1 / 17

MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN

MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN. Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara-perkara tersebut adalah: Peranan Norma Status Kuasa Kepercayaan. Peranan.

xanti
Télécharger la présentation

MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara-perkara tersebut adalah: • Peranan • Norma • Status • Kuasa • Kepercayaan.

  2. Peranan Ellis & Fisher (1994) menyatakan peranan timbul lantaran apa yang kita harapkan dari diri kita dan apa yang orang lain harapkan dari kita. Terdapat 3 kategori peranan: • Peranan tugas kelompok • Peranan pemelihara kelompok • Peranan individu.

  3. Peranan • Peranan boleh diperolehi secara formal atau tidak formal. • Peranan (1) dan (2) adalah peranan yang berkaitan dengan matlamat kumpulan (matlamat pencapaian dan matlamat penjagaan kumpulan) • Matlamat pencapaian adalah hasil yang diinginkan (produk- berkaitan dengan keberkesanan kumpulan) • Matlamat penjagaan kumpulan adalah merujuk pada usaha mengendali, mengukuh dan mensejahterakan kumpulan (jaga hubungan).

  4. Peranan Tugas Kelompok • Contoh peranan tugas kelompok: • Membuat keputusan • Menyelesaikan masalah • Mencetuskan idea-idea baru Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli dalam melaksanakan tugas ini adalah:

  5. Peranan Tugas Kelompok (samb.) • Perintis-penyumbang • Pencari informasi • Pencari pendapat • Pemberi informasi • Penerang • Penyimpul • Penyalaras-penyatu

  6. Peranan Tugas Kelompok (samb.) h. Pengarah i. Pembantah j. Penilai-pengkritik k. Pendorong l. Petugas Teknik m. Pencatat

  7. Peranan Pemeliharaan Kelompok Peranan yang dimainkan oleh ahli untuk memelihara hubungan emosional. Ahli wajar bertindak sebagai: • Penggalak • Pelerai-pendamai • Pengkompromi • Pengawal • Pengasas Piawai • Pengikut

  8. Peranan Individu Satu usaha individu dalam kumpulan untuk memenuhi keperluan peribadi yang tidak relevan dengan tugasan kumpulan atau matlamat kumpulan. Individu seperti ini selalunya bertindak sebagai: • Penyerang • Penghambat • Pencari nama

  9. Peranan Individu (samb.) d. Pengungkap diri e. Peleser f. Penindas g. Pencari simpati

  10. Norma Kumpulan • Peraturan atau piawai yang perlu dipatuhi oleh ahli kumpulan untuk memudahkan proses pencapaian matlamat kumpulan • Norma yang menjadi amalan akan membudaya dalam kumpulan • Norma menyatakan apa yang elok dan tidak elok, apa yang sesuai/tidak sesuai dan apa yang perlu dan tidak perlu.

  11. Norma Kumpulan (samb.) • Terdapat 2 kategori norma: • Bertulis: norma yang dibentuk secara formal. Misalnya polisi/undang-undang atau perlembagaan kumpulan • Tidak bertulis: norma yang dibentuk secara tidak formal. Misalnya hukum sosial; memerhati perlakuan orang lain

  12. Norma Kumpulan (samb.) • Keakuran kepada norma berlaku apabila: • Kejelasan penyataan norma serta hukumnya jika dilanggar • Bilangan anggota yang telah menerima dan memperakuinya ramai • Kualiti hubungan interpersonal yang baik • Kekuatan semangat kekitaan • Mahu bersama dalam kumpulan dalam jangka masa yang lama

  13. Status dalam kumpulan • Kedudukan sosial atau kepentingan ahli dalam sesebuah kumpulan • Tinggi atau rendah status ahli dalam kumpulan akan mempengaruhi cara bercakap • Kajian Beebe & Masterson (1994) mendapati:

  14. Status dalam kumpulan (samb.) • Orang berstatus tinggi lebih berkomunikasi daripada orang berstatus rendah • Orang berstatus tinggi suka berkomunikasi dengan orang berstatus tinggi • Orang berstatus tinggi lebih berpengaruh membuat keputusan • Orang berstatus rendah lebih mengarahkan komunikasinya kepada orang berstatus tinggi • Ramai ahli tidak menghiraukan komen/pendapat orang berstatus rendah.

  15. Kuasa dalam kumpulan • Pengaruh di dalam kumpulan yang mampu menimbulkan ketundukan /keakuran • Terdapat 5 jenis kuasa: • Kuasa koersif: ganjaran/hukuman kpd ahli • Kuasa keahlian: ada pengetahuan, kepakaran, pengalaman, ketrampilan atau kemampuan

  16. Kuasa dalam kumpulan (samb.) 3. Kuasa bermaklumat: mempunyai maklumat kritikal dan terbaru yang amat diperlukan oleh ahli 4. Kuasa rujukan: idola (kerangka rujukan untuk menilai diri; menjadi teladan) 5. Kuasa undang-undang: kedudukan formal yang diperolehi hasil dari lantikan, atau peraturan telah menetapkan ahli perlu akur kepada arahan.

  17. Kepercayaan dalam kumpulan • Kewujudan saling mempercayai antara ahli sehingga dapat menjalinkan kemesraan dalam kumpulan • Komunikasi yang dilakukan tidak berkesan bukan kerana mesej tidak difahami dan tidak didengar, sebaliknya kerana tidak mahu percaya kepada apa yang disampaikan. Keraguan terhadap diri komunikator.

More Related