Eksekutif Sebenar PM juga menentukan dasar dan polisi yang diamalkan oleh negara PM berperanan memperkenalkan sesuatu dasar dengan tujuan Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam Malaysia Mengubah sikap pegawai perkhidmatan awam Merapatkan hubungan sektor awam dan swasta Contoh dasar yang pernah diamalkan Dasar Penswastaan, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang ke Timur dan sebagainya Beliau juga adalah ketua sebuah parti politik yang menang majoriti dalam pilihanraya umum PM juga adalah Pegawai Diplomat Utama Negara PERDANA MENTERI MALAYSIA (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak

  6. KEMENTERIAN Agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan Tanggungjawab seseorang Menteri dilaksanakan oleh badan yang dikenali sebagai kementerian ini Menteri-menteri yang memegang kementerian yang penting dan mempunyai tanggungjawab yang berat dibantu oleh Timbalan-timbalan Menteri PM selaku Ketua Kerajaan berhak menentukan jumlah kementerian berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan negara. Terdapat 27 buah Kementerian di Malaysia sehingga ke hari ini (Kabinet baru Mac 2008) Antara kementerian baru yang diwujudkan di bawah adalah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan Setiap kementerian yang diwujudkan mempunyai tanggungjawab dan peranan bagi membentuk dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolio kementerian berkenaan Ketua Setiausaha adalah Pegawai Pentadbir Utama sesebuah kementerian dan merupakan penasihat kepada Menteri terutamanaya dalam pembentukan dasar dan melaksanakan arahan menteri Kementerian paling penting di Malaysia adalah Jabatan Perdana Menteri. PM dibantu oleh TPM dan beberapa orang Menteri Tak Berportfolio. Pegawai pentadbir tertinggi JPM ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) juga bertindak selaku Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia. • • • • • • • • • • •

  7. SURUHANJAYA Suhanjaya dibentuk di Malaysia atas dua tujuan utama: Memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan lancar dan sistematik Membolehkan pentadbiran hal ehwal awam dijalankan secara adil dan saksama tanpa sebarang pengaruh politik Perlembagaan membenarkan 2 jenis suruhanjaya tetap iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan juga dibenar menubuhkan suruhanjaya khas bagi mengkaji perkara-perkara atau masalah tertentu Ahli-ahli suruhanjaya adalah dilantik secara khas oleh YDPA dan akan berkhidmat dalam tempoh 5 tahun Ahli-ahli suruhanjaya juga boleh , melainkan hilang kelayakan dilantik semula dari masa ke semasa Ahli juga boleh meletak jaatan pada bila-bila masa tetapi tidak boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan rasional seperti tidak waras dsb Di peringkat Kerajaan Persekutuan terdapat 5 buah suruhanjaya : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Suhanjaya Pasukan Polis Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Suruhanjaya Pilihanraya • 1. 2. • • • • • • 1. 2. 3. 4. 5.

  8. BADAN JUDISIARI (KEHAKIMAN) D.Robertson, “Kehakiman adalah satu badan kehakiman di dalam satu sistem perundangan”. Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk Persekutuan Fungsi penting badan kehakiman: Mentadbir keadilan secara saksama Pelindung hak asasi manusia daripada sebarang bentuk pencabulan oleh individu atau kerajaan KATEGORI MAHKAMAH DI MALAYSIA • • • 1. 2. Mahkamah Atasan Mahkamah Rendah Mahkamah Khas 1. 2. 3. 1. 2. MAHKAMAH PERSEKUTUAN MAHKAMAH NEGERI Mahkamah Syariah Mahkamah Adat

  9. Samb…BADAN JUDISIARI (KEHAKIMAN) Ketua Kehakiman adalah Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan • Mahkamah Agung • • Mahkamah Rayuan • Mahkamah Tinggi Tanah Melayu & Borneo • Mahkamah Sesyen • Mahkamah Juvana • Mahkamah Majistret Kelas I dan II • Mahkamah Tuntutan Kecil • Mahkamah Penghulu • Mahkamah Tentera • Mahkamah Perusahaan • Mahkamah Buruh • Mahkamah Khas Raja-raja • Mahkamah Negeri MAHKAMAH ATASAN MAHKAMAH RENDAH MAHKAMAH KHAS SENARAI MAHKAMAH DI PERINGKAT PERSEKUTUAN

  10. Samb…BADAN JUDISIARI (KEHAKIMAN) SENARAI MAHKAMAH DI PERINGKAT NEGERI • Mahkamah Syariah Rayuan • Mahkamah Tinggi Syariah • Mahkamah Rendah Syariah • Mahkamah Adat Daerah • Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat • Mahkamah Penghulu MAHKAMAH SYARIAH MAHKAMAH ADAT

  11. Samb…BADAN JUDISIARI (KEHAKIMAN) PELANTIKAN HAKIM • • Pelantikan hakim dibuat oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Hakim Besar Tanah Melayu ---PM harus berunding dengan 2 orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi • • • Hakim Besar Borneo Sarawak Hakim Mahkamah Agung Hakim Mahkamah Tinggi ----PM harus berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan ----PM harus berunding dengan 2 orang Hakim Besar ----PM harus berunding dengan Hakim Besar Mahkamah PELANTIKAN MAJISTRET • • Majistret Kelas Pertama bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA dan di peringkat negeri dilantik oleh Raja/ Gabenor atas cadangan Hakim Besar Majistret Kelas Kedua bagi Wilayah Persekutuan dilantik oleh YDPA dan bagi negeri dilantik oleh Raja/ Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar

  12. Samb…BADAN JUDISIARI (KEHAKIMAN) KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN • 1. 2. • • • • Seseorang hakim setelah dilantik tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh YDPA sebelum mencapai usia persaraan, 65 tahun kecuali Berkelakuan tidak baik Tidak berupaya dari segi mental dan fizikal Pemecatan hakim harus melalui tribunal khas yang mengandungi 5 atau lebih hakim yang telah bersara atau yang masih berkhidmat Saraan hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan Saraan hakim dan syarat jawatannya tidak boleh dipinda sama sekali Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dikemukakan oleh tidak kurang ¼ ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara

  13. BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) YDPA MAJLIS RAJA-RAJA PARLIMEN Dewan Negara Dewan Rakyat • • Perundangan merangkumi segala undang-undang yang diluluskan oleh sesuatu badan yang ditubuhkan bagi maksud tersebut Badan perundangan di peringkat Persekutuan adalah Parlimen • • Akta Ordinan ------ undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan diguna pakai di seluruh Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak ------ Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan digunapakai di Sabah dan Sarawak sahaja • Enakmen ------ Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan digunapakai di Semenanjung Malaysia sahaja

  14. Samb…..BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) TUGAS YDPA • YDPA sebagai Ketua Negara Persekutuan • Dilantik 5 tahun sekali di kalangan 9 orang 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tugas mengikut nasihat Tugas mengikut budi bicara Pemerintah tertinggi angkatan tentera Perkenan rang undang-undang Isytihar darurat Kuasa pengampunan Raja-raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH YDPA 1. Tidak boleh menjalankan tugas sebagai Raja di negeri baginda sendiri kecuali sebagai Ketua Agama Islam 2. Tidak boleh memegang jawatan yang mempunyai saraan Tidak boleh mengambil bahagian aktif dalam apa bentuk perniagaan Tidak boleh meninggalkan Malaysia dalam tempoh 15 hari kecuali atas izin MRR utk maksud rasmi negara Tidak boleh menerima sebarang bentuk emolumen YANG DIPERTUAN AGONG (YDPA) 3. 4. 5.

  15. Samb…..BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA • Memilih YDPA dan Timbalannya • Memberi persetujuan/ penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak • Memberi persetujuan/ enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang pelantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan MRR • Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara KUASA BUDI BICARA MRR • Memilih atau memecat YDPA/Timbalannya • Memberi nasihat tentang apa-apa pelantikan • Mempersetujui atau tidak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan negeri, keistimewaan Raja • Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia MAJLIS RAJA-RAJA Dianggotai oleh 9 orang Sultan dan 4 gabenor/Yang DiPertua Negeri

  16. Samb…..BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) YANG di-PERTUAN AGONG Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya YDPA sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. YDPA diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya. • • • • •

  17. Samb…..BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) PARLIMEN Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan Fungsi utama Parlimen adalah membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil Keistimewaan / Kebebasan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan. Terdapat 2 dewan utama Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu • • • • • • • •

  18. Samb…..BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli, 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya. Ahli Dewan Negara dikenali sebagai Senator Seseorang calon Dewan Negara hendaklah:- warganegara Malaysia tidak kurang dari 30 tahun waras fikiran bukan seorang muflis tidak mempunyai rekod jenayah Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli- ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. • • • 1. 2. 3. 4. 5. 6. • • DEWAN NEGARA

  19. Samb…..BADAN LEGISLATIF (PERUNDANGAN) DEWAN RAKYAT Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Speaker Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:- warga negara Malaysia tidak kurang dari 21 tahun waras fikiran bukan seorang muflis tidak mempunyai rekod jenayah Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan. • • • 1. 2. 3. 4. 5. 6.

  20. Yang DiPertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia 28.04.2008 - kini Yang DiPertua Dewan Negara YB Dato' Ir Wong Foon Meng 07.07.2009 - kini

More Related