Download
novel n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Novel PowerPoint Presentation

Novel

898 Vues Download Presentation
Télécharger la présentation

Novel

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. Novel wira persona avatari

  2. Sinopsis • Pasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline, Aina, dan Anjali sudah bersiap sedia untuk meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 3.00 petang. • Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan, diikuti oleh Anas, Aina, Zuriani, Pauline, dan Anjali. Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India. • Berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki India itu berjaya diberkas oleh Adeen dan Arias manakala lelaki Cina dapat meloloskan diri setelah dia menembak Aina. • Aina akhirnya pengsan di atas pangkuan ibunya, Maizan. Aina merupakan seorang murid yang tabah dan tekun.

  3. Semasa waktu rehat, Aina masih berada di dalam bilik darjahnya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya melalui jaringan internet. • Zuriani, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaankali kesepuluh yang ditampal di papan kenyataan. • Semasa abangnya, Anas pulang, Aina segera memberitahu Anas tentang Pertandingan Avatari itu • Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina asyik melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertandingan Avatari itu

  4. Mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu. • Akhirnya mereka mendapat bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari yang pertama dulu. • Mereka sudah ada empat orang dalam pasukan yang akan bertanding nanti • Mereka hanya memerlukan seorang lagi ahli untuk memenuhi syarat lima orang ahli dalam satu pasukan. Aina mencadangkan Adeen, anak Profesor Zakri

  5. Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia akhirnya menarik diri. • Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. • Anas dan Pauline berbincang untuk mencari pengganti kepada Kumar.Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai Pasukan Zamrud II.

  6. Zuriani merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirinya. • Aina memujuk Zuriani untuk menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli pasukan simpanan. • Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. • Salah satu halangan yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho • Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star milik Pak Cik Ho.

  7. Sebagai akibatnya, Aina, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II kena tembak. • Kemudian, cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah dicuri oleh Anjali, ahli Pasukan Zamrud II sendiri. • Kejadian sabotaj ini menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir terkeluar daripada pertandingan. • Walau bagaimanapun, dengan kecekapan, kemahiran, dan keberanian ahli-ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan dan permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya. • Pasukan Zamrud II akhirnya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

  8. Tema • Memupuk semangat patriotisme melalui penguasaan • teknologi maklumat dalam kalangan remaja. • Contohnya : Aina, baru sahaja mencecah usia 12 tahun, tetapi dengan • kebolehannya dalam bidang teknologi maklumat, bersama-sama dengan • rakan-rakan remajanya yang lain telah menaikkan imej negara dipersada • dunia dengan memenangi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

  9. Persoalan • Kerja sepasukan (team work) adalah penting untuk mencapai sesuatu matlamat. • Ahli-ahli Pasukan Zamrud II telah memberikan kerjasama serta komitmen yang padu dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Walaupun menghadapi pelbagai masalah, rintangan, dan cabaran, tetapi akhirnya mereka berjaya • Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangun dan memajukan negara yang berbilang bangsa. • Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani telah membuktikan bahawa bangsa yang berbeza boleh bersatu dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan

  10. (c)Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi suatu keperluan dan gaya hidup baru dalam kehidupan moden. • Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada internet. (d)Ketajaman dan kecerdasan remaja dapat dilatih sejak usia awal kanak-kanak. • Adeen digalakkan oleh bapanya, iaitu Profesor Zakri, menggunakan komputer sejak dia kecil lagi. (e) Kekayaan boleh menjadikan seseorang itu angkuh dan sombong. • Kumar yang merupakan anak kepada jutawan rangkaian kedai barang kemas bersikap ego dan panas baran.

  11. Watak & Perwatakan • Watak-watak utama dalam novel ini ialah Aina dan Anas. • Watak-watak sampingan terdiri daripada Adeen, Pauline, Anjali, Kumar, Ho Shao Long, Tan Beng Kiat, Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ab Kong, dan Samy. • Watak-watak yang hanya disebut nama mereka, yakni tidak muncul secara fizikal dalam cerita terdiri daripada Profesor Muhamad Fitri Izzati (bapa Arias dan Aina), Profesor Zakri (bapa Adeen), Encik Kuppusamy (bapa Kumar), Muthu (abang Anjali), Chan Kok Meng, dan Mak Cik Nora,

  12. Aina • Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam. • Aina anak kepada Profesor Muhamad Fitri Izzati dan adik kepada Anas. • Aina berbadan kecil. • Aina seorang yang pintar. Rakan-rakan sekelasnya menggelarnya si cili padi • Aina cekap menggunakan komputer. Dia membuat kerja sekolahnya dengan mencari bahan daripada sumber internet • Aina merupakan salah seorang ahli dalam Pasukan ZamrudII

  13. (g) Aina mahir bersilat. Dia mempelajari silat di sekolah dan juga dengan Cikgu Nisah. (h) Aina berani dengan bertindak menghalang laluan penceroboh yang memasuki bilik persalinan Pasukan Zamrud II. Sebagai akibatnya, dia ditembak. • Aina mengambil berat dan mengamalkan aspek keagamaan. Sejak kecil dia memakai tudung. (j) Aina berprinsip dan tetap pendirian serta kritis. Semasa Pak Cik Ho memberitahunya bahawa dia tiada pilihan dan terpaksa membeli satu tip yang kontroversial dari Jepun melalui pasar gelap, Aina menegaskan bahawa yang salah tetap salah kepada Pak Cik Ho.

  14. ANAS • Anas remaja berusia 17 tahun dan sedang belajar dalam tingkatan lima. • Anas anak kepada Profesor Muhamad Fitri Izzati dan abang kepada Aina. • Anas mahir mengendalikan komputer. • Anas mahir dalam permainan catur. Kemahirannya bermain catur membantunya semasa mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari. • Anas mahir bersilat. Anas bersama dengan Adeen telah berjaya memberkas Samy yang menceroboh bilik persalinan Pasukan Zamrud II.

  15. (f) Anas salah seorang pemain hoki untuk pasukan sekolahnya. (g) Anas belajar satu sekolah dengan Pauline tetapi berlainan kelas. (h) Anas mempunyai ciri-ciri kepemimpinan. Semasa Pertandingan Avatari, Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran dan kecekapannya bertindak, Pasukan Zamrud II muncul sebagai juara. • Anas berani. Semasa saat-saat genting terutamanya dalam pusingan akhir Pertandingan Avatari, Anas dengan berani telah bertindak sedaya mungkin untuk mematikan mesin masa yang akhirnya membawa kemenangan kepada Pasukan Zamrud II. (j) Anas telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka apabila dia tamat sekolah nanti.

  16. Adeen • Adeen rema]a berusia 18 tahun. Orangnya tinggi dan berambut pendek. • Adeen anak kepada Profesor Zakri, seorang pakar komputer di UTM. • Adeen pernah tinggal berjiran dengan keluarga Anas dan Aina. • Adeen mengambil kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya Multimedia. • Adeen tenang, sabar, matang, dan tidak mudah marah. Adeen masih bersikap tenang walaupun Kumar telah berlaku biadab terhadap dirinya.

  17. (f) Adeen berimej rapper. Adeen gemar memakai baiu T labuh, berseluar besar longgar, berkaca mata tebal, dan telinganya disumbat dengan pembesar suara Walkman. (g) Adeen mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang komputer. Hal ini demikian kerana sejak kecil bapanya, Profesor Zakri telah menggalakkan dia menggunakan komputer. Pak Cik Ho pula tertarik oleh kepakaran Adeen mengubah suai mesin Avatari. (h) Adeen diberi tugas untuk mengendalikan mesin Avatari sepaniang pertandingan berjalan. Tugasnya sangat penting, iaitu menyusun strategi, memantau, dan memberikan arahan kepada rakan-rakannya yang berada di medan tempur ruang realiti maya itu. • Atas kecekapan dan kepakarannya, Adeen berjaya mengatur strategi untuk mematikan mesin masa. Usaha untuk mematikan mesin masa itu telah berjaya dilaksanakan oleh Anas dengan bantuan rakan-rakan yang lain.

  18. anjali • Anjali gadis remaja India yang lincah. Nama sebenarnya ialah Laksmini. • Anjali mahir bermain mahjong. • Anjali dicemburui oleh Pauline kerana kelihatan rapat dengan Anas. • Anjali membesar tanpa didikan ibu dan bapanya. Ibunya telah meninggal dunia. Bapanya pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Dia dibesarkan oleh abangnya yang kedua, Muthu yang merupakan seorang ketua samseng. Sebagai akibatnya, Anjali membesar sebagai remaja yang bermasalah.

  19. (e) Anjali keras hati dan kadangkala bersikap ganas dan kejam. Peribadinya terbentuk oleh persekitaran bandar dan sosial serta keluarganya sendiri. (f) Anjali lebih selesa dengan lagak kelelakian oleh sebab dia selalu berkawan dengan budak lelaki yang kasar. (g) Anjali pakar bermain permainan video. Dalam permainan Robot War, remaja-remaja lelaki tidak dapat mengalahkannya. (h) Anjali pada dasarnya seorang gadis yang baik, tetapi keadaan telah memaksa dia melakukan perkara-perkara yang negatif. Dia mencuri cip mikroelektronik dari mesin Avatari Pasukan Zamrud II adalah aras arahan abangnya, Muthu. Dia sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan itu malah menyesali tindakannya itu.

  20. pauline • Pauline remaja berusia 17 tahun. Anak tunggal kepada Encik Ho Shao Long dan Puan Angie. • Pauline pelajar tingkatan lima. Dia belajar di sekolah yang sama dengan Anas tetapi berlainan kelas. • Pauline berkawan rapat dengan Anas semasa kecil kerana mereka tinggal berjiran. • Pauline bercita-cita menjadi seorang peguam kerana dia seorang yang kritis dan suka berhujah.

  21. (e) Pauline cepat bertindak apabila tercabar. Dia mencabar Kumar supaya meninggalkan Pasukan Zamrud II, setelah Kumar menunjukkan sikap sombong dan memperkecil kemampuan ahli-ahli Pasukan Zamrud II untuk memasuki Pertandingan Avatari. (f) Pauline mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia belajar wushu dengan Pak Cik Tan. (g) Pauline menyimpan perasaan kasih terhadap Anas. Perasaan cemburunya terhadap Anjali adalah buktinya. Pauline tidak senang apabila Anjali rapat dengan Anas. (h) Pauline seorang pendendam.

  22. kumar • Kumar remaja lelaki India berusia 15 tahun. Anak bongsu kepada Encik Kuppusamy, seorang jutawan rangkaian kedai barang kemas ternama di Malaysia. • Kumar remaja yang bermasalah. Mungkin kerana kedudukannya sebagai anak bongsu kepada seorang jutawan menjadikan dirinya sombong dan angkuh. Semasa Adeen menghulurkan tangan hendak bersalam dengannya, Kumar teragak-agak untuk menyambut salam itu

  23. (c) Kumar tidak sabar dan panas baran. Semasa menunggu ketibaan Adeen di pusat permainan video Game Star, Kumar menunjukkan reaksi yang biadab kerana Adeen lambat tiba. Kumar bercakap dengan nada suara yang tinggi untuk menunjukkan emosi marahnya. (d) Kumar bersikap sinis dan memperkecil orang lain. Kumar menyindir dan memperlekehkan kebolehan dan kemahiran Adeen sebagai pakar komputer untuk Pasukan Zamrud II. (e) Perangai Kumar amat bertentangan dengan bapanya, Encik Kuppusamy yang terkenal sebagai seorang yang baik budi pekertinya. (f) Kumar rnenyesali perbuatannya yang lepas setelah melihat kejayaan Pasukan Zamrud II.

  24. Cikgu nisha • Nama penuhnya ialah Nisah Hj. Nawawi. • Seorang guru silat dan bekas sarjan komando • Cikgu Nisah berbadan kecil tetapi garang dan tegas. Suaranya menggerunkan. • Cikgu Nisah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang persilatan. • Cikgu Nisah bersemangat tinggi. Dia ingin melihat Anas, Aina, Adeen,dan Pauline berjaya dalam Pertandingan Avatari • Cikgu Nisah memegang prinsip otak yang cergas hanya datang daripada tubuh badan yang sihat

  25. Pak cik ho (ho shao long) • Bapa kepada Pauline. • Beliau bekas ahli Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor Muhamad Fitri Izzati dan tiga yang lain, yang telah memenangi Pertandingan Avatari yang pertama sepuluh tahun yang lalu. • Beliau pemilik pusat permainan video Game Star. • Beliau baik hati. Beliau sanggup membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan mesin Avatari milik Pasukan Zamrud di kedainva • Walaupun sudah berumur, Pak Cik Ho tetap bersemangat.

  26. Pak cik tan (tan beng kiat) • Pak Cik Tan lelaki Cina yang berbadan kurus dan berusia lewat enam puluhan. • Dia menjadi pengurus kedai permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. • Walaupun rambut sudah beruban, dia masih sihat dan tegap kerana dia mengamalkan senaman tai chi dan minum teh ginseng. • Dia sudah bekerja dengan keluarga Pak Cik Ho lebih daripada 30 tahun. • Dia seorang pekerja yang setia dengan majikannya

  27. Latar tempat • Kompleks Beli-belah Anggun -tempat Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh diadakan. • Di rumah Aina - tempat tinggal Aina dan Anas. Di rumah ini juga tempat Aina dan Anas berbincang cara-cara untuk menyertai Pertandingan Avatari kali kesepuluh. • Di pusat permainan video Game Star - tempat Pak Cik Ho menyimpan mesin Avatari kepunyaan Pasukan Zamrud yang memenangi Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun lain.

  28. Di restoran McDonalds - tempat Arias dan Pauline makan tengah hari sementara menantikan Adeen mengubah suai mesin Avatari di pusat permainan video Game Star • Di kawasan bukit-bukau dan belukar di Batu Layar - tempar ahIi Pasukan Zamrud II menjalani latihan kecergasan fizikal dengan Cikgu • Di sekolah - rempat Aina dan Zuriani belajar.

  29. Latar masyarakat • Masyarakat yang celik komputer dan teknologi maklumat. - Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada internet. Adeen pula sangat mahir mengendalikan program dan perkakasan komputer. • Masyarakat yang terdiri daripada golongan terpelajar. - Bapa Aina dan Anas, iaitu Profesor Dr. Muhamad Fitri Izzati merupakan ketua pasukan penyelidik yang membuat penyelidikan di Laut Andaman. • Masyarakat yang terdiri daripada golongan pelajar. - Aina dan Zuriani belajar di sekolah rendah manakala Anas dan Pauline belajar di sekolab menengah. Adeen pula pelajar kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya Multimedia.

  30. Masyarakat yang menjalankan perniagaan. - Ho Shao Long menjalankan perniagaan kedai permainan video, iaitu Game Star. Encik Kuppusamy pula merupakan jutawan yang memiliki rangkaian kedai barangan kemas ternama di Malaysia. • Masyarakat yang terdiri daripada golongan samseng. - Abang Anjali, Muthu merupakan ketua samseng yang sering membuat kacau di kedai permainan video milik Ho Shao Long. Muthu telah dibayar oleh Chan Kok Meng, ketua penjenayah yang berselindung sebagai tokoh korporat. • Masyarakat yang bantu-membantu dan saling bekerjasama • Ahli Pasukan Zamrud II saling membantu ketika berada di setiap lokasi maya Pertandingan Avatari

  31. Latar masa • Pada petang Sabtu -Anas, Aina, Adeen, dan Pauline mula-mula menjalani latihan kecergasan dengan Cikgu Nisah. • Pada hari Ahad dalam bulan Disember -pusingan akhir Pertandingan Avatari kali yang kesepuluh sedang berlangsung di Kompleks Beli belah Anggun. • Pada waktu malam - Aina dan Anas melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pertandingan Avatari kali kesepuluh.

  32. Plot • Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, • pembaca diperkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani yang sedang berjalan menuju ke bilik persalinan. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan itu. • Dalam bahagian perkembangan, • secara imbas kembali, Aina sedang membuat kerja sekolah semasa murid-murid lain sedang menikmati waktu rehat. Zuriani datang dan memberitahu Aina tentang poster Pertandingan Avatari yang dipamerkan di kantin sekolah. • Konfiik • mula berlaku apabila Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II menarik diri. Empat ahli Pasukan Zamrud Ii yang lain, iaitu Adeen, Anas, Aina, dan Pauline kebingungan dengan tindakan Kumar itu. Akhirnya Anjali menjadi pengganti Kumar.

  33. Pada bahagian klimaks atau kemuncak, - plot kembali ke peristiwa semasa, keadaan di bilik persalinan masih tegang, walaupun Aina telah dibawa ke hospital. Kerana kejadian yang menimpa Aina itu, ahli-ahli Pasukan Zamrud Il hendak menarik diri daripada bertanding. • Pada pengakhiran atau peleraian cerita, • pendeta tua menerangkan sebab-sebab Pasukan Zamrud II dari Malaysia diberi kemenangan. Pak Cik Tan yang bersembunyi di dalam bilik persalinan akhirnya telah berjaya menangkap orang yang mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan tujuan untuk menggagalkan perjuangan mereka. Orang itu ialah Anjali

  34. Teknik plot • Teknik pemerian - • Teknik dialog- • Teknik imbas kembali - • Imbas muka- • Teknik monolog- • Teknik monolog dalaman- • Teknik saspens- • Teknik kejutan-

  35. Teknik pemerian - Pengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh Pasukan Zamrud ii dalam pertandingan Avatari. • Teknik dialog • Banyak terdapat dialog antara watak-wataknya. Contohnya: "Hah bagaimana, nak datang petang hi?" gesa Aina apabila melihat kawannya masih diam. • Teknik imbas kembali • Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah Aina yang membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia boleh terlibat dalam Pertandingan Avatari

  36. Imbas muka • Aina mengajak Zuriani menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli simpanan. Siapa yang akan bertanding pada bari sebenar akan diputuskan kemudian • Teknik monolog • Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina. Contohnya: "Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi," kata Anas sendirian. • Teknik monolog dalaman - Pauline memikirkan kata-kata Anas yang mahu mempelawa Anjali sebagai ahli kelima pasukan Zamrud Ii. Contohnya: Abli yang kelima? tanya bati Pauline lagi. Apa maksud Anas? Budak perempuan itu? Ah, tak mungkin!

  37. Teknik saspens • Ahli Pasukan Zamrud II tertanya-tanya apakah yang telah terjadi kepada Aina sewaktu Aina terjatuh ke dalam sebuah lubang semasa berada di padang pasir di Mesir. • Teknik kejutan • Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen merupakan suatu kejutan bagi Anas dan Pauline, kerana Aina telah mengucapkan kata-kata yang di luar jangkaan mereka.

  38. Gaya bahasa • Diksi Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi maklmnat dan komunikasi. • Contoh :modul litar, cip mikroelektronik, ruang siber, realiti maya, kamar bicara • Ayat pendek. • Contohnya: Zuriani berfikir sejenak. Zuriani tersengih lagi. • Ayat panjang. • Contohnya:Kelas silat yang dihadirinya cli sekolah setiap petang Selasa dan Khamis banyak memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiranhidup berdikari.

  39. Simile (perbandingan mengunakan kata seperti, umpama, bak, ibarat) • Banyak unsur simile digunakan oleh pengarang. • Contohnya: • Hidup manusia semakin sintetik seperti kad plastik yang sudah menggantikan wang kertas. • Sakitnya terlalu pedih seperti dilibas seekor pari. • Personifikasi • Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu dimasukkan oleh pengarang.  Contohnya: (a) Petang semakin tua. (b) Hati kecil Anas mencabar mindanya.

  40. Sinkope • Ni • Tu • Nak • Metafora (perbandingan terus tanpa mengunakan kata seperti, umpama, bak, ibarat) • Unsur gaya bahasa metafora digunakan juga. • Contohnya: • Memang ayah pelita hidup ibu. • Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bisa kata-kata Kumar. • Penggunaan Bahasa lnggeris • Mayday, rapper, Browser

  41. Peribahasa • Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang • Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. • Menunggu buah yang tak mahu gugur. • Perigi mencari timba. • Falsafah/ Kata-kata Hikmat • Falsafah hidup atau kata-kata hikmat turut digunakan oleh pengarang. • Dalam dunia ini memang kita perlu membuat keputusan dan pilihan yang tidak dapat memenangi dan memuaskan hati semua pihak • Tiada guna melawan api dengan api. Dia lebih suka menjadi air yang sentiasa sejuk dan tenang.

  42. nilai • Baik hati. • Contohnya, Pak Cik Ho bermurah hati dengan membenarkan ahli Pasukan Zamrud II menggunakan mesin komputer Avatari milik pasukannya, iaitu Pasukan Zamrud. (b) Bersimpati. • Contohnya, Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali setelah Anjali menceritakan latar belakang hidupnya yang sebenar. (c) Kerjasama. • Contohnya, Anas, Adeen, Aina, Pauline, dan Zuriani memberikan kerjasama yang padu dengan berlatih bersungguh-sungguh bagi menjamin kemenangan kepada Pasukan Zamrud II dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

  43. (d) Hemah tinggi. • Contohnya, Adeen merupakan seorang yang berjiwa besar dengan tidak memarahi atau mengambil hati dengan tingkah laku biadab Kumar terhadap dirinya. (e) Keberanian. • Contohnya, Anas, Adeen, Aina, dan ahli Pasukan Zamrud II yang lain dengan berani menghadapi dua orang lelaki yang menceroboh bilik persalinanmereka (f) Keyakinan. • Contohnya, ahli-ahli Pasukan Zamrud II mempunyai keyakinan tinggi sebelum dan semasa bertanding dalam Pertandingan Avatari. Kerana keyakinan inilah, mereka akhirny amuncul sebagai juara.

  44. pengajaran 1. Kita tidak sewajarnya mudah berputus asa apabila menghadapi sesuatu cabaran atau dugaan • Pasukan Zamrud II menghadapi pelbagai masalah tetapi mereka tabah menghadapi rintangan dan cabaran tersebut. 2. Kita mestilah berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan • Semua anggota pasukan Zamrud II saling berkerjasama sehingga mereka memperoleh kejayaan 3. Kita mestilah bantu-membantu untuk mencapai kejayaan • Ho Shao Long dan Tan Beng Kiat membantu pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu berjaya

  45. Soalan • Berdasarkan novel yang anda kaji • Nyatakan temanovel tersebut (3m) • Jelaskan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel yang anda kaji (12m) 2. Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan watak utama dan tiga perwatakannya yang menarik hati anda. (15m)

  46. 3. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar seperti yang dinyatakan di atas. (15m) 4. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai kemanusiaan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut. (15m)

  47. Dialog Teknik Plot Imbas Kembali 5. Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap teknik plot yang dinyatakan di atas. (15m) 6. Pengajaran ialah satu perkara yang dapat dijadikan pedoman. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga pengajaran berserta contohnya yang terdapat dalam novel tersebut. (15m) Saspens